omniture

Chubb lantik pasukan kepimpinan Insurans Marin untuk Asia Pasifik

ACE Asia Pacific Services Pte Ltd
2016-02-23 19:24 227

SINGAPURA, 23 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Chubb mengumumkan pelantikan Christine Aldrich sebagai Pengurus Penajajaminan Kargo Marin dan Callum Clark sebagai Pengurus Penajajaminan Badan Kapal Marin untuk rantau Asia Pasifik.

Cik Aldrich dan En. Clark akan melaporkan kepada Anthony O'Brien, Ketua Serantau Marin untuk Asia Pasifik.

Cik Aldrich sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengurus Penajajaminan Marin untuk Australia dan New Zealand di ACE.

Sejak menyertai ACE pada tahun 2013, Cik Aldrich telah membangunkan penyelesaian kapasiti produk dan pengurusan risiko untuk akaun perlombongan antarabangsa, projek kargo dan perlindungan kelewatan projek berkaitan risiko prasarana serta penyelesaian e-dagang yang ditempah untuk pengeksport bagi memenuhi keperluan kewangan perdagangan.

En. Clark sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Badan Kapal Marin untuk Zon Asia Pasifik di Chubb.

En. Clark memulakan kerjaya dalam bidang badan kapal marin bersama sebuah syarikat broker di London yang terlibat dalam bidang pengurusan perniagaan di rantau Asia. Pada tahun 2010, En. Clark ditempatkan di Singapura untuk mengukuhkan perkhidmatan badan kapal marin untuk Chubb dalam zon Asia Pasifik yang menawarkan pelbagai perlindungan kepada pemilik, pengurus, dan pencarter kapal di seluruh rantau menerusi insurans badan kapal dan jentera, peningkatan nilai, perang, kadar faedah pajakan, kehilangan wang sewa kapal (loss of hire), kapal peranginan dan tukang kapal.

Bersempena dengan pelantikan ini, En. O'Brien berkata. "Christine dan Callum memiliki keupayaan yang luar biasa dalam perniagaan insurans marin yang bakal meningkatkan keupayaan kami untuk menjadi peneraju dalam produk, pengurusan risiko, penyelesaian e-dagang dan kepimpinan portfolio. Dimana jua Chubb berada, saya yakin ia adalah organisasi utama yang akan dihubungi oleh mana-mana wakil yang ingin mendapatkan rakan perniagaan yang boleh dipercayai untuk pelanggan mereka."  

Latar Belakang Chubb Baharu

Chubb adalah syarikat insurans hartanah dan bencana senaraian awam yang terbesar di dunia. Menerusi operasinya di 54 buah negara, Chubb menyediakan insurans hartanah komersial dan peribadi serta bencana, insurans kemalangan persendirian dan kesihatan tambahan, insurans semula dan juga insurans nyawa untuk pelbagai kumpulan pelanggan. Syarikat itu terkenal kerana menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, keupayaan pengedaran yang luas, keutuhan kewangan yang mantap, kecemerlangan penajajaminan, kepakaran mengendalikan tuntutan dan operasi secara setempat di seluruh dunia. Syarikat induknya, Chubb Limited, disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE: CB) dan adalah sebahagian daripada indeks S&P 500. Chubb memiliki pejabat eksekutif di Zurich, New York, London, dan beberapa lokasi lain serta turut menggajikan kira-kira 30,000 kakitangan di seluruh dunia. Maklumat tambahan boleh didapati di: www.new.chubb.com.

Source: ACE Asia Pacific Services Pte Ltd
Related Stocks:
NYSE:CB
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Personnel announcements