REDMOND, Washington dan TAIPEI, Taiwan, 11 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. dan Acer Inc. mengumumkan pada hari Rabu tentang perluasan kerjasama global mereka bagi membawakan perkhidmatan produktiviti mudah alih Microsoft kepada lebih ramai pengguna. Bermula pada separuh kedua tahun 2016, Acer akan mula memasang perkhidmatan dan aplikasi Microsoft dalam portfolio telefon pintar dan tablet Android mereka. Khususnya, pengguna akan menerima manfaat daripada penyelesaian produktiviti termasuk Microsoft Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneNote, SkyDrive dan Skype pada beberapa telefon pintar dan tablet terpilih keluaran Acer.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Microsoft bagi menyediakan produktiviti mudah alih yang dipertingkat di dalam produk kami," kata ST Liew, presiden Acer Smart Products Business Group. "Dengan mengintegrasikan suite perisian Microsoft, pelanggan Acer akan dapat menikmati fungsi produktiviti secara mudah alih selain mendapat pengalaman menggunakan komputer yang hampir sama melalui telefon pintar dan tablet mereka."
Nick Psyhogeos, presiden Microsoft Technology Licensing, berkata, "Kami gembira kerana mampu menambah baik perkongsian yang sedia kukuh antara Microsoft dan Acer. Perjanjian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan kolaboratif seperti ini akan mempromosikan inovasi, seterusnya mampu menghasilkan produk serta mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna."
Komitmen Microsoft dalam pelesenan IP
Perjanjian paten ini adalah satu contoh peranan penting yang dimainkan harta intelek (IP) dalam memastikan ekosistem teknologi yang baik dan mantap. Sejak Microsoft melancarkan program pelesenan IP pada Disember 2003, mereka berjaya memeterai lebih 1,200 pertanjian pelesenan. Maklumat lanjut tentang program pelesenan Microsoft boleh didapati di http://www.microsoft.com/iplicensing
Latar Belakang Acer
Ditubuhkan pada tahun 1976, Acer adalah syarikat perkakasan + perisian + perkhidmatan khusus untuk penyelidikan, rekaan, pemasaran, penjualan, dan sokongan untuk produk inovatif yang mampu mempertingkat kehidupan pengguna. Produk yang ditawarkan Acer termasuk komputer peribadi, paparan, projektor, pelayan, tablet, telefon pintar, dan peranti boleh pakai. Syarikat itu juga membangunkan penyelesaian awan untuk Internet of Things. Acer memiliki 7,000 kakitangan dan berada di tangga keempat bagi jumlah jualan komputer peribadi global (IDC 2014). Pendapatan pada tahun 2014 mencecah AS$10.39 bilion. Sila lawati http://www.acer.com untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang Microsoft Technology Licensing
Microsoft Technology Licensing LLC ditubuhkan pada tahun 2014 untuk mengambil alih, mengurus dan melesenkan portfolio paten milik Microsoft.
Latar Belakang Microsoft
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) adalah platform utama dan syarikat produktiviti yang mengutamakan mudah alih dan awan di dunia serta mempunyai misi untuk memperkasa setiap pengguna dan juga organisasi di bumi ini bagi mencapai lebih lagi.