omniture

Pasukan Bola Sepak Pepsi® 2016 Perkenal Kad Biru Dalam Permainan Global

PepsiCo
2016-02-23 17:00 116

Bintang bola sepak dunia Agüero, Rodríguez, Kompany, Sánchez dan de Gea raikan sukan paling diminati dunia dengan kejutan yang menarik

PURCHASE, New York, 23 Feb. 2016 /PRNewswire - #BLUECARD – Bagi meneruskan tradisinya yang panjang dalam menghangatkan semangat bola sepak di seluruh dunia, Pepsi® hari ini mengumumkan pasukan bintang globalnya untuk tahun 2016. Pasukan Pepsi, menghimpunkan bakat antarabangsa yang mengagumkan daripada kelab bola sepak terbaik, akan membawakan keseronokan sepanjang tahun dengan satu kempen global baharu yang digabungkan, Kad Biru Pepsi (#BlueCard).

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160218/334910 

Barisan bintang pasukan Pepsi terdiri daripada penyerang Argentina Sergio Agüero (Manchester City), pemain dari Colombia yang menjadi fenomena masa kini James Rodríguez (Real Madrid), kapten dari pasukan Belgium Vincent Kompany (Manchester City), penjaring gol terkenal dari Chile Alexis Sánchez (Arsenal) dan penjaga gol dari Sepanyol David de Gea (Manchester United).

Pasukan bola sepak Pepsi 2016 global ini akan terlibat dalam pelbagai elemen kempen yang disepadukan, dimulakan dengan satu iklan televisyen global yang dilancarkan pada hari ini: https://youtu.be/C-FHnnRYYKc. Bagi menghidupkan kempen Kad Biru Pepsi, sepasang pekerja penghantaran yang tidak menyedari keadaan yang berlaku, menerima kejutan yang terbaik dalam hidup mereka apabila permainan yang spontan antara anggota pasukan Pepsi itu muncul dengan gaya yang tersendiri.

"Kad Biru Pepsi diwujudkan untuk menghilangkan kebosanan di trek dan membawa keseronokan yang tidak dijangkakan," kata Carla Hassan, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Jenama Global, PepsiCo Global Beverage Group. "Secara tradisinya, kad merah dan kuning akan menghentikan permainan, Kad Biru Pepsi menandakan sesuatu yang menarik akan berlaku – iaitu satu permulaan sempurna pada tahun ini untuk jenama ikonik kami."

Gabungan usaha itu meyediakan aplikasi komplementari yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App dan Google Play bermula pada 23 Februari, selain kandungan digital dan sosial, serta produk-produk di luar rumah dan tempat jualan yang bakal disediakan dalam pasaran seluruh dunia sepanjang tahun ini.

Program 2016 ini berjaya mencapai beberapa perkara: jenama utama PepsiCo, Pepsi, Lay's and Gatorade bersama-sama berganding tenaga dengan pertandingan kelab bola sepak Eropah paling berprestij di Eropah, Liga Juara-Juara UEFA, sebagai penaja rasmi. Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA adalah acara sukan paling ramai ditonton di dunia. Perlawanan akhir 2015 disiarkan di lebih 200 buah negara, dan ditonton kira-kira 400 juta penonton, dengan purata penonton siaran langsung mencecah 180 juta.

Kenyataan Pemain:

Sergio Agüero (Manchester City): "Saya teruja untuk bekerjasama dengan Pepsi sekali lagi, dan gembira kerana dipilih menjadi ahli pasukan bola sepak global tahun 2016. Saya tidak sabar untuk beraksi bersama Vincent, James, Alexis dan David sepanjang tahun ini untuk membawa keseronokan dan peluang keemasan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia."

James Rodríguez (Real Madrid): "Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak global Pepsi pada tahun 2016. Pengalaman bersama jenama ini pada tahun lepas adalah amat menarik, dan saya tidak sabar untuk bermain bersama pasukan Pepsi tahun ini untuk membawa peluang keemasan dan menarik buat peminat bola sepak di seluruh dunia."

Vincent Kompany (Manchester City):  "Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Pepsi sekali lagi. Kempen ini penuh dengan keseronokan dan sedikit kegilaan yang boleh disuntik pada sesuatu masa. Apabila kita melihat Kad Biru Pepsi, semuanya berubah – saya rasa kita semua perlukannya pada hari ini."

Alexis Sánchez (Arsenal): "Pepsi adalah satu jenama paling dikenali yang terlibat dalam sukan hebat kami ini dan saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak global tahun ini."

David de Gea (Manchester United): "Saya teruja untuk menyertai pasukan bola sepak Pepsi buat kali pertama tahun ini. Saya sentiasa gembira melihat jenama ini membawakan keseronokan buat sukan kami dan peminatnya – di dalam dan luar padang – dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Latar Belakang PepsiCo

Produk keluaran PepsiCo dinikmati oleh pengguna lebih satu bilion kali sehari di lebih 200 buah negara dan kawasan di seluruh dunia. PepsiCo menjana lebih $66 bilion pendapatan bersih pada tahun 2013, hasil daripada portfolio makanan dan minuman komplementari iaitu Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo terdiri daripada pelbagai makanan dan minuman yang menyeronokkan, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satunya bagi anggaran jualan runcit tahunan. Pada teras PepsiCo adalah falsafah Prestasi Bertujuan – misi kami dalam memperlihatkan prestasi kewangan yang tinggi sambil mewujudkan pertumbuhan mampan untuk nilai para pemegang saham kami. Secara praktikalnya, Prestasi Bertujuan bermakna menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman daripada kudapan mahupun makanan sihat; mencari cara yang inovatif untuk mengurangkan kesan kami terhadap alam sekitar dan mengurangkan kos operasi kami; menyediakan ruang kerja yang selamat dan inklusif untuk kakitangan kami di seluruh dunia; dan menghormati, menyokong, serta melabur dalam komuniti tempatan di tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com

Source: PepsiCo
Related Links:
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail Sporting Events Sports