omniture

KPE VoiceBox Mike Kennewick Bakal Bincang Bagaimana Usahawan Mampu Membentuk Generasi Internet Masa Depan Di Universiti Kebangsaan Singapura

VoiceBox Technologies Corporation
2016-01-27 22:00 150

BELLEVUE, Washington dan SINGAPURA, 27 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai penyampai ucap tama acara Scale Up Singapore yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Singapura pada 1 Februari 2016 ini, seorang usahawan yang aktif menginovasi, Mike Kennewick akan berbincang bagaimana untuk memanfaatkan peluang hasil daripada perkembangan Internet of Things (IoT). Ucapan beliau, Peluang Terbentang: Daripada IoT kepada Teknologi Suara (Opportunity Knocks: From IoT to Talking Things), adalah daripada pengalaman kerjaya beliau selama 30 tahun dalam bidang teknologi, menggunakan VoiceBox - kehadirannya yang pesat berkembang di Asia - sebagai satu kajian kes.

VoiceBox, perintis teknologi suara yang disegani, ialah peneraju dalam teknologi bahasa tabii dalam pasaran automotif dan didatangkan di dalam kereta dan telefon mudah alih di seluruh dunia, termasuk Asia. Dengan beberapa buah pejabat di Tokyo dan Tai Pei, Syarikat itu kini dalam proses untuk membuka pejabat di Singapura serta Beijing.

"Selain daripada hubungan komersial, kami akan melabur dalam Pusat Kecemerlangan berteknologi sebagai salah satu daripada inisiatif kami yang dinamik dalam Penyelidikan dan Pembangunan," kata Kennewick, "dan pengalaman kami yang terkini dalam pasaran Singapura Bertaraf Dunia banyak membuahkan hasil yang cemerlang untuk kami."

Harta intelek VoiceBox, yang dinilai oleh IEEE sebagai antara yang memberi impak terbesar kepada dunia, kini semakin memfokuskan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin. Baru-baru ini, syarikat itu menubuhkan Lembaga Penasihat Saintifik yang disertai oleh ahli-ahli sains yang paling disegani di dunia.

Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) sering ditempatkan sebagai salah sebuah universiti terbaik dunia dan dianggap sebagai institusi pendidikan utama di Asia. Universiti itu menggalakkan inovasi dan keusahawanan secara aktif.

Latar Belakang VoiceBox Technologies Corporation
VoiceBox menyediakan khidmat beli belah sehenti untuk syarikat-syarikat yang memerlukan produk dan penyelesaian dengan kawalan suara; menawarkan teknologi yang dipertingkat seperti Pengecaman Ucapan Automatik (ASR), NLU, Teks Kepada Ucapan (TTS) selain pelbagai perkhidmatan pembangunan, pengujian dan data. Syarikat itu menerima beberapa anugerah CES Best in Show bersama rakan kongsi mereka. VoiceBox digunakan pada kenderaan Toyota, Fiat, Dodge, Chrysler, Maserati, Renault, Mazda, Subaru dan Tom-Tom dalam 23 bahasa merentasi 3 buah benua. Kesemuanya dikuasakan oleh teknologi suara VoiceBox yang pernah menerima anugerah dan dilindungi lebih tiga puluh paten. Beribu pejabat di Bellevue, WA, Syarikat tersebut mempunyai pejabat di Los Angeles, Munich, Belanda dan Tokyo. Untuk maklumat lanjut, sila lawati VoiceBox.

Source: VoiceBox Technologies Corporation
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Education Internet Technology Transportation Survey, Polls & Research