20% daripada Hasil Jualan setiap Jam Tangan Edisi Terhad ini akan Digunakan oleh amfAR untuk Menjalankan Kajian Saintifik bagi Mencari Penawar HIV menjelang 2020
NEW YORK, 9 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Jauhari dan pembuat jam antarabangsa, Harry Winston, Inc., hari ini mengumumkan pelancaran Jam Tangan Detik Penyembuhan (Countdown to a Cure Timepiece), sempena menghargai kerjasama yang memasuki tahun keduanya dengan amfAR, Yayasan Penyelidikan AIDS. Direka khas untuk kempen "Detik Penyembuhan" ("Countdown to a Cure") anjuran amfAR, jam tangan edisi terhad ini terdiri daripada 20 utas model untuk lelaki dan 20 utas model untuk wanita. Ia adalah produk rasmi pertama yang dapat memberi manfaat kepada usaha amfAR untuk membantu mereka menjalankan kajian saintifik bagi mengubati HIV menjelang tahun 2020.
Edisi lelaki, yang merupakan sebahagian daripada Midnight Collection Harry Winston, menampilkan bekas emas berwarna putih berukuran 42mm dengan dail bewarna biru laut yang dicirikan dengan tona warna yang pelbagai, mewakili warna rasmi kempen Detik Penyembuhan anjuran amfAR yang membawa simbol penyembuhan penyakit itu, iaitu daripada krisis kepada penawar. Versi wanita pula berukuran 32mm dengan susunan rapi bertatahkan 12 berlian dipotong sempurna dan 19 permata yang bersinar, terdiri daripada delima, nilam dan garnet spesartit.
Dijual pada harga $21,200 untuk jam tangan versi lelaki, dan $16,200 untuk versi wanita, Jam Tangan Detik Penyembuhan itu akan dijual secara eksklusif di butik Harry Winston seluruh dunia. Sebanyak 20% daripada harga jualan setiap jam tangan edisi terhad itu akan disumbang kepada amfAR.
Pada Januari 2015, Harry Winston mengumumkan satu perkongsian penting selama tiga tahun bersama amfAR, sebagai tanda sokongan mereka terhadap misi amfAR untuk menamatkan wabak global AIDS melalui penyelidikan yang inovatif, dan inisatif "Detik Penyembuhan" mereka yang bertujuan untuk menghasilkan penawar saintifik melalui penyelidikan menjelang tahun 2020. Dilancarkan pada Februari 2014, kempen Detik itu diwujudkan untuk menggalakkan program penyelidikan HIV berfokuskan penawar anjuran amfAR melalui pelaburan strategik sebanyak $100 juta untuk lima tahun akan datang.
Sokongan Harry Winston terhadap amfAR adalah kerjasama pertama Jenama itu dengan sebuah organisasi global, menunjukkan mereka bukan sahaja meluaskan kehadiran mereka, malah mereka turut memperkukuh komitmen kerja-kerja amal dari segi usaha kebajikan yang dapat membawa perubahan kepada jutaan orang di seluruh dunia.
"Kami berbangga untuk memperkenalkan Jam Tangan Detik Penyembuhan yang baharu ini dan terus mengukuhkan komitmen kami terhadap amfAR," kata Nayla Hayek, Ketua Pegawai Eksekutif Harry Winston, Inc. "Melalui sokongan Harry Winston, amfAR mampu membuat pelaburan dalam penyelidikan penting kepada kajian terkini yang dapat membantu menangani segala cabaran dalam mencari penawar. Harapan kami menerusi kerjasama berterusan ini adalah untuk melihat amfAR terus berusaha membanteras wabak HIV/AIDS dan menyediakan masa depan yang lebih baik dan sihat untuk berjuta-juta individu di seluruh dunia."
"Kami sangat berterima kasih kepada rakan kami di Harry Winston atas kerjasama dan sokongan mereka," kata Kevin Robert Frost, Ketua Pegawai Eksekutif amfAR. "Wabak AIDS dilihat terus meragut banyak nyawa setiap hari, maka jam tangan Detik Penyembuhan ini melambangkan simbol paling tepat yang kami berikan untuk mengejar misi kami dalam mencari penawar untuk HIV."
Latar Belakang Harry Winston, Inc.:
Ditubuhkan di Bandar Raya New York pada tahun 1932, Galeri Harry Winston terus menetapkan standard barang kemas yang indah serta pembuatan jam tangan mewah. Daripada koleksi beberapa batu permata paling terkenal di dunia, termasuk Jonker, Hope dan Berlian Legasi Winston (Winston Legacy Diamonds), yang menghiasi wanita terkenal Hollywood di permaidani merah, selama lebih lapan dekad, Harry Winston menjadi simbol terbaik batu permata. Beribu pejabat di New York, syarikat tersebut mengurus butik perniagaan di seluruh dunia, termasuk di lokasi-lokasi berikut: New York, Beverly Hills, London, Paris, Tokyo, Hong Kong dan Shanghai.
Latar Belakang Program Amal Harry Winston Brilliant Futures:
Membantu komuniti setempat dan memberi harapan kepada mereka yang memerlukan adalah tradisi turun temurun yang dimulakan oleh pengasas kami, En. Harry Winston. Bermula pada tahun 1949-1953, En. Winston menganjurkan satu pameran yang dikenali sebagai "Himpunan Permata" ("The Court of Jewels") – satu koleksi permata yang paling menarik dan bersejarah hasil kutipan sepanjang pengembaraan beliau yang mengagumkan – yang singgah di bandar-bandar utama sekitar Amerika untuk mengutip dana program kebajikan tempatan.
Kini, kami meneruskan legasi ini melalui Program Amal Harry Winston Brilliant Futures™. Dengan program ini, syarikat kami berbangga untuk membantu organisasi daripada komuniti butik setempat yang berusaha untuk memberikan akses pendidikan yang berkualiti dan kemahiran yang diperlukan kepada golongan muda untuk berjaya dalam hidup masing-masing serta menjamin kewangan pada masa depan.
Latar Belakang amfAR
amfAR, Yayasan Penyelidikan AIDS, ialah salah sebuah pertubuhan bukan untung terkemuka dunia yang berdedikasi untuk menggalakkan penyelidikan AIDS, pencegahan HIV, pendidikan rawatan, dan terlibat dalam penggubalan dasar awam yang berkaitan AIDS. Sejak tahun 1985, amfAR membelanjakan hampir $400 juta dalam programnya serta memberikan lebih 3,300 geran kepada pasukan penyelidikan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.amfar.org.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329735
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329736