BARCELONA, Sepanyol, 23 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Verizon dan syarikat teknologi terkemuka dunia kini bekerjasama bagi menjadikan 5G suatu kenyataan. Ujian lapangan sedang dijalankan dengan Verizon bersama rakan kongsi Forum Teknologi 5G yang sedang menginovasi dan memacu ekosistem 5G. Ericsson, Intel, Nokia, Samsung Electronics America, Inc., dan Qualcomm bekerjasama dengan Verizon bagi berusaha dengan lebih giat dari segi keselarasan teknikal dan menunjukkan kemajuan signifikan dalam rangkaian lapangan, menguji ciri teknologi 5G dalam persekitaran dunia sebenar.
Untuk menonton atau membenamkan video ujian lapangan Forum Teknologi 5G Verizon lawati https://youtu.be/XFjmrzw-9EM
Rakan kongsi Forum Teknologi 5G Verizon terdiri daripada syarikat-syarikat dalam semua bidang industri telekomunikasi dan teknologi termasuk Apple, Cisco, Ericsson, Intel, LG, Nokia, Samsung, dan Qualcomm. Forum Teknologi 5G yang kolektif ini berkolaborasi untuk memacu piawaian teknikal teknologi 5G. Selain menjalin kerjasama dengan pihak-pihak utama daripada bidang komunikasi dan teknologi, Forum Teknologi 5G Verizon juga melibatkan kumpulan modal usaha rentan kawasan timur dan pantai barat terkemuka yang memfokuskan pelbagai teknologi baharu.
"Verizon terus menggalakkan inovasi berkaitan teknologi 5G melalui jalinan kerjasama yang rapat dengan rakan kongsi kami," kata Ed Chan, Naib Presiden Kanan, Strategi & Perancangan Teknologi. "Kamilah yang pertama melancarkan 4G ke seluruh negara. Dengan 5G, kami sekali lagi akan memacu inovasi merentasi landskap teknologi bagi membawakan penyelesaian baharu ke pasaran untuk para pelanggan kami. Ujian teknikal lapangan kami bakal membuktikan yang 5G sudah tiba dan sedia untuk dikomersialkan, dan kami turut membina beberapa tapak ujian yang mewakili persekitaran dunia sebenar."
Membuktikan Keputusan
Ujian lapangan bersama rakan kongsi teknologi 5G meliputi pelbagai senario aturan penggunaan. Sistem 5G wayarles tetap dan mudah alih dihubungkan dengan tulang belakang rangkaian Verizon serta isyarat yang dipindahkan antara persekitaran luar dan dalam bangunan. Ujian percubaan dijalankan di dalam bangunan kediaman serta komersial. Ujian ini menyerupai keadaan dunia sebenar menggunakan jalur gelombang milimeter, termasuk jalur dalam Notis FCC untuk Penggubalan Undang-undang Diusulkan bagi spektrum 5G. Ciri-ciri penyebaran jalur ini ditekankan merentasi banyak aturan penggunaan tetap dan mudah alih, menyediakan daya pemprosesan dalam julat berbilang gigabit sesaat. Kependaman diukur dalam julat milisaat merentasi pelbagai jarak, memberikan kualiti video yang hebat.
Selain ujian lapangan tersendiri yang dikendalikan bersama setiap rakan kongsi, elemen-elemen berikut dinilai di semua tapak:
Verizon komited untuk menjadi peneraju rangkaian dan kini mendorong usaha inovasi 5G. Teknologi 5G yang dibangunkan masa kini merupakan asas keterhubungan masa depam kita, dan menjadi pusat dunia digital kita. Kelajuan berbilang gigabit sesaat dan kependaman milisaat tunggal akan memanfaatkan fungsi gentian kepada wayarles. Tambahan lagi, 5G mampu mengendalikan lebih banyak peranti terhubung dan dapat memenuhi keperluan tinggi terhadap Internet of Things.
"Kami merancang untuk memperluaskan ujian ini secara signifikan beberapa bulan akan datang. Dengan inovasi yang berlaku begitu pantas, kami ingin membuat beberapa keputusan teknikal penting dengan segera dan berusaha lebih giat ke arah faktor bentuk serta ujian prakomersial lewat tahun ini," kata Adam Koeppe, Naib Presiden Perancangan Teknologi Rangkaian, yang kini menerajui usaha ujian teknikal. "Kami juga bekerjasama rapat dengan pengendali sejawat kami dalam pasaran Asia memandangkan kami amat menyokong usaha ke arah pelaksanaan teknologi 5G pada tahun 2017."
Verizon Communications Inc. (NYSE, Nasdaq: VZ) menggajikan pelbagai tenaga kerja yang terdiri daripada 177,700 orang kakitangan dan menjana pendapatan hampir $132 bilion bagi tahun 2015. Verizon mengendalikan rangkaian wayarles paling andal di Amerika, dengan lebih 112 juta sambungan runcit di seluruh negara. Beribu pejabat di New York, syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan komunikasi dan hiburan menerusi rangkaian gentian optik paling canggih di Amerika, serta menyediakan penyelesaian perniagaan bersepadu kepada para pelanggan seluruh dunia.
PUSAT BERITA DALAM TALIAN VERIZON: Siaran media, ucapan dan biografi eksekutif, maklumat perhubungan media, dan maklumat lain berkenaan Verizon disediakan di Pusat Berita dalam talian Verizon melalui www.verizon.com/news/. Siaran media juga boleh diperoleh melalui suapan RSS. Untuk melanggan, lawati www.verizon.com/about/rss-feeds/.
Marc Tracey
+1.908.559.4016
marc.tracey@verizon.com