omniture

DSM mengumumkan persetujuan beberapa tahun dengan Corning

DSM Functional Materials
2016-02-08 22:00 127

ELGIN, Illinois, 8 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Royal DSM, sebuah syarikat berasaskan sains yang global dan aktif dalam bidang kesihatan, nutrisi, dan bahan, sukacitanya mengumumkan persetujuan selama beberapa tahun yang baharu antara Corning Incorporated (NYSE: GLW), peneraju dunia untuk gentian optik, dengan DSM, peneraju dunia bagi salutan gentian optik termaju, yang akan menyediakan penyelesaian gentian terbaik dalam kategorinya untuk industri telekomunikasi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140123/CG51891LOGO

"Kami gembira kerana dapat memperbaharui hubungan strategik kami bersama DSM," kata Barry Linchuck, Naib Presiden Divisyen Corning, Pemasaran Gentian Optik dan Pengurusan Rangkaian Produk. "Gabungan antara gentian optik kami yang memiliki kelebihan dengan teknologi salutan eksklusif yang disediakan oleh DSM khusus untuk Corning akan menghasilkan gentian optik berprestasi tinggi dengan kadar kemerosotan yang rendah serta rintangan mikrolentur kepada industri telekomunikasi."

"Perniagaan kami sentiasa memfokuskan usaha untuk mendayakan produk baharu dan inovatif kepada para pelanggan kami serta industri telekomunikasi," kata Rob Crowell, Presiden DSM Functional Materials. "Membangunkan dan mendayakan hak intelek adalah kunci penting dalam strategi ini dan kami teruja untuk memajukan industri telekomunikasi bersama Corning."

DSM – Bright Science. Brighter Living.™
Royal DSM merupakan sebuah syarikat berasaskan sains global yang aktif dalam bidang kesihatan, nutrisi, dan bahan. Dengan menghubungkan kepakarannya yang unik dalam Sains Hayat dan Sains Bahan, DSM memacu kesejahteraan ekonomi, kemakmuran alam sekitar, dan kemajuan sosial bagi mencipta nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan secara serentak. DSM menyediakan penyelesaian inovatif yang dapat menyemai, melindungi dan menambah baik prestasi dalam pasaran global seperti makanan dan pemakanan tambahan, penjagaan peribadi, makanan ternak, peralatan perubatan, automotif, cat, barangan elektrik dan elektronik, perlindungan hayat, tenaga alternatif, dan bahan berasaskan biologi. DSM serta syarikat bersekutunya memberikan jualan bersih tahunan kira-kira €10 bilion yang memiliki hampir 25,000 kakitangan. Syarikat itu berada dalam senarai Euronext Amsterdam. Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.dsm.com.

Corning Incorporated
Corning (www.corning.com) adalah salah satu penginovasi terkemuka dunia dalam sains bahan. Selama lebih 160 tahun, Corning menggunakan kepakarannya yang tiada tandingan dalam kaca khas, seramik, dan fizik optik bagi membangunkan produk yang mampu mewujudkan industri baharu serta mengubah kehidupan orang ramai. Corning meraih kejayaan melalui pelaburan berkekalan dalam penyelidikan & pembangunan (R&D), kombinasi unik antara bahan dan inovasi proses, serta kerjasama rapat dengan pelanggan bagi menyelesaikan cabaran teknologi yang sukar. Perniagaan dan pasaran Corning sentiasa berubah. Hari ini, produk Corning mendayakan pelbagai industri seperti elektronik pengguna, telekomunikasi, pengangkutan, dan sains hayat. Ini termasuk kaca penutup kalis kerosakan untuk telefon pintar dan tablet; kaca jitu untuk paparan canggih; gentian optik, teknologi wayarles, dan penyelesaian keterhubungan untuk rangkaian komunikasi berkelajuan tinggi; produk yang dipercayai yang mempercepatkan penemuan serta pembuatan ubat-ubatan; selain produk pengawalan pembebasan gas untuk kereta, trak, dan juga kenderaan di luar jalan raya.

Untuk maklumat lanjut:
DSM Functional Materials
Kelly Hawkinson
Pengurus Pemasaran & Komunikasi Global
telefon +1-847-608-2530
e-mel kelly.hawkinson@dsm.com

Corning Incorporated
Elizabeth Dann
Pengarah, Komunikasi Luar
telefon +1 607-974-4989
e-mel dannme@corning.com

Kenyataan jangkaan
Siaran media ini mungkin mengandungi kenyataan jangkaan berkaitan masa depan (kewangan), prestasi, dan kedudukan DSM. Kenyataan itu dibuat berdasarkan jangkaan, anggaran, dan unjuran semasa oleh DSM serta maklumat yang terdapat dalam syarikat. DSM ingin mengingatkan pembaca yang kenyataan sebegitu melibatkan risiko dan ketidakpastian tertentu yang sukar diramal, oleh itu harus difahami bahawa banyak faktor boleh menyebabkan prestasi dan kedudukan sebenar berbeza secara ketara daripada kenyataan ini. DSM tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan yang terkandung dalam siaran media ini, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang. Versi Bahasa Inggeris bagi siaran media ini diutamakan.

Source: DSM Functional Materials
Related Stocks:
NYSE:GLW
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements