omniture

Madison Avenue

BOND NO 9 NEW YORK
2016-02-11 22:40 90

Bond No. 9 perkenalkan haruman bertemakan beli-belah pertama dunia. Kami menamakannya Madison Avenue, bersempena kawasan butik terkenal di New York.

NEW YORK, 11 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Di Bond No. 9, kami bukan sahaja membuat minyak wangi – kami juga berinovasi. Kami ingin memperkenalkan koleksi wangian bercirikan bandar raya New York yang pertama di dunia. Kami turut mencipta eau de parfum pertama untuk mereka yang berfikiran sivik (wangian paling kami sukai dan paling laris terjual, Scent of Peace). Bagi musim bunga 2016, semasa kita semua memperbaharui koleksi almari kita, kami bakal memperkenalkan bauan berasaskan beli-belah yang pertama seumpamanya.

Alami Hebahan Berita Multimedia secara interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7759951-bond-no-9-madison-avenue/

Tiada tempat beli-belah yang setanding dengan Madison Avenue antara 57th dan 96th  Street, dengan barisan gedung fesyen terulung dan paling megah yang terdapat di muka bumi ini.

Sudah tentu kami menamakan wangian baharu ini Madison Avenue – walaupun pelanggan setia kami menganggap Bond No. 9 sudah memiliki haruman bertemakan Madison Avenue: haruman klasik menggoda gabungan hebat cempaka dan jasmin kami, Madison Soiree, yang sesuai untuk aktiviti malam hari. Sementara itu, haruman Madison Avenue baharu ini dicipta khas untuk siang hari. Ia mencetuskan nilai-nilai fesyen; satu semburan, dan anda akan hanyut dalam dunia beli-belah.

Haruman tersebut boleh dikategorikan dalam chypre segar, sejenis haruman yang merangkumi bau sitrus, kayu, lumut yang menjadi kegemaran penggemar fesyen sejak sekian lama, dan seperti mana semua chypre, ia mempunyai ciri-ciri keanggunan bau yang unik padanya. Baunya yang paling menyerlah –epal rangup, oren bergamot, beri hitam yang sedikit masam dengan rasa kismis – akan serta merta memberi tenaga kepada anda. Kemudian pada bauan tengahnya: sejambak bunga mawar selembut sutera charmeuse; melur pada kilauan kain syantung, dan magnolia selembut satin. Akhir sekali, bagi not dasarnya pula, sillage yang mampu bertahan sepanjang hari: terdapat pepohon nilam segar; manisan pastri yang berkrim, berkacang dan manis, pralin; serta ambroxan—ambergris kontemporari yang dianggap sebagai sebuah prisma yang mampu menyerlahkan ciri-ciri lain dalam minyak wangi.

Bagi haruman yang amat digemari ini, kami memberikan warna botol Bond No. 9 superstar ini dengan warna merah jambu lembut, yang mekar pada musim bunga dan menghiasinya seperti baju gaun, dengan beberapa token logo berbentuk butang yang menghiasi bahagian hadapan botol, serta reben comel berwarna hitam daripada fabrik grosgrain. Ia bakal menjadi impian minyak wangi bagi pembeli yang gemarkan fesyen.

Madison Avenue akan dilancarkan buat pertama kali pada April 2016 semasa kemuncak tempoh beli-belah pada musim bunga.

Boleh didapati di Butik New York Bond No. 9, Saks Fifth Avenue di seluruh negara, kedai Nordstrom terpilih, Harrods UK, dan www.bondno9.com

Harga: 100ml, $300; 50ml, $200; Botol Sutera (Body Silk), $135; Edisi Terhad Swarovski, $375

Source: BOND NO 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics New products/services