omniture

Kaji Selidik Baharu Menunjukkan Pengguna Kini Lebih Diperkasa Untuk Membuat Pilihan Gaya Hidup Bermaklumat

The Consumer Goods Forum
2016-01-28 14:46 309

PARIS, 28 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Ahli Forum Barangan Pengguna Melaporkan Pelaksanaan Resolusi & Komitmen Kesihatan & Kesejahteraan; Industri Mengakui Masih Banyak Yang Perlu Dilakukan 

Forum Barangan Pengguna ("CGF") hari ini menerbitkan keputusan daripada kaji selidik 2015 yang diusahakan bagi menilai tahap pelaksanaan oleh anggota mereka terhadap Resolusi dan Komitmen Kesihatan & Kesejahteraannya. Keputusan menunjukkan kemajuan dilihat dalam beberapa bidang penting, tetapi para ahli juga mengakui secara terbuka yang lebih banyak lagi perlu dilakukan bagi memanfaatkan kuasa kolektif dalam industri barangan pengguna. Kaji selidik dan laporan itu dibangunkan dengan kerjasama Deloitte.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151201/292056LOGO )

Keputusan daripada kaji selidik itu - kini dalam tahun ketiganya dan adalah satu-satunya kaji selidik sedemikian yang melibatkan kedua-dua peniaga dan pengeluar barangan pengguna - menunjukkan bahawa dalam tahun 2015:

  • 95% daripada responden memantapkan polisi dan mengaktifkan program dalam sekurang-kurangnya satu daripada tiga Resolusi Kesihatan & Kesejahteraan CGF, manakala 74% melakukannya dalam ketiga-tiganya;
  • program kesihatan dan kesejahteraan industri merumuskan semula 84,000 produk, termasuk penyertaan 2.3 juta kakitangan, dan bekerjasama dengan lebih 5,000 komuniti dari seluruh dunia;
  • berkenaan empat Komitmen Kesihatan & Kesejahteraan:
    • 49% daripada responden menguar-uarkan polisi nutrisi dan rumusan mereka
    • 55% daripada responden melaksanakan program kesihatan dan kesejahteraan kakitangan
    • 43% daripada responden melaporkan mereka melaksanakan komitmen terhadap maklumat pengguna dan pelabelan produk
    • 49% daripada responden berkaitan melaporkan yang mereka memberi sokongan umum terhadap komitmen untuk menghentikan pengiklanan yang menyasarkan kanak-kanak.

Resolusi dan Komitmen itu, yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah CGF, masing-masing pada tahun 2011 dan 2014, mengutamakan bidang khusus yang membolehkan peruncit dan pengeluar menjalin kerjasama untuk memacu perubahan yang positif serta membantu memperkasa pengguna untuk membuat pilihan bermaklumat dari segi pemakanan dan gaya hidup sihat. Dua daripada Komitmen itu - berkaitan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan serta nutrisi dan rumusan produk - membuahkan hasil pada hujung tahun ini dan dilihat mempunyai keutamaan tinggi untuk mencapai kejayaan.

Paul Bulcke, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé, dan Dick Boer, Ketua Pegawai Eksekutif Ahold, serta Penaja Bersama Lembaga untuk Tonggak Kesihatan & Kesejahteraan CGF, berkata, "Dengan kerjasama kolektif kami terhadap Kesihatan & Kesejahteraan, kini lebih banyak yang sedang diusahakan untuk membantu memperkasakan pengguna merentasi geografi bagi membuat keputusan bermaklumat. Namun begitu, masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Tahun 2016 bakal menjadi tahun yang penting bagi ahli CGF sambil kami berusaha untuk memenuhi komitmen yang ditetapkan sendiri oleh industri. Kami perlu menggiatkan lagi usaha dan kami menjemput lebih banyak syarikat untuk menyumbang bagi mencapai cita-cita kita secara bersama. Para pembeli, pengguna, dan kakitangan kita, mengharapkan kita untuk memainkan peranan penting dalam menginspirasikan cara pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat. Kami akan terus melaporkan kemajuan kami".

Muat turun Laporan Kemajuan 2016

Latar Belakang Forum Barangan Pengguna 

Forum Barangan Pengguna (CGF) merupakan rangkaian industri global berasaskan kesetaraan yang dipacu ahlinya bagi menggalakkan dunia mula menggunakan amalan dan piawaian yang berkhidmat untuk industri barangan pengguna seluruh dunia. Ia membawa bersama Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan kanan yang terdiri daripada kira-kira 400 peruncit, pengeluar, penyedia perkhidmatan, dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori produk, dan format. Syarikat ahlinya mempunyai jualan tergabung sebanyak EUR 2.5 trilion dan menggajikan secara terus hampir 10 juta kakitangan, dengan tambahan 90 juta kerja berkaitan dianggarkan sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaganya, yang terdiri daripada 50 Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar dan peruncit.

Sumber: The Consumer Goods Forum

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail