omniture

Skin G2A.COM untuk Counter Strike: Global Offensive!

G2A.com
2016-01-27 08:35 320

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 27 Januari 2016 /PRNewswire/ -- G2A - pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia - memperluaskan portfolio mereka hari ini bagi menyediakan penukaran, pemerolehan, dan perbincangan tentang Game Skins dan peranannya dalam menyuai khusus permainan bagi menambahkan keseronokan untuk pengguna.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160121/324812 )

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Dawid Rozek berkata kemajuan ini timbul kerana, sewaktu sambutan ulang tahun mereka baru-baru ini, tetamu menyatakan minat yang tinggi untuk melihat pustaka pilihan skin permainan mereka. Tambah beliau: "Kami perlu memberi maklum balas kepada minat pemain permainan video tegar yang gemarkan kepelbagaian." Parti Keriangan Musim Sejuk G2A – Meraikan Ulang Tahun Pasaran G2A.com

Game Skins merupakan satu bentuk visual, yang membaluti rupa barangan dalam permainan, sama ada senjata atau watak dan diaktifkan serta merta dalam permainan. Boleh dikatakan skin adalah grafik tersuai khusus yang boleh menonjolkan pemain daripada para pemain lain dalam permainan itu. Pada tahun 2007, Team Fortress 2 melancarkan topi koleksi terkumpul mereka sendiri. Kemudian tiba pula era 2 permainan percuma dengan skin yang tidak mengganggu sahaja (tiada kelebihan dalam permainan kecuali dari segi rupa semata-mata jadi pemain masih setara). Hari ini, permainan seperti TF2, CS:GO, LoL mempunyai model perniagaan berasaskan kemampuan yang membolehkan pencipta mereka membangunkan produk tanpa had, melalui penggunaan skin

Kata Dawid, walaupun skin permainan tidak memberi kesan kepada prestasi permainan, ia membuktikan pemain itu seorang pemain yang komited "yang sangat berdedikasi terhadap permainan itu dan gemar menyuai khusus rangsangan tampak mereka dalam permainan."

G2A.COM mengenal pasti permintaan untuk skin permainan bagi permainan e-sukan paling popular, Counter Strike: Global Offensive . Jutaan pelanggan yang berpuas hati serta pasukan dan organisasi e-Sukan terbaik seperti: Virtus.PRO dan Natus Vincere sudah pun bekerjasama dengan G2A, bagi memastikan pemain boleh menikmati permainan mereka dalam cara dan gaya yang istimewa hasil daripada penambahan aksesori yang selamat serta pantas dalam permainan mereka.

Lawati: https://www.g2a.com/?g=15

Untuk maklumat lanjut: http://www.g2a.co/press

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services