Rakan Kongsi DREAMS Mengumumkan Cabaran Inovasi Bernilai $85 Juta yang Memfokuskan Penyelesaian untuk Gadis Remaja dan Belia Wanita
NEW BRUNSWICK, New Jersey, 18 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson (NYSE: JNJ) hari ini menggesa bagi mendapatkan idea inovatif sebagai sebahagian daripada Cabaran Inovasi DREAMS, yang disokong oleh Pelan Kecemasan Presiden A.S. untuk Bantuan AIDS (PEPFAR), Janssen Pharmaceutica, NV, salah satu daripada Janssen Pharmaceutical Companies of Johnson & Johnson, dan ViiV Healthcare. Mereka kini sedang menerima cadangan untuk memperoleh penemuan inovasi yang mampu membawa perubahan bagi mengurangkan jangkitan HIV dalam kalangan wanita remaja dan belia wanita di 10 buah negara Afrika sub-Sahara. Tarikh akhir penyertaan untuk bagi pertimbangan penerimaan hadiah ialah pada 28 Mac 2016.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160216/333964
Sebanyak $85 juta akan diberikan untuk penyelesaian yang inovatif dan mampan dalam enam Bidang Fokus Cabaran yang akan memberi belia wanita peluang untuk menjalani kehidupan dengan Tekad (Determined), Bingkas (Resilient), Diperkasa (Empowered), Bebas AIDS (AIDS-Free), Bermentor (Mentored), dan Selamat (Safe) yang mereka patut jalani. Penyelesaian yang berjaya mesti bersedia untuk dilaksanakan dengan segera di sebuah negara atau lebih 10 buah negara DREAMS serta mampu menunjukkan kesannya dalam masa dua tahun yang menunjukkan potensi untuk mencapai perubahan berkekalan.
"Kami percaya penemuan inovasi terbaharu yang diperlukan untuk mengurangkan jangkitan HIV dalam kalangan gadis remaja serta belia wanita boleh diperoleh dari mana-mana sahaja di dunia ini," kata Paul Stoffels, Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Saintifik, dan Pengerusi Seluruh Dunia, Farmaseutikal, Johnson & Johnson. "Harapan kami dalam menyokong Cabaran Inovasi DREAMS adalah untuk menjana idea baharu bagi membantu kami mengurangkan jangkitan HIV dalam kalangan gadis remaja dan belia wanita yang berada di 10 buah negara Afrika sub-Sahara sebanyak 40 peratus menjelang akhir tahun 2017."
AIDS merupakan punca kematian utama bagi wanita dalam usia reproduktif di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Gadis remaja dan belia wanita dicatatkan 380,000 jangkitan baharu setahun atau lebih 7,000 jangkitan baharu seminggu di seluruh dunia.
"Walaupun kita sudah mencapai kemajuan yang agak hebat dari segi respons dunia terhadap HIV/AIDS, masih ramai lagi gadis remaja serta belia wanita yang terpinggir," kata Duta Deborah L. Birx, Penyelaras AIDS Global A.S. dan Wakil Khas A.S. untuk Diplomasi Kesihatan Global. "Memandangkan terdapat 71 peratus gadis dan wanita muda daripada semua jangkitan HIV baharu dalam kalangan remaja di Afrika sub-Sahara, kami amat memerlukan penyelesaian inovatif yang dapat memperkasakan mereka untuk melindungi kesihatan mereka serta membantu mereka mengejar impian mereka."
"Pemikiran baharu serta pendekatan berimpak tinggi diperlukan bagi menangani banyak kerumitan yang mencetuskan krisis kesihatan genting ini," kata Jaak Peeters, ketua organisasi Kesihawan Awam Global Johnson & Johnson. "Dengan mengambil kira faktor dan kerumitan yang memberi impak kepada golongan gadis muda pada peringkat asas, kami berharap dapat memberi kesan besar dari segi keputusan kesihatan dan mewujudkan perubahan berkekalan. Ini adalah komponen penting dalam pendekatan Johnson & Johnson bagi mempertingkat kesihatan awam di peringkat global."
Johnson & Johnson, melalui Janssen Pharmaceutical Companies, menyertai Perkongsian DREAMS sebagai rakan kongsi tunjang pada Disember lepas. Perkongsian mencabar bernilai $385 juta itu menyediakan Pakej Teras yang terdiri daripada pendekatan berasaskan bukti yang bukan sekadar melibatkan sektor kesihatan, memberi perhatian kepada pemacu struktur yang meningkatan risiko HIV dalam kalangan kanak-kanak perempuan sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk kemiskinan, ketidaksamarataan jantina, keganasan seksual, dan kurang mendapat pendidikan. Perkongsian DREAMS ini turut disertai PEPFAR, Yayasan Bill & Melinda Gates, Girl Effect, Gilead Sciences, dan ViiV Healthcare.
Menyediakan Kesan Jangka Panjang terhadap Kesihatan Awam Global
Usaha memerangi HIV merupakan komponen penting dalam legasi Johnson & Johnson yang sekian lama dari segi komitmen dan perkongsian bagi mempertingkat kesihatan awam global untuk individu, keluarga, dan masyarakat seluruh dunia. Melalui pertubuhan kesihatan awam globalnya, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian berasaskan bukti secara bersepadu bagi menyediakan keperluan kesihatan menyeluruh selain memberikan impak penting serta berpanjangan dalam tiga bidang fokus utama: HIV, kesihatan ibu dan anak, serta tuberkulosis (TB) rintang ubat secara ekstensif (XDR) dan rintang pelbagai ubat (MDR).
Maklumat Permohonan Cabaran Inovasi DREAMS
Perkongsian DREAMS dijangka akan mengumumkan para pemenang pada pertengahan Julai diikuti dengan pelaksanaannya menjelang awal musim luruh 2016. Hadiah cabaran ini bernilai antara $100,000 hingga $40 juta. Penyelesaian dicari untuk dilaksanakan di Kenya, Lesotho, Malawi, Mozambique, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Uganda, Zambia dan Zimbabwe.
Pemohon mesti menghantar Pernyataan Tunjuk Minat (EOI) ke laman web Cabaran ini: www.dreamschallenge.org sebelum 28 Mac 2016, pada pukul 11:59 malam Waktu Siang Timur (EDT). Setiap penyertaan akan dinilai, dan peserta akhir akan dijemput bagi menghantar Permohonan.
Untuk maklumat lanjut tentang Cabaran ini atau untuk memohon, lawati laman web Cabaran Inovasi DREAMS, www.dreamschallenge.org. Pemohon yang berminat boleh memuat turun Pengumuman Peluang Cabaran ini untuk mendapatkan butiran penuh tentang syarat-syarat permohonan, terma dan syarat.
Latar Belakang Johnson & Johnson
Menjaga dunia melalui penduduknya mengilhamkan dan menyatukan orang ramai dalam Johnson & Johnson. Kami mengamalkan penyelidikan dan sains - membawakan idea, produk, dan perkhidmatan yang inovatif bagi memajukan kesihatan serta kesejahteraan hidup orang ramai. Kakitangan kami seramai kira-kira 128,000 orang yang berada di lebih 265 buah syarikat operasi Johnson & Johnson bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan untuk mengubah kehidupan lebih satu bilion orang setiap hari, di seluruh dunia.