omniture

Venture Global Calcasieu Pass dan Shell LNG Amerika Utara Meterai Perjanjian Urusan Jual Beli LNG Dua Puluh Tahun

Venture Global LNG, Inc.
2016-02-08 13:01 129

WASHINGTON, 8 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. ("Venture Global LNG") berbesar hati mengumumkan anak syarikat mereka, Venture Global Calcasieu Pass, LLC ("Venture Global Calcasieu Pass"), memeterai perjanjian jual beli ("SPA") dengan Shell NA LNG LLC ("Shell"). Melalui perjanjian ini, Shell bersetuju untuk membeli satu juta tan setahun ("MTPA") gas asli cecair ("LNG") daripada kilang eksport LNG Venture Global Calcasieu Pass yang sedang dibangunkan di Cameron Parish, Louisiana.

SPA selama dua puluh tahun itu akan berkuat kuasa pada tarikh permulaan operasi komersial kilang Venture Global Calcasieu Pass berserta pilihan untuk melanjutkan perjanjian oleh pihak Shell. Menurut SPA itu, Shell akan membeli LNG secara percuma ke atas kapal (FOB) menggunakan harga beli yang diindeks dengan harga Henry Hub setiap bulan beserta fi kemudahan yang disuaikan dengan inflasi.

Mike Sabel dan Bob Pender, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Venture Global LNG, bersama-sama mengumumkan "Venture Global LNG menganggap SPA 20 tahun bersama Shell ini adalah sesuatu pencapaian penting untuk syarikat itu. Kami gembira kerana terus mencapai sasaran yang dijanjikan dengan melaksanakan strategi perniagaan untuk menjadi pengeluar LNG berkos paling rendah di duna."

Venture Global LNG sedang membangunkan 10 kemudahan MTPA Venture Global Calcasieu Pass di atas tapak seluas 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dengan Teluk Mexico, selain 20 kemudahan MTPA Venture Global Plaquemines LNG di Plaquemines Parish, Louisiana di atas tanah seluas kira-kira 630 ekar di penanda sungai 55 di tebing Sungai Mississippi, iaitu 30 batu di bahagian selatan New Orleans, Louisiana.

Latar Belakang Venture Global LNG. Venture Global LNG merancang untuk menjadi pengeluar LNG dalam tempoh jangka panjang dan berkos rendah, yang memanfaatkan proses pengeluaran gas asli berkos rendah di A.S. Strategi Venture Global LNG adalah menggunakan teknologi pencecairan gas asli yang berkecekapan tinggi, skala pertengahan dengan cara tersendiri. Maklumat lanjut boleh dirujuk di www.venturegloballng.com.

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Gas Economic news, trends, analysis