omniture

G2A Sertai Gaming Istanbul 2016 - Lancar G2A 3D+ dan Barangan Hasil Cetakan 3D

G2A.com
2016-02-06 00:12 322

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 6 Februari 2016 /PRNewswire/ -- G2A.com membuat kemunculan hebat di Persidangan Pembangun GIST Gaming Istanbul 2016 yang berlangsung di Istanbul pada 3 Februari 2016. Dengan tema: Penghubung Permainan Video Eurasia, yang merujuk kepada kedudukan geografi Turki dan hasrat untuk mengukuhkan kedudukan Turki, khususnya Istanbul, sebagai penghubung dalam interaksi permainan video.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329726)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329727)

Ketua Perhubungan Awam Global G2A, Jacqueline Purcell bersama Sami Hamid mengalu-alukan hadirin dan merasmikan persidangan. Beliau berucap tentang inovasi yang pantas berkembang yang dapat dilihat di G2A setiap hari. "Sebanyak 400 pemain permainan video yang bersemangat dan golongan profesional bertaraf dunia terlibat dalam mod inovasi yang pesat membangun – seperti berada dalam filem Hollywood."

Patryk Kadlec, Ketua Pembangunan Perniagaan G2A membincangkan isu Mengapa Syarikat Permainan Video perlu Melabur dalam Teknologi Baharu dengan pembentangan satu kajian kes berkisarkan G2A 3D+, satu penyelesaian pencetakan 3D semua dalam satu untuk industri permainan video. Patryk mempamerkan sampel ikon permainan video yang dicetak secara 3D dan menarik minat ramai peserta lain selepas pembentangan itu kerana sebahagian besar mereka tidak pernah melihat produk jualan yang dihasilkan secara cetakan 3D. Patryk menjemput para pembangun untuk hadir ke reruai G2A di GIST: "Jika anda ingin melihat bagaimana pencetak 3D berfungsi, sila kunjungi reruai G2A dan kami boleh mendemonstrasikannya kepada anda," kata beliau. G2A 3D+ Umum Produk Khusus Interaktif yang Menarik di Pameran Permainan Taipei 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://3dplus.g2a.com/

Marcin Kryszpin, Ketua Pasukan Oculus, G2A, berucap dalam kategori Realiti Maya (VR) dengan membentangkan satu kajian kes daripada Perspektif Pembangun VR, tentang Cabaran dalam Realiti Maya dan bagaimana G2A, selaku pengasas trend, membangunkan penyelesaian dan berinovasi dalam VR. Muat Turn Percuma G2A LAND daripada G2A.COM Dijangka pada Suku Pertama tahun 2016.

Rakan jangka panjang G2A, PAYPAL, diwakili oleh Matt Komorowski, Ketua Pusat Jualan dan Eropah Tengah, membentangkan sesuatu yang menarik tentang peranan PAYPAL dalam membantu industri permainan video. Ucapan beliau yang bertajuk:  Kurangkan Klik, Lebihkan Bermain: Kaedah Pembayaran untuk Permainan Video Digital. Matt berkongsi statistik yang membolehkan hadirin beroleh satu pandangan global tentang sejauh mana yang perlu diusahakan dalam bidang pembayaran selamat: "Terdapat 1.2 bilion individu di seluruh dunia yang bermain permainan video [1], nilai pasaran permainan digital mencapai 61 bilion dolar [2]. Di PayPal, kami berbangga kerana dapat menyediakan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat untuk pengguna, selain membantu pembangun menyediakan pengalaman bermain yang lancar. Ini dapat mengelakkan masa dibazirkan di ruangan pembayaran dan lebih banyak masa boleh digunakan untuk bermain."

Matt turut mengulas tentang inovasi G2A Shield dan G2A Pay bahawa kedua-duanya adalah kemajuan hebat yang dapat melindungi dan memberikan pengalaman bermain yang selamat.

Beberapa penyampai lain dari seberang seperti A.S, bercakap tentang pembangunan terkini dalam industri permainan video: Pembudayaan Permainan Video, Kembara Pemain Permainan Video dan Masa Depan Permainan Video Berbilang Pemain Tempatan - Layar Besar dan Hubungan Sosial adalah antara pembentangan yang sangat mengagumkan dalam bidang pembangunan permainan video.

--------------------------------------------------

1. Newzoo, Laporan Pasaran Permainan Video Global, 2013 

2. SuperData, Pasaran permainan video digital sedunia: jumlah 2015, 2016

http://www.g2a.com  http://www.g2a.co  https://www.g2a.co/presentation/index.html

SUMBER  G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services Trade show news