NORTHBROOK, Illinois, 12 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- UL, sebuah organisasi sains keselamatan, baru-baru ini telah menjalankan satu kajian untuk mempelajari bagaimana Jerman berjaya meningkatkan jumlah sumber tenaga boleh diperbaharui dalam grid kuasanya. Kajian dan keputusannya boleh didapati melalui kertas putih yang lengkap, bertajuk "Menghubungkan Rangkaian Persoalan: Peralihan dan Transformasi dalam Pasaran Tenaga Global (Putting the Pieces Together: Transition and Transformation in Global Energy Markets) <link to translated whitepapers>," yang ditulis oleh Ketua Pakar Ekonomi UL, Dr. Erin Grossi.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140721/129100
Kajian daripada kertas putih ini melibatkan kajian lapangan serta wawancara daripada ekosistem tenaga Jerman yang berusaha ke arah transformasi tenaga di peringkat negara. Jerman menjadi minat utama Grossi ketika negara tersebut membuat pertaruhan ekonomi yang besar dengan menetapkan sasaran agresif untuk menggantikan loji nuklear kepada tenaga boleh diperbaharui. Dari segi penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara keseluruhan, negara itu melepasi sasaran 30 peratus pada tahun 2014 dan bercadang untuk mencapai 40-50 peratus di peringkat negara menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2050.
"Kami mahu mengetahui mengapa Jerman mahu mengambil risiko ekonomi sebesar ini terhadap tenaga boleh diperbaharui, mengapa pihak kerajaan percaya ia akan berjaya, dan bagaimana pasaran-pasaran global yang lain boleh menyumbang dan belajar daripada inisiatif ini," kata Grossi.
Kertas putih itu membincangkan seluruh perbezaan antara pandangan pihak Jerman terhadap alam sekitar dan keselamatan, fokus khusus mereka terhadap pengekalan kemampanan grid, dan kewujudan loji kuasa maya untuk merungkaikan cabaran kejuruteraan yang lebih rumit. Walau bagaimanapun, kajian ini juga menunjukkan adanya beberapa kelemahan dalam kuasa tenaga yang perlu diberi perhatian oleh pihak Jerman untuk mencapai sasaran tenaga mereka – yang boleh diselesaikan dengan bantuan negara-negara lain.
"Apa yang kami temui adalah terdapat pelbagai teknologi yang amat diperlukan oleh Jerman untuk menyokong usaha transformasi mereka dengan bantuan syarikat-syarikat utama dalam bidang perkilangan di Asia dan pasaran lain," kata Grossi. "Inovasi khusus yang kami perlukan adalah penyimpanan bateri, transformer dan penyongsang pintar, sensor serta analisis data, selain piawaian yang didukung padanya."
Kertas putih itu merumuskan bahawa masa depan kuasa tenaga yang lebih luas dan pintar, akan bertapak pada dekad yang seterusnya dengan semakin banyak negara-negara membangun yang perlahan-lahan mengadaptasi sistem ini berbanding membina sistem yang berpusat kerana sistem ini mudah dilaksanakan secara teknikal dan mesra ekonomi dengan wujudya sumber mekanikal, kejuruteraan elektrikal, dan teknologi maklumat pada masa kini.
Kertas putih yang lengkap boleh dimuat turun daripada pustaka dalam talian UL dalam pelbagai bahasa di http://bit.ly/1VVnTnx.
Latar Belakang UL
UL ialah syarikat sains keselamatan bebas utama dunia yang telah mencapai kemajuan selama lebih 120 tahun. Golongan profesional seramai 11,000 orang dipandu oleh misi UL untuk menggalakkan persekitaran kerja dan kediaman yang selamat untuk semua individu. UL menggunakan penyelidikan dan piawaian untuk terus maju dan memenuhi keperluan keselamatan yang sentiasa berubah. Kami bekerjasama dengan perniagaan, pengeluaran,, persatuan perdagangan dan pihak berkuasa antarabangsa untuk membawakan penyelesaian kepada rantaian bekalan global yang lebih rumit. Untuk maklumat lanjut tentang pensijilan, ujian, pemeriksaan, khidmat nasihat dan pendidikan, lawati www.ul.com.
HUBUNGI: Dagmar Ebaugh
Pengurus Perhubungan Awam & Media Sosial Global
UL Commercial & Industrial
O: +1 (678) 872.0320 C: +1 (404) 216.4354, dagmar.ebaugh@ul.com