-Pencarian pembela pesakit kesihatan mental yang memecahkan belenggu stigma-
GHENT, Belgium, 1 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Muzium Dr. Guislain di Ghent, Belgium dan Janssen Research & Development, LLC ("Janssen"), hari ini mengumumkan permulaan seruan bagi tempoh pencalonan Anugerah "Memecahkan Belenggu Stigma" Dr. Guislain tahunan kali kelima. Anugerah itu mengiktiraf individu, projek, atau organisasi yang memberi sumbangan besar kepada usaha mengurangkan stigma yang dikaitkan dengan penyakit mental. Pencalonan daripada orang ramai dan organisasi dari seluruh dunia boleh dihantar ke www.drguislainaward.org, dan akan diterima sehingga 31 Mac. Hadiah bernilai $50,000 dolar Amerika akan diberikan kepada individu atau kumpulan yang menerima Anugerah itu, yang mesti digunakan untuk menggiatkan lagi usaha bagi mengurangkan stigma masyarakat terhadap penyakit mental.
"Memandangkan stigma kesihatan mental begitu tersebar luas dalam masyarakat kita di seluruh dunia, penting untuk kita memberi penghargaan kepada mereka yang berada di barisan hadapan dalam perjuangan ini untuk menghapuskan tanggapan negatif terhadap mereka yang menghidap penyakit mental," kata Brother René Stockman, ketua pengarah Muzium Dr. Guislain. "Memastikan perangkuman dan kesamarataan adalah tonggak kepada asas usaha hayat Dr. Guislain. Kami berbangga dapat meneruskan legasi beliau dengan mengiktiraf mereka yang menyokong individu dengan penyakit mental, golongan yang sering tidak dapat mempertahankan hak sendiri."
Individu, projek, atau organisasi yang berjaya akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan bebas yang terdiri daripada penyokong antarabangsa dan pihak berkuasa terkemuka dalam bidang kesihatan mental dan bakal diberi penghormatan dalam satu majlis sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, iaitu pada 10 Oktober 2016 di Bandar Raya New York.
Tahun lalu, Janos Marton, Ph.D., pengarah The Living Museum di Queens, New York, berjaya merangkul Anugerah Dr. Guislain 2015 atas usaha luar biasa beliau serta kebolehan tersendiri dalam menggalakkan kreativiti individu yang mengalami penyakit mental, dan kerana mewujudkan komuniti kesenian yang lain daripada kebiasaan dan semakin berkembang dalam persekitaran penjagaan kesihatan mental.
"Kami di Janssen mempunyai sejarah yang panjang dan komitmen yang tinggi untuk membantu orang ramai yang menghidap penyakit mental serta penyakit neurologi," kata Husseini K. Manji, MD, Ketua Bidang Terapeutik Global untuk Neurosains, Janssen Research & Development, LLC. "Matlamat utama kami adalah untuk mengubah kehidupan semua pesakit mental, dan ini mendorong usaha kami untuk mengiktiraf individu tertentu dari seluruh dunia yang berusaha mencetuskan perubahan untuk mengurangkan stigma."
Janssen memberi komitmen berterusan untuk memajukan penyelidikan dalam bidang neurosains, legasi yang dimulakan oleh usaha Dr. Paul Janssen (1926-2003). "Dr. Paul" dikenali sebagai salah seorang daripada pakar perubatan dan penyelidik farmaseutikal yang paling berbakat dan bersemangat tinggi pada abad ke-20. Bagi memberi penghormatan kepada legasi beliau, Janssen memberi sokongan kepada komuniti kesihatan mental dan pelbagai organisasi serta projek penyokong. Pada tahun 2011, Janssen Syarikat Farmaseutikal of Johnson & Johnson melancarkan Healthy Minds, inisiatif menyeluruh yang bermatlamat untuk menggalakkan kolaborasi antara rakan kongsi bioteknologi, farmaseutikal, dan sektor awam bagi mendorong penemuan penyelesaian terapeutik baharu untuk penyakit dan gangguan otak.
Latar Belakang Anugerah "Memecahkan Belenggu Stigma" Dr. Guislain
Individu, organisasi, atau projek dari seluruh dunia yang memberi sumbangan luar biasa dalam menangani, atau menggalakkan kesedaran penjagaan kesihatan mental layak* menerima Anugerah "Memecah Belenggu Stigma" Dr. Guislain. Anugerah ini diberikan kepada individu, organisasi, atau projek yang:
Anugerah "Memecahkan Belenggu Stigma" Dr. Guislain ini memberi penghormatan kepada Dr. Joseph Guislain (1797-1860), seorang aktivis yang didorong oleh pesakit yang mengalami penyakit mental dan merupakan pakar psikiatri Belgium pertama yang menyediakan rawatan berasaskan sains untuk semua individu ini. Sebagai seorang penyokong kuat mereka yang menghidap penyakit mental, Dr. Guislain berusaha tanpa jemu bagi mempertahankan hak pesakit dan membantu mereka mendapatkan kedudukan sosial mereka. Muzium Dr. Guislain dan Janssen bersama-sama menaja Anugerah ini, dengan pembiayaan disediakan oleh Janssen. Kedua-dua organisasi mempunyai kekayaan warisan serta penglibatan selama bertahun-tahun dalam bidang penyelidikan, rawatan dan pendidikan berkaitan penyakit mental.
Latar Belakang Muzium Dr. Guislain
Muzium Dr. Guislain ditubuhkan pada tahun 1986 di Ghent, Belgium, dengan menyediakan pameran tetap yang memaparkan sejarah bidang psikiatri dan seni orang luar, serta siri pameran bertema yang berubah-ubah Muzium itu menampilkan banyak foto psikiatri, arkib lengkap selama dua abad, serta perpustakaan yang luas yang menceritakan sejarah psikiatri. Muzium ini ingin mendidik orang awam dan memperbetulkan salah faham serta prejudis yang dikaitkan dengan penyakit mental secara menyeluruh. Muzium Dr. Guislain menarik kedatangan 72,000 pengunjung setiap tahun.
*Kakitangan dan pegawai Johnson & Johnson, Janssen Research & Development, LLC, dan sekutu masing-masing, anak syarikat, Muzium Dr. Guislain, mana-mana agensi promosi, dan ahli keluarga terdekat atau tinggal bersama salah seorang daripada mereka, tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Dr. Guislain sebagai pencalon, calon Anugerah atau hakim. Ahli keluarga terdekat ditakrifkan sebagai ibu, bapa, adik-beradik, atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama kakitangan.
Hubungi:
Patrick Allegaert
Muzium Dr. Guislain
+32 9 216 35 95
allegaert.patrick@gmail.com
Yoon Hee Lamot
Muzium Dr. Guislain
+32 9 216 35 36
y.lamot@museumdrguislain.be