omniture

Deloitte Digital dinamakan sebagai peneraju oleh Gartner dalam CRM dan Khidmat Pelaksanaan Pengalaman Pelanggan, Seluruh Dunia empat tahun berturut-turut

Deloitte Digital
2016-02-04 23:53 140

NEW YORK, 4 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Deloitte Touche Tohmatsu Limited (DTTL) berbesar hati mengumumkan Gartner, sebuah syarikat penyelidikan dan khidmat nasihat terkemuka dalam bidang teknologi maklumat, menamakan Deloitte Digital sebagai peneraju dalam bidang CRM dan Khidmat Pelaksanaan Pengalaman Pelanggan untuk empat tahun berturut-turut. Laporan Disember 2015 yang bertajuk, Magic Quadrant untuk CRM dan Khidmat Pelaksanaan Pengalaman Pelanggan, Seluruh Dunia (Magic Quadrant for CRM and Customer Experience Implementation Services, Worldwide), meletakkan Deloitte Digital di tangga teratas.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150330/195427LOGO

"Kami berbesar hati kerana diperakui sekali lagi sebagai peneraju dalam laporan Magic Quadrant untuk CRM dan Khidmat Pelaksanaan Pengalaman Pelanggan, Seluruh Dunia," kata Andy Main, Ketua Deloitte Digital AS. "Sebagai agensi perunding digital, kami berusaha setiap hari bagi membantu pelanggan kami mencapai visi mereka dengan mencari penyelesaian kepada cabaran yang kompleks, dan melaksanakannya dengan cara yang memberi faedah kepada mereka, jenama mereka, dan juga pelanggan mereka. Penghargaan yang diterima terhadap visi, ketangkasan dan kemampuan kami dalam menyediakan penyelesaian CX yang tersendiri benar-benar satu pengiktirafan penting buat pelanggan kami dan kami sendiri."

Deloitte Digital, satu komponen daripada amalan rundingan firma ahli Deloitte, telah merintis satu model baharu untuk era baharu, iaitu agensi perunding digital. Sebagai sebuah agensi dan perunding, Deloitte Digital menggabungkan keupayaan yang bersifat digital dan kreatif dengan pengetahuan industri yang mendalam, pemikiran inovatif, transformasi perniagaan, perubahan organisasi, domain serta pengalaman luas dalam bidang teknologi, sesuatu yang sedia diketahui dalam mana-mana ahli firma Deloitte.

Dari segi pasaran antarabangsa untuk CRM dan Khidmat Pelaksanaan Pengalaman Pelanggan (CX), laporan itu menyatakan, "Pemilihan penyedia khidmat pelaksanaan CX dan CRM yang tepat memerlukan penilaian yang berfokus dan meluas. Pasaran perkhidmatan pelaksanaan CRM kini hampir matang, tetapi keupayaan untuk merungkaikan kerumitan dari perspektif perniagaan serta mencapai integrasi teknologi yang kompleks mungkin berubah beberapa tahun akan datang. Faktor-faktor ini membuatkan pihak penyedia cenderung untuk merangka semula fokus CRM yang berstrategi, strategi pasaran dan sasaran persaingan mereka, mendorong pendekatan baharu terhadap suatu kelainan dan seterusnya, membawa kepada perubahan dari segi kedudukan penyedia dalam penilaian 2014."

Menurut pihak Gartner, "Para peneraju menunjukkan prestasi yang cemerlang pada hari ini, semakin mendapat tempat dan memperoleh bahagian dalam pasaran; mereka memiliki visi yang jelas akan hala tuju pasaran dan meningkatkan kecekapan secara aktif bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran." Gartner menilai penyedia perkhidmatan dari segi Keupayaan untuk Melaksana dan Melengkapkan Visi.

Sebagaimana yang disebutkan dalam siaran media ini, "Deloitte Digital" hanya merujuk pada firma ahli DTTL yang menjalankan perkhidmatan digital.

Latar Belakang Gartner Research
Gartner tidak memperakui mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan dalam penerbitan kajiannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang menerima penilaian yang tertinggi atau penamaan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh digunakan sebagai satu kenyataan fakta. Gartner menafikan apa-apa jaminan, secara tersurat atau tersirat, berdasarkan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehpasaran atau kesesuian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Deloitte Digital
Perkhidmatan digital firma ahli Deloitte (Deloitte Digital), kini sedang mewujudkan model baharu untuk era baharu – sebuah agensi perunding digital. Kami menggabungkan seluruh keupayaan yang bersifat kreatif dan berteknologi, kepintaran dalam perniagaan dan pemahaman industri yang diperlukan untuk membantu pelanggan kami melakukan transformasi digital untuk perniagaan mereka. Dengan keupayaan Deloitte Digital yang menyeluruh, pelanggan boleh menghadapi cabaran terbesar mereka dengan bantuan kami dan seterusnya merealisasikan visi perniagaan mereka. Biar kami tunjukkan kepada anda bagaimana ia dilakukan. www.deloittedigital.com.

Maklumat Tambahan

  • Jadilah pengikut Deloitte Digital: www.deloittedigital.com
  • Ikuti Deloitte Digital di Twitter: @DeloitteDigi_US atau @DeloitteDigital
     

Deloitte merujuk kepada salah satu atau lebih daripada Deloitte Touche Tohmatsu Limited, sebuah syarikat persendirian UK berhad dengan jaminan ("DTTL"), firma ahli rangkaiannya, dan entiti yang berkaitan. DTTL dan setiap firma ahli adalah terpisah dari segi undang-undang dan merupakan entiti bebas. DTTL (juga dirujuk sebagai "Deloitte Global") tidak menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Sila lawati www.deloitte.com/about untuk mengetahui lebih lanjut tentang DTTL dan rakan firmanya.

 

Source: Deloitte Digital
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards