omniture

Hambar atau Kasih Hingga ke Akhirnya: Sebuah Novel dan Panduan untuk Menyemarakkan Cinta

Valento Projects SA
2016-01-27 16:00 317

RIGA, Latvia, 27 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dewasa ini, separuh daripada semua perkahwinan berakhir dengan perceraian, dan kekecewaan seks sering dinyatakan sebagai punca utama. Itulah yang ditunjukkan dalam satu kajian yang dijalankan di Perancis, UK dan AS.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7710151-boredom-or-love-till-the-very-end/

Wujudkah satu penyelesaian, atau adakah benar cinta hanya mekar selama tiga tahun, dan tiada apa-apa yang boleh dibuat tentangnya? Penulis sebuah novel baharu, Andrey Rider percaya yang penyelesaiannya memang wujud, iaitu cara untuk membawa keghairahan kembali ke ranjang.

Novel Rider, Hambar atau Kasih Hingga ke Akhirnya (Boredom or Love till the Very End), memfokuskan tema yang paling penting: keintiman dalam kehidupan perkahwinan. Bagaimana seks dapat membantu mengekalkan kestabilan dalam sesebuah hubungan? Bagaimana untuk kita berhadapan dengan kecurangan pasangan kita? Novel ini merupakan nukilan yang jujur dan provokatif yang menawarkan panduan yang boleh dipercayai - resipi untuk mengekalkan sebuah keluarga. Kebanyakan pasangan terpaksa berhadapan dengan cabaran ini; golongan wanita yang ingin menjadi satu-satunya kekasih bagi pasangan mereka pasti akan tertarik dengan buku ini.

Plot ini mengisahkan Daria, seorang pakar psikologi; hubungan jantina terangkum dalam skop bidang profesionalnya. Kemudian tiba suatu saat yang mana rasa kasihnya sendiri sudah mula pudar dengan pantas. Oleh kerana enggan membenarkan keadaan itu terjadi, beliau bertindak, namun tidak sedar akan kesan tindakannya itu...

Buku ini adalah untuk bacaan golongan dewasa sahaja. Versi elektronik boleh dibeli dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman dan Bahasa Rusia, daripada kedai dalam talian andreyrider.com.

Latar Belakang Penulis

Andrey sudah lama berkarya dalam ruang lingkup hubungan intim pasangan kekal. Selain menulis karya fiksyen, beliau membangunkan beberapa strategi bantu diri bagi mengukuhkan hubungan intim dalam perkahwinan. Semua strategi ini digunakan selama lapan tahun dan puluhan ribu pasangan mendapat faedah daripadanya.

Ketahui lebih lanjut tentang Andrey Rider melalui andreyrider.com

Hubungi: info@andreyrider.com

Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160125/325704

Source: Valento Projects SA
Related Links:
Keywords: Books Publishing/Information Service New products/services