omniture

JA Solar Menangi Projek Ladang Suria 86MW di Afrika Selatan

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2016-02-22 07:00 451

BEIJING, 22 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah sebuah syarikat pengeluar produk kuasa suria berprestasi tinggi yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan ia berjaya menjadi pembekal eksklusif untuk Projek Suria Orange (Orange Solar Project), bagi membina ladang suria berskala utiliti berkuasa 86MW mulai tahun 2017.

Projek ORANGE adalah sebahagian daripada Program Perolehan Pengeluar Kuasa Bebas Tenaga Boleh Diperbaharui ("REIPPP") pusingan ke-4.5 yang dilancarkan oleh kerajaan Afrika Selatan pada tahun 2011. REIPPP pada asalnya terdiri daripada lima pusingan bidaan, tetapi ditambah sebanyak dua pusingan lagi (pusingan ke-4.5 dan ke-4.75) bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pembangunan tenaga baharu setempat di beberapa wilayah. Berama-sama dua rakan dari Afrika Selatan, Solar Capital (Pty) Ltd. dan Black Enterprise Empowerment ("BEE"), JA Solar berjaya memenangi pusingan bidaan sebagai pembekal modul tunggal untuk projek Orange ini. Proses pembinaan ladang suria itu akan bermula pada tahun 2017 menggunakan modul silikon multihablur P310W berkecekapan tinggi, dan dijangka selesai pada tahun yang sama. 

Solar Capital (Pty) Ltd. (www.solarcapital.co.za) yang berpangkalan di Cape Town, adalah salah satu pembangun ladang PV yang paling berjaya di Afrika Selatan. Syarikat itu dianugerahi projek membina ladang suria berkuasa 90MW pada pusingan pertama REIPPP dan ladang PV 86MW pada pusingan kedua. En. Paschal Phelan, Pengerusi Solar Capital, sangat gembira dengan kejayaan memenangi pusingan bidaan untuk satu lagi projek 86MW, dan melahirkan keinginan yang kuat untuk terus bekerjasama dengan JA Solar dalam pusingan bidaan ke-4.75 dan ke-5.

En. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Kami berbesar hati kerana berjaya memenangi pusingan bidaan kali ini dan amat berbangga kerana menjadi pembekal eksklusif modul untuk projek ladang 86MW ini. Kejayaan ini adalah satu lagi bukti pengiktirafan dunia terhadap produk keluaran JA, dan mencatatkan pencapaian penting dalam proses pengembangan pasaran global kami. Masih terdapat banyak lagi peluang yang boleh diterokai oleh JA di benua Afrika yang sedang membangun. Dengan modul PV kami yang berprestasi tinggi yang mampu mengurangkan kos kuasa elektrik setiap watt, JA mampu memberikan bantuan kepada Afrika Selatan untuk menangani isu kekurangan tenaga ketika negara ini melalui proses pembangunannya."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts New products/services