omniture

Hotel Peninsula Memilih HotelSnapshot untuk Kepintaran Perniagaan

Intouch Data Pty Ltd
2013-01-10 16:09 213

BRISBANE, Australia, Jan. 10, 2013 /PRNewswire/ -- The Hongkong and Shanghai Hotels, Limited (HSH), pemilik dan pengendali Hotel Penisula, telah bekerjasama dengan  Intouch Data Pty Ltd (ITD) untuk bekalan  HotelSnapshot mereka, aplikasi kepintaran perniagaan.

Sekarang ini dilaksanakan di The Peninsula Hong Kong, HotelSnapshot (HSS) dirancang untuk dilaksanakan di kesemua lapan lagi hotel Peninsula pada tahun ini.  Bilangan ini akan meningkat kepada sepuluh dengan penubuhan The Peninsula Paris apabila ia dibuka.

Menurut En. Shane Izaks, Pengurus Besar Teknologi Maklumat HSH, "HotelSnapshot" akan lebih meningkatkan lagi aliran maklumat untuk Hotel Peninsula secara dalaman dan juga memperkemaskan analisa dan pelaporan kami sendiri. Kepintaran perniagaan perlu disampaikan dalam persekitaran dinamik dan juga tepat masa serta membolehkan tindakan segera dan atau pengubahsuaian strategik dilakukan. Saya percaya HSS memenuhi kriteria-kriteria ini."

HotelSnapshot dibekalkan sebagai perisian perkhidmatan (SAS) dan membolehkan pengguna individu untuk mengakses sebarang metrik yang boleh diambil daripada sistem pengurusan harta hotel, dengan minima satu tahun data sejarah sehingga ke tempahan paling akhir pada horizon hotel.

Para pengguna boleh mereka papan pemuka serta laporan mereka sendiri dan mengakses analisa jenis-kiub untuk menjalankan pilihan perlombongan data yang paling kompleks, semuanya semudah 'tarik dan lepas'.

HotelSnapshot juga menghubungkan tempahan pusat, tempat jualan, spa dan jualan serta penyediaan data untuk memberikan antara muka penguna yang unik serta akses kepada data yang tidak terhad, berdasarkan kepada keperluan pengguna akhir atau fungsi.

Perjanjian terbaru dengan The Peninsula Hotels ini menyokong pengembangan berterusan ITD dan pengarah urusan, Peter Johnson melihat perkongsian ini sebagai batu loncatan kepada pertumbuhannya di luar Asia/Pacific. 

Johnson menyatakan bahawa "ITD amat berbangga untuk bekerjasama dengan The Peninsula Hotels, inovator yang sentiasa membawa perubahan dalam sektor penginapan mewah, dan juga salah satu daripada jenama industri yang paling ikonik."

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, ITD telah memasang HotelSnapshot di hampir 150 hotel di seluruh dunia dengan jenamanya yang berpusat di Asia dan Pasifik. ITD mempunyai lebih daripada 800 klien hotel yang menggunakan satu atau lebih aplikasi berkaitan-data ITD.

ORANG HUBUNGAN MEDIA

Butter PR Pty Ltd
Stephanie Lawrence, Pegawai Seranta
newsdesk@butterpr.com.au
+61-7-3844 2842

Intouch Data Pty Ltd
Peter Johnson, Pengarah Urusan
+61-7-3255-0401
pj@intouchdata.com
www.intouchdata.com

SUMBER  Intouch Data Pty Ltd

Source: Intouch Data Pty Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Joint ventures Licensing/marketing agreements