omniture

Stewart & Stevenson lantik Eksekutif Kanan Pengedaran

Stewart & Stevenson LLC
2016-02-12 23:45 115

HOUSTON, 12 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Stewart & Stevenson LLC hari ini mengumumkan pelantikan John Merrifield sebagai Presiden rangkaian pengedaran global Syarikat itu. En. Merrifield, yang telah berkhidmat sebagai Presiden Florida Detroit Diesel Allison bagi Syarikat itu, adalah pemegang Ijazah Sarjana daripada Universiti Missouri dan mempunyai rekod khidmat yang sangat lama dalam perniagaan pengedaran. Beliau merupakan Naib Presiden Kanan di Daimler Trucks Amerika Utara dan berkhidmat sebagai ketua Sterling Truck Corporation dan Western Star Truck Corporation. En. Merrifield menggantikan En. Bill Simmons yang akan bersara.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160211/332583LOGO

Serentak dengan pelantikan En. Merrifield, Syarikat itu mengumumkan En. John Farmer, Presiden Atlantic Detroit Diesel Allison yang menggalas tanggungjawab untuk rantau Timur Laut Amerika Syarikat, dinaikkan pangkat menjadi Naib Presiden Eksekutif untuk Operasi di Stewart & Stevenson Distribution.

Stewart & Stevenson yang berpangkalan di Houston, merupakan penyedia terkemuka untuk peralatan terkhusus dan alat ganti selepas jualan serta perkhidmatan untuk industri minyak & gas, marin, pembinaan, penjanaan kuasa, pengangkutan, pengendalian bahan, perlombongan, pertanian, serta industri lain di peringkat global. Untuk maklumat lanjut, lawati www.stewartandstevenson.com.

Hubungi : Chris Archie
Office of the Chairman
+1-713-751-2772

 

Source: Stewart & Stevenson LLC
Keywords: Gas Machine Tools, Metalworking and metallurgy Oil/Energy Utilities Personnel announcements