omniture

Program MBA Kolej Antai SJTU Menduduki Tempat Ke-39 Di Dunia Oleh Financial Times 2016

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2016-01-30 23:39 148

SHANGHAI, 30 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Kolej Ekonomi dan Pengurusan Antai di Universiti Shanghai Jiao Tong terus menonjol dalam kalangan kolej perniagaan, dengan program ijazah sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) mendaki ke tempat ke-39 dalam pemeringkatan yang disusun oleh organisasi berita perniagaan global terkemuka, Financial Times. Pemeringkatan program MBA ACEM memperlihatkan peningkatannya selama tiga tahun berturut-turut, setelah berada pada kedudukan ke-77 pada tahun 2014 dan ke-55 pada tahun 2015 dalam penyenaraian oleh Financial Times.

Program MBA ACEM sudah lama memfokuskan pembinaan kerjaya dan kemajuan para pelajarnya, yang dicerminkan sepenuhnya dalam satu siri kriteria yang disenaraikan dalam pemeringkatan Financial Times. Kadar pengambilan pekerja bagi pelajar program MBA ACEM berada pada kedudukan pertama, dengan 100%, kenaikan gaji adalah 168% dan kejayaan mendapat kerja berada pada kedudukan ke-22. Tahap pengalaman kursus antarabangsa berada pada kedudukan ke-36 manakala nilai untuk wang berada pada kedudukan ke-33. Program MBA ACEM turut berada pada kedudukan ke-10 mengikut subjek antara industri, industri pembuatan dan kursus logistik dalam pemeringkatan MBA global tahun 2016.

Menurut angka yang disiarkan oleh Financial Times, purata gaji tahunan untuk alumni selepas tiga tahun tamat belajar ialah $113,340.

ACEM merupakan kolej pertama di tanah besar China yang diakreditasikan oleh tiga persatuan akreditasi kolej perniagaan yang paling berpengaruh di dunia: AMBA, EQUIS dan AACSB. Program MBA ditawarkan selama lebih 20 tahun dan mencipta sejumlah kejayaan dalam tempoh itu. Bagi pemeringkatan oleh Financial Times tahun ini, tahap kelayakan dan penyelidikan saintifik bagi ahli fakulti sepenuh masa mendapat markah yang tinggi, dengan 91% memegang ijazah kedoktoran dan bilangan artikel yang mereka terbitkan, berbanding saiz fakulti, menduduki tempat ke-86.

Menurut kolej itu, ia memanfaatkan kelebihan pelbagai sumber untuk mencipta persekitaran yang lengkap dan realistik bagi memastikan kemajuan kepimpinan perniagaan, seperti bekerja dengan syarikat sedia ada dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.

Bagi menggalakkan para pelajar memulakan perniagaan mereka sendiri, program itu turut mempertingkatkan kualiti pendidikan keusahawanan mereka. Sejak tiga tahun lalu, yayasan keusahawanan daripada program itu membiayai 37 projek yang dijalankan oleh para pelajarnya, dengan jumlah geran melebihi 11 juta RMB ($1.67 juta).

Selain itu, program tersebut mewujudkan sistem bagi memupuk perspektif global pelajar, menawarkan peluang belajar ke luar negara dalam tempoh jangka pendek, pertukaran ke luar negara, dan program dwiijazah. Setiap tahun, ia menyediakan peluang belajar ke luar negara untuk lebih 300 orang pelajar.

Kolej perniagaan lain di tanah besar China turut disenaraikan, dengan Universiti Renmin China menduduki tempat ke-43 manakala Universiti Fudan menduduki tempat ke-47.

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research