omniture

Penganalisis Pembedahan Elektro QA-ES III diperkenal untuk menguji dan memastikan prestasi serta keselamatan optimum unit pembedahan elektro

Fluke Biomedical
2016-02-16 06:00 201

EVERETT, Washington, 16 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah unit pembedahan elektro (ESU) yang tidak berfungsi dengan baik boleh membahayakan kerana mungkin menghasilkan potongan, lecuh, atau tampalan saluran yang tidak sempurna malah boleh melecurkan pesakit dan doktor mahupun menyebabkan berlakunya kebakaran. Oleh sebab itu, prestasi unit pembedahan elektro perlu dipantau untuk memastikan ia berfungsi seperti yang sepatutnya. Penganalisis Pembedahan Elektro Fluke Biomedical QA-ES III menguji semua fungsi penting unit pembedahan elektro (ESU), termasuk kuasa ketepatan, arus, frekuensi, faktor puncak, dan rintangan beban.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/332136

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/332138

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179432LOGO

"Selama lebih sedekad, Penganalisis Pembedahan Elektro QA-ES III menjadi satu alat yang dipercayai oleh jurutera bioperubatan," terang Eric Conley, Pengurus Besar Fluke Biomedical. "Peranti QA-ES III yang baharu daripada kami dapat menambah baik prestasi, fungsi tanpa wayar*, dan sedia digunakan tanpa memerlukan kabel, petunjuk atau perkakasan tambahan. Selain itu, peranti seberat 5.5 paun (2.5 kilogram) ini adalah lebih ringan daripada versi sebelumnya, membuatkannya lebih mudah dibawa dari satu lokasi ke lokasi yang lain."

Port berbilang fungsi pada QA-ES III dengan petunjuk yang disusun mengikut kod warna mengurangkan bilangan sambungan yang diperlukan untuk menguji serta mengesahkan prestasi dan juga keselamata ESU. QA-ES III juga memberikan kejituan serta juat yang lebih tinggi untuk mengukur tampalan saluran, pengawasan kualiti sambungan (CQM), kebocoran berfrekuensi tinggi (HF), dan pengagihan kuasa output dalam mod tunggal dan juga berterusan.

"QA-ES III memiliki prestasi dan spesifikasi yang terbaik dalam industri untuk kuasa, arus, voltan puncak-ke-puncak dan faktor puncak, menjadikannya sebuah penganalisis pembedahan elektro yang ideal untuk ESU moden dan berkuasa tinggi pada masa kini," terang Shirin Khanna, Pengurus Pemasaran Kanan QA-ES III. "Ia mampu menyimpan sehingga 5,000 rekod ujian pada sistemnya yang boleh dipindahkan secara pantas dan mudah ke komputer peribadi melalui Bluetooth atau USB."

QA-ES III mematuhi piawaian industri global terkini dalam menguji peranti pembedahan elektro termasuk ANSI/AAMI dan IEC. Peranti ini sangat mudah untuk dipasang dan digunakan melalui paparan LCD yang besar serta panduan yang disertakan pada paparan. Ia juga mempunyai fungsi automatik untuk menguji agihan kuasa secara pantas. Pemalam pengautomatan ujian Ansur yang turut disediakan dapat menyelaraskan kerja, memendekkan tempoh ujian dan mengurangkan ralat dengan menjadikan prosedur penyelanggaraan pencegahan dilakukan secara automatik menggunakan templat ujian serta pelaporan khas.

*QA-ES III bakal ditawarkan ke seluruh dunia. Fungsi tanpa wayar pada peringkat awal hanya untuk pasaran A.S., Kanada, dan Eropah (kecuali Rusia), dan bakal diedarkan ke negara-negara lain, bermula awal Mac 2016.

Latar Belakang Fluke Biomedical
Dipercayai untuk membuat pengukuran yang penting.
Fluke Biomedical adalah penyedia utama di peringkat global untuk peralatan dan perkhidmatan ujian serta pengukuran untuk industri penjagaan kesihatan. Kami berkhidmat untuk jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, doktor perubatan, pakar onkologi serta golongan profesional keselamatan radiasi dan terus meluaskan pelbagai pilihan produk kami untuk meliputi lebih ramai profesional kesihatan dan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.flukebiomedical.com/.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Fluke Biomedical dan Unfors RaySafe atau untuk meminta gambar-gambar berkaitan, sila hubungi:
Julie Lary
Marketing Coordinator
+1 (425) 446-6006
julie.lary@flukebiomedical.com

Source: Fluke Biomedical
Keywords: Biotechnology Medical Equipment New products/services