omniture

Huawei Perkenal Lima Inisiatif untuk Transformasi Digital dalam Industri Telekomunikasi

Keterbukaan, kolaborasi dan kejayaan bersama ke arah ekosistem yang utuh
Huawei
2016-02-17 16:34 496

LONDON dan BEIJING, 17 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini mendedahkan lima 'Inisiatif Penting' (Big Initiatives) untuk industri telekomunikasi bagi memecut transformasi digital. Huawei juga berkongsi platform terbuka untuk memupuk kerjasama supaya kejayaan bersama boleh dicapai dalam industri telekomunikasi. Selain itu, syarikat itu juga mengumumkan penyelesaian inovatif untuk 4.5G, Internet of Things (IoT), video 2K/4K, dan Safe City. Inisiatif Penting dan penyelesaian inovatif memperlihatkan komitmen jangka panjang pihak Huawei untuk membina dunia Dunia Terhubung Lebih Baik melalui kerjasama meluas dalam industri itu.

Huawei meramal pasaran industri video mampu mencecah $100 bilion manakala pasaran perkhidmatan awan perusahaan mampu mencecah $1 trilion. Bilangan sambungan IoT dijangka meningkat 10 kali ganda. Pengendali perkhidmatan telekomunikasi pula akan menikmati peluang yang sangat besar. Inisiatif Penting daripada Huawei direka untuk mencungkil peluang baharu. Lima Inisiatif Agung yang dimaksudkan ialah Video Besar – Di Mana-mana, IT Besar – Diwujudkan, Operasi Besar – Tangkas, Seni Bina Besar – Elastik, Rancangan Besar – Sentiasa Ada (Big Video – Everywhere, Big IT – Enabling, Big Operation – Agile, Big Architecture – Elastic, Big Pipe – Ubiquitous).

"Transformasi digital adalah pemacu pertumbuhan industri telekomunikasi masa ini, dan ia juga dapat menggalakkan inovasi dalam industri lain," kata William Xu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Strategi Pemasaran Huawei di London, "Huawei akan terus meluaskan keupayaan platform bagi membantu pengendali telekomunikasi membangunkan ekosistem terbuka, kolaboratif, dan saling memberi manfaat untuk mendorong transformasi digital."

Bersama-sama rakannya, Huawei kini membangunkan makmal terbuka untuk berinovasi bersama dan untuk memupuk penggunaan komersial perkhidmatan baharu yang lebih pantas. Lebih sepuluh buah makmal terbuka di seluruh China, Eropah dan rantau lain berjaya menghimpunkan lebih 600 rakan kerjasama. Bagi para pembangun, Huawei membina satu platform eSDK untuk menyediakan instrumen pembangunan yang fleksibel dan mudah digunakan di samping menyediakan khidmatan sokongan. Syarikat tersebut juga turut melancarkan Program Kemampuan Pembangun bernilai $1bn bagi mewujudkan persekitaran berinovasi yang menggalakkan. Dari segi transformasi digital untuk industri vertikal pula, Huawei menjalin kerjasama dengan pihak perunding dan rakan kongsi perisian untuk menghasilkan ekosistem yang spesifik untuk sesuatu industri bagi tujuan memberikan satu penyelesaian yang berintegrasi kepada industri seperti pengangkutan, tenaga, kerajaan, dan kewangan. Huawei juga turut berinovasi bersama rakan huluan dan hiliran untuk membantu mereka beradaptasi dengan trend telekomunikasi baharu seperti 5G, SDN/NFV, dan operasi digital.

Huawei membangunkan penyelesaian platform terbuka untuk video 2K/4K, yang menghimpunkan kandungan untuk membolehkan inovasi dijalankan dalam bidang perkhidmatan video. Dalam bidang pengkomputeran awan, keutamaan Huawei adalah jalinan kerjasama dengan rakan pengendali telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan awan. Strategi Huawei dalam bidang awan adalah untuk membina ekosistem awan terbuka bersama-sama rakan kerjasama mereka: Huawei memfokuskan untuk membangunkan IaaS, mengaktifkan PaaS dan menghimpunkan SaaS, bagi tujuan memperkasa rakan mereka dalam inovasi bernilai tinggi berasaskan aplikasi dan pacuan data.

"Huawei memfokuskan perniagaan teras mereka serta komited untuk memperkasa transformasi digital pengendali telekomunikasi menerusi pelaburan strategik secara berterusan. Kami percaya fokus bagi usaha dalam tempoh jangka masa panjang dan kesungguhan akan membuahkan kejayaan," kata Ryan Ding, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah dan Presiden Bahagian Produk & Penyelesaian di Huawei, Beijing.

Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Huawei akan mempamerkan produk inovatif mereka seperti 4.5G, IoT, dan penyelesaian Safe City, dan sebagainya, yang dapat membantu pengendali telekomunikasi serta perusahaan menjalankan inovasi secara tangkas, mempercepatkan proses transformasi, dan meraih kejayaan menerusi perniagaan mereka dalam era digital masa kini.

4.5G akan mempercepat kadar data jalur lebar mudah alih sehingga 1,000 Mbit/s, membolehkan perkhidmatan suara HD, video HD 2K/4K, dan pengalaman realiti maya digunakan di mana-mana sahaja. 4.5G juga akan menggerakkan IoT, yang akan menjadikan kehidupan kita lebih pintar, dan membantu pengendali telekomunikasi meluaskan perkhidmatan mereka ke dalam pasaran industri. GigaRadio salah satu produk utama Huawei yang dilancarkan di MWC tahun ini, adalah teknologi penting untuk 4.5G. GigaRadio bakal dikomersialkan secara besar-besaran pada tahun 2016, dan akan membantu mempercepat penggunaan 4.5G di peringkat global.

Penyelesaian IoT daripada Huawei pula bakal memacu transformasi digital perkhidmatan jalur lebar kediaman daripada pihak telekomunikasi dengan merealisasikan konsep kediaman pintar. Teknologi Narrow Broadband IoT (NB-IoT) berasaskan LTE daripada Huawei akan membolehkan pengendali telekomunikasi memberikan perkhidmatan IoT secara selular dan sentiasa ada. Teknologi ini akan membawa peluang perniagaan baharu dalam pemeteran pintar, tempat letak kenderaan pintar, pengesanan logistik, dan bandar pintar.

Penyelesaian Safe City daripada Huawei dikuasakan oleh teknologi IoT terkini dan jalur lebar mudah alih (MBB) terkini bagi memberikan sistem keselamatan pintar berasaskan video untuk bandar. Sistem ini membolehkan pihak pentadbir dan pihak berkuasa perbandaran mencegah krisis dan menambah baik gerak balas mereka terhadap kecemasan. Pada hari ini, penyelesaian Safe City Huawei digunakan di lebih 100 buah bandar di lebih 30 buah negara.

Menurut ramalan, pengguna jalur lebar baharu akan berjumlah empat bilion menjelang tahun 2025, lebih 100 bilion peranti akan terhubung secara digital, dan penggunaan data setiap individu akan meningkat lebih 500 kali ganda. Dunia digital dan fizikal semakin bersatu dengan pantas; dan pengguna menuntut pengalaman ROADS (Masa Nyata, Mengikut Permintaan, Dalam Talian Sepenuhnya, Lakukan Sendiri dan Sosial) untuk menggantikan norma masa kini.

Agar pihak industri telekomunikasi dapat menyampaikan pengalaman ROADS dan memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, mereka perlu meluaskan visi mereka, menyediakan rancangan, data dan perkhidmatan untuk rakan mereka, mengamalkan Inisiatif Penting untuk transformasi digital, selain berkongsi sumber melalui kerjasama yang saling melengkapi.

Di MWC 2016, Huawei, bersama pengendali telekomunikasi dan pelanggan perusahaannya, akan berkongsi wawasan transformasi digital yang penting dalam industri telekomunikasi.

MWC 2016 akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol, antara 22 hingga 25 Februari. Reruai pameran Huawei terletak di Dewan 1 & Dewan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.huawei.com/en/mwc2016.

Latar Belakang Huawei

Huawei adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ternama dunia. Inovasi kami dalam penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT digunakan di lebih 170 buah negara dan kawasan, memberi manfaat kepada lebih sepertiga daripada populasi dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Huawei di www.huawei.com.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news