omniture

Young Living Kaut Jualan Tahunan Lebih $1 Bilion Sepanjang 2015

Young Living Essential Oils, LC
2016-02-08 18:56 104

- Jualan pecah rekod menjadikan Young Living syarikat minyak pati pertama catat pencapaian cemerlang -

LEHI, Utah, 8 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, LC, kini selangkah lebih hampir untuk merealisasikan visinya bagi membawa minyak pati ke setiap kediaman, hari ini mengumumkan jualan tahun 2015 adalah melebihi $1 bilion. Pencapaian signifikan ini memperlihatkan kesungguhan berjuta-juta rakan, inovasi produk yang unggul, dan kepimpinan Mary Young selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga D. Gary Young sebagai pengasas serta perintis produk minyak pati.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323110LOGO

 "Kami menyambut kejayaan ini dengan penghargaan ikhlas kepada rakan kami yang berdedikasi dan berusaha keras dalam mempromosikan manfaat dengan tujuan khusus oleh Young Living untuk orang ramai di serata dunia," kata Travis Ogden, Ketua Pegawai Operasi. "Kami benar-benar yakin Young Living mempunyai potensi yang tiada tandingan untuk membawa perubahan kepada jutaan individu."

Pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun lalu menunjukkan peningkatan penerimaan terhadap minyak pati, yang dirintis Young Living, di bawah kepimpinan D. Gary Young, 23 tahun dahulu. Momentum berterusan ini membolehkan Young Living meluaskan liputan mereka ke tahap global, termasuk:

  • Mengekalkan operasi sedia ada dalam 14 pasaran global, dengan tiga penambahan pada tahun 2016
  • Mengambil lebih 2,000 kakitangan di seluruh dunia
  • Melancarkan lebih 500 produk minyak pati dan produk berkaitan minyak pati
  • Membuka pusat panggilan baharu pada tahun 2015 dan menempatkan 500 kakitangan, dengan jangkaan pertambahan kakitangan sebanyak 50 peratus pada tahun 2016
  • Memperluas dan menambah baik pusat pengedaran global kepada dua kali ganda kapasiti penghantaran, keupayaan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda, dan berkhidmat untuk jutaan pelanggan setiap bulan
  • Menambah ladang dan kilang penapis milikan korporat di Eropah dan Kanada
  • Terus menjadi piawaian unggul dalam kualiti minyak pati melalui inisiatif Seed to Seal® mereka (SeedtoSeal.com)
  • Memperluas dan memperbanyak inisiatif kebajikan sosial melalui Yayasan Young Living di seluruh dunia, termasuk projek di Uganda, Croatia, Nepal, Ecuador, dan Kemboja hasil daripada sumbangan rakan-rakan Young Living

"Sejak permulaan kecil-kecilan kami hingga sekarang, pencapaian ini adalah sesuatu yang penting kerana ia membuktikan kehebatan keaslian dan komitmen kami yang mantap terhadap kualiti," kata Jared Turner, Ketua Pegawai Penjualan dan Pemasaran. "Kami sentiasa berpegang teguh pada teras kami sambil kami terus berinovasi dan menerajui usaha dalam bidang minyak pati."

Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, adalah peneraju dunia dalam pasaran minyak pati yang mengamalkan proses Seed to Seal® yang ketat bagi menghasilkan produk minyak pati yang sejati untuk setiap individu, keluarga, dan gaya hidup. Proses ini memastikan semua produknya adalah asli, bebas daripada bahan kimia sintetik, dan 100 peratus tulen. Komitmen ini adalah hasil pemupukan lebih 20 tahun dalam pemuliharaan bumi dan penduduknya. Produk keluaran Young Living ditanam dan disaring di lapan buah ladang di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati YoungLiving.com.

Wakil Media:
Jamie Kaneko
Pengurus Kanan Perhubungan Awam
801.221.7128
jkaneko@youngliving.com

Source: Young Living Essential Oils, LC
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Supplementary Medicine Corporate Expansion