omniture

Magic Leap Umum $793.5 juta Pelaburan Baharu

Magic Leap, Inc.
2016-02-02 21:00 158

Alibaba Dahului Pelaburan

DANIA BEACH, Florida, 2 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Magic Leap, Inc. ("Magic Leap") hari ini mengumumkan pelaburan baharu sebanyak $793.5 juta dibuat yang sebahagian besarnya daripada Alibaba Group. Pelaburan turut diteruskan oleh Google Inc., Qualcomm Incorporated, melalui kumpulan pelaburan usaha samanya, Qualcomm Ventures, dan lain-lain. Pelaburan baharu turut dibuat oleh Warner Bros. dan institusi-institusi kewangan kelas pertama, termasuk Fidelity Management and Research Company, J.P. Morgan Investment Management, Morgan Stanley Investment Management, dana dan akaun yang menerima nasihat T. Rowe Price Associates, Inc., serta Wellington Management Company.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150701/227546LOGO

"Di Magic Leap kami membangunkan sebuah dunia baharu yang menggabungkan dunia digital dan fizikal dengan lancar bagi menghasilkan suatu pengalaman baharu yang hebat. Pelaburan ini akan mempercepat penghasilan pengalaman Mixed Reality Lightfield™ kepada semua," kata Rony Abovitz, Pengasas, Presiden, dan Ketua Pegawai Eksekutif Magic Leap, Inc. "Kami berbesar hati mengalu-alukan Alibaba sebagai rakan strategik kami bagi membantu memperkenalkan produk inovasi Magic Leap kepada lebih 400 juta pengguna di platform Alibaba."

"Kami melabur dalam syarikat-syarikat yang berpandangan jauh dan inovatif seperti Magic Leap yang sedang membangunkan produk dan teknologi baharu," kata Joe Tsai, Naib Pengerusi Eksekutif Alibaba. "Kami percaya pihak Alibaba mampu memberikan sokongan dan pada masa yang sama belajar daripada rakan kongsi sedemikian, dan kami berharap dapat mula bekerjasama dengan pasukan Magic Leap."

Alibaba, Warner Bros., Fidelity Management and Research Company, J.P. Morgan Investment Management, Morgan Stanley Investment Management, dana dan akaun yang menerima nasihat T. Rowe Price Associates, Inc., Wellington Management Company, dan yang lain-lain menyertai barisan pelabur Magic Leap sedia ada: Google Inc., Qualcomm Ventures, Legendary Entertainment, KKR, Vulcan Capital, Kleiner Perkins Caufield & Byers, Andreessen Horowitz, Obvious Ventures, dan lain-lain.

Allen & Company LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan Magic Leap berhubung urus niaga tersebut.

Latar Belakang Magic Leap, Inc.
Magic Leap kini membangunkan platform pengkomputeran generasi baharu yang boleh menggabungkan dan memberikan pengalaman dunia digital serta fizikal kepada anda dengan lancar. Magic Leap beribu pejabat di Dania Beach, Florida, serta mempunyai cawangan di Santa Cruz, Los Angeles, Mountain View, Seattle, Austin, UK, New Zealand, dan Israel.

Wakil Media:
Andy Fouché
Ketua PR dan Hal Ehwal Kerajaan
Magic Leap, Inc.
afouche@magicleap.com
+1.206.697.3678

Source: Magic Leap, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Financing agreements