omniture

Emiriah Arab Bersatu dan Qatar dorong penggunaan RMB di Timur Tengah

Penjejak RMB SWIFT menunjukkan RMB kini merupakan mata wang paling aktif digunakan UAE dan Qatar bagi membuat pembayaran terus ke tanah besar China serta Hong Kong
SWIFT
2016-01-28 19:28 566

HONG KONG, 28 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Data SWIFT terbaharu menunjukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar adalah negara-negara Timur Tengah paling aktif menggunakan RMB untuk membuat pembayaran terus dengan tanah besar China serta Hong Kong.

Pada tahun 2015, penggunaan RMB oleh UAE merangkumi 74% daripada pembayaran mengikut nilai ke tanah besar China dan Hong Kong, satu peningkatan sebanyak 52% berbanding pada tahun 2014. Di Qatar, RMB digunakan untuk 60% daripada kesemua pembayaran, peningkatan yang sangat besar iaitu sebanyak 247% berbanding pada tahun 2014.

Namun begitu, dari segi semua aliran merentasi sempadan seluruh dunia, data SWIFT mendedahkan kebanyakan pembayaran yang dibuat antara Negara Teluk dengan tanah besar China/Hong Kong ini adalah dalam mata wang USD dan ini seterusnya disalurkan secara perantara oleh bank yang menukarkan nilai USD.

"Penggunaan RMB dilihat semakin meningkat di rantau Timur Tengah sejak dua tahun lalu. Penggunaannya disokong oleh kemajuan seperti penubuhan pusat pertukaran RMB di Qatar pada tahun lalu – yang pertama di Timur Tengah – serta memorandum terkini berkaitan kerjasama yang ditandatangani antara People's Bank of China dengan Central Bank of the United Arab Emirates bagi mewujudkan aturan pertukaran RMB di UAE," kata Sido Bestani, Ketua bagi Timur Tengah, Turki, dan Afrika di SWIFT. "Kami menjangkakan semua ini, dan usaha yang sama, akan terus mendorong penggunaan RMB di seluruh rantau ini."

Pada Disember 2015, RMB kekal stabil dalam kedudukannya sebagai mata wang kelima paling aktif bagi membuat pembayaran global mengikut nilai dan merangkumi 2.31% daripada pembayaran global, dengan bahagian pasaran yang lebih tinggi berbanding 2.28% pada November 2015. Secara keseluruhannya, nilai pembayaran RMB meningkat sebanyak 15.92% berbanding nilainya pada November 2015, manakala secara amnya, semua mata wang pembayaran meningkat sebanyak 14.43%.

Emiriah Arab Bersatu dan Qatar dorong penggunaan RMB di Timur Tengah
Emiriah Arab Bersatu dan Qatar dorong penggunaan RMB di Timur Tengah

 

Emiriah Arab Bersatu dan Qatar dorong penggunaan RMB di Timur Tengah
Emiriah Arab Bersatu dan Qatar dorong penggunaan RMB di Timur Tengah

Nota untuk editor
Data SWIFT membenarkan kita membuat perbandingan antara aliran pembayaran terus dan pembayaran tidak langsung/melalui perantara. Penjejak itu mempertimbangkan pembayaran terus apabila saluran pembayaran itu dibuat terus antara Negara Teluk dengan tanah besar China dan Hong Kong. Aliran pembayaran tidak langsung, menunjukkan terdapat saluran pembayaran berbeza digunakan untuk melunaskan pembayaran suatu urus niaga (contohnya institusi kewangan berpusat di AS yang melakukan pertukaran nilai USD).

Latar Belakang SWIFT dan Pengantarabangsaan RMB  
Sejak tahun 2010, SWIFT secara aktif menyokong pelanggannya dan industri kewangan berkenaan pengantarabangsaan RMB melalui pelbagai penerbitan dan laporan. Melalui pasukan Penyelesaian Maklumat Perniagaannya, SWIFT menerbitkan statistik penggunaan utama dalam Penjejak RMB, pandangan berkaitan implikasi pengantarabangsaan RMB, perspektif untuk garis panduan pertukaran RMB dan pertukaran luar pesisir, menyokong pelancaran produk RMB komersial oleh bank, dan menyediakan analisis mendalam serta maklumat perniagaan, selain berhubung dengan pusat pertukaran luar pesisir dan juga komuniti kewangan di China bagi menyokong usaha pengantarabangsaan RMB selanjutnya.  

Rangkaian SWIFT menyokong sepenuhnya urus niaga RMB global, dan perkhidmatan pemesejannya membolehkan aksara Cina dihantar melalui Chinese Commercial Code (CCC) dalam FIN atau melalui aksara Cina dalam MX (mesej ISO 20022). Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepintaran perniagaan RMB khusus bagi menyokong institusi kewangan serta korporat. Selain itu, SWIFT berkolaborasi dengan komuniti untuk menerbitkan Garis Panduan Amalan Terbaik RMB Luar Pesisir dan Rentas Sempadan, yang memudahkan operasi bahagian pentadbiran RMB yang standard.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pengantarabangsaan RMB atau sertai kumpulan LinkedIn 'Business Intelligence Transaction Banking' kami yang baharu.

Latar Belakang SWIFT
SWIFT merupakan koperasi milik ahli yang menyediakan platform komunikasi, produk dan perkhidmatan bagi menghubungkan lebih 10,800 organisasi perbankan, institusi sekuriti, dan pelanggan korporat dari lebih 200 buah negara serta kawasan. SWIFT membolehkan penggunanya saling bertukar-tukar maklumat kewangan secara automatik dan terpiawai dengan selamat dan andal, seterusnya menurunkan kos, mengurangkan risiko pengendalian, dan mengelakkan berlakunya ketidakcekapan pengendalian. SWIFT juga menghubungkan komuniti kewangan untuk menjalin kerjasama bagi membentuk amalan pasaran, menentukan standard, dan berbincang tentang isu-isu yang menarik minat bersama.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.swift.com atau ikuti kami di Twitter: @swiftcommunity dan LinkedIn: SWIFT

Hubungi:
Cognito
swift@cognitomedia.com
+44 (0)20 7426 9400

Penafian
SWIFT tidak menjamin kesesuaian suatu tujuan, kelengkapan, atau ketepatan Penjejak RMB, dan berhak membuat pembetulan data Penjejak RMB terdahulu. SWIFT menyediakan Penjejak RMB secara 'seadanya' , dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sebagai penerbitan bermaklumat semata-mata, Penjejak RMB tidak sepatutnya digunakan untuk mendapatkan sebarang saranan atau nasihat. Mana-mana individu yang merujuk Penjejak RMB mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan yang dibuat, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya, berdasarkan data Penjejak RMB. SWIFT menafikan semua liabiliti berkenaan penggunaan Penjejak RMB oleh seseorang individu. Penjejak RMB merupakan hasil penerbitan SWIFT. SWIFT © 2016. Semua hak cipta terpelihara.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/8521600559Logo
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/8521600559-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/8521600559-b
PDF - http://photos.prnasia.com/prnk/20160128/8521600559

Source: SWIFT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service