LONDON, 4 Februari 2016 /PRNewswire/ --
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/169603)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160202/328992)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160203/329129)
PAUTAN KE GAMBAR: http://we.tl/Po2oHn5ztZ
ACARA: 2 FEBRUARI 2016 (London) - LOUIS XIII Cognac, salah satu jenama minuman keras paling mewah di dunia, mengumumkan sebuah filem baharu yang dibintangi oleh pelakon John Malkovich, yang memaparkan keadaan Bumi pada seratus tahun akan datang dan tidak akan dilancarkan kepada metropolis sehingga tahun 2115. Diarahkan oleh Robert Rodriguez «100 Years» mengambil inspirasi masa yang diambil untuk menghasilkan LOUIS XIII. Setiap botol sememangnya memerlukan penjagaan oleh empat generasi pembru dan mengambil masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan. LOUIS XIII adalah hasil daripada proses alkimia yang kompleks sehingga 1200 eaux-de-vie, dengan yang termuda berusia sekurang-kurangnya 40 tahun.
Ludovic du Plessis, Pengarah Eksekutif Global LOUIS XIII bersama-sama beberapa orang selebriti terkenal, pelopor aliran, dan ahli perniagaan bakal meraikan pelancaran projek sinematografi yang inovatif di London pada hari Selasa, 2 Februari.
SIAPA: Naomie Harris, Samantha Barks, Jack Fox, Donna Air, Olivia Grant, Ashley James, Laura Pradelska, Danny Rampling, Oswald Boetang, Joshua Kane Noelle Reno, Elizabeth Emmanuel, Patrick Grant, Hofit Golan, Natasha Oakley dan Stephen James
MAKLUMAT: Selepas kejayaan pengembaraan mereka yang menyaksikan pendaratan selamat yang ikonik di L.A. dan Hong Kong, kandungannya yang selamat dan penting itu menuju ke London bagi membawakan filem «100 Years» ke Ibu Kota. Bagi menyambut ketibaannya, para tetamu kehormat membuat ucap selamat untuk masa depan dan berpeluang menonton sedutan eksklusif daripada filem itu sambil menikmati persekitaran gilang-gemilang di 11-13 Walker's Court. Keterujaan penonton terhadap pratonton eksklusif itu dihangatkan lagi sepanjang malam apabila para hadirin disajikan pula dengan rakaman belakang tabir pembikinan filem itu. Selain daripada projek sinematografi itu adalah pengalaman untuk melihat sendiri kostum yang digunakan dalam filem sebagai sajian hiburan dalam majlis tersebut dan dipaparkan untuk tontonan para hadirin. Tetamu juga disajikan dengan segelas LOUIS XIII dan menyaksikan wawancara eksklusif bersama Ludovic du Plessis, Pengarah Eksekutif Global LOUIS XIII yang dihoskan oleh pengkritik filem tersohor, Jason Solomons. Bagi memastikan «100 Years» kekal selamat sehingga waktu pelancaran rasminya pada 18 November 2115, iaitu seabad daripada sekarang, John Malkovich meletakkan filem itu di dalam peti selamat tercanggih yang akan terbuka sendiri dalam tempoh 100 tahun apabila masanya tamat. Seramai seribu orang tetamu dari seluruh dunia menerima jemputan eksklusif untuk diberikan kepada waris mereka bagi menghadiri tayangan perdana filem «100 Years», iaitu pada 18 November 2115 di House of LOUIS XIII di Cognac, Perancis.
MASA: Selasa, 2 Februari 2016, bermula 7 malam.
LOKASI: 11-13 Walker's Court, Soho, London
Sila Minum dengan berhemah
Latar Belakang LOUIS XIII Cognac
LOUIS XIII Cognac telah dicipta pada tahun 1874. Setiap botol memerlukan penjagaan oleh empat generasi pembru yang memerlukan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan. Anggurnya tumbuh di tanah berkapur di Grande Champagne, kawasan paling diingini di rantau Cognac, Perancis. Ia merupakan hasil proses alkimia kompleks sehingga 1200 eaux-de-vie, dengan yang termuda berusia sekurang-kurangnya 40 tahun. Adunan unik ini mencetuskan not rasa dan bauan mirh, madu, immortelle, plum, bebuas, kulit kayu, kulit dan buah markisah. LOUIS XIII Cognac merupakan ekspresi terulung bagi penguasaan masa.
Liputan Berita UK: Gabby Wickham, +44-77-6668-8890, gabby@wickerwood.com
Wakil Media GLOBAL Louis XIII Cognac: Caroline Sarrot, +33-1-44-13-45-08, csl@remy-cointreau.com
SUMBER LOUIS XIII COGNAC