omniture

Lapangan Terbang Antarabangsa Nombor Satu Dunia Kini Lebih Besar dan Lebih Baik

Dubai Airports
2016-02-25 14:43 384

DUBAI, UAE, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Pembukaan Concourse D hari ini melonjakkan kapasiti kepada 90 juta

Dubai International, hab penerbangan nombor satu dunia untuk trafik penumpang antarabangsa, hari ini meningkatkan kapasitinya daripada 75 juta kepada 90 juta dengan pembukaan Concourse D, hasil daripada pelaburan bernilai AS$1.2 bilion untuk menambah baik perkhidmatan serta meningkatkan kapasiti untuk lebih 70 syarikat penerbangan antarabangsa yang akan berpangkalan di sini.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7768951-dubai-international-airport-bigger-better/

"Kami terus melabur dalam pembangunan prasarana penerbangan ini bagi tujuan meningkatkan tahap perkhidmatan untuk syarikat penerbangan antarabangsa serta pelanggan mereka dengan menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk memenuhi permintaan yang meningkat," kata HH Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum; Pengerusi Dubai Airports, Presiden Lembaga Penerbangan Awam Dubai; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Group. "Concourse D direka untuk mengutamakan pelanggan. Jarak berjalan yang lebih pendek, ruangan tempat duduk yang lebih selesa, lebih banyak pilihan tempat rehat, selain kedai runcit serta hidangan makanan dan minuman bertaraf dunia pastinya dapat menarik perhatian dan menggembirakan penumpang serta rakan penerbangan kami."

Penerbangan pertama yang akan menggunakan kemudahan ini adalah penerbangan 105 British Airways pada hari ini. Operasi pertama yang bersejarah ini berlaku selepas ujian yang intensif serta kejayaan percubaan operasi selama berbulan-bulan yang melibatkan 2,000 orang awam awal bulan ini. Sukarelawan memainkan peranan sebagai penumpang yang tiba dan berlepas serta menunggu transit mereka menggunakan Concourse D, menguji papan tanda mencari arah tuju, outlet makanan dan peruncitan, serta aliran trafik penumpang dalam bangunan baharu itu. Dua buah syarikat penerbangan akan beroperasi di Concourse D pada hari pertama (British Airways, Royal Jordanian) manakala syarikat yang lain akan menyertai operasi tersebut dalam beberapa minggu akan datang.

"Selain ciri-ciri yang mengutamakan penumpang, Concourse D meneruskan legasi kami dalam menyediakan kapasiti yang cukup," kata Paul Griffiths, Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Airports. "Hari ini, kami juga mengumumkan ramalan 2016 yang mengandungi unjuran sebanyak 85 juta orang penumpang yang akan mengunjungi Dubai International tahun ini. Dengan pertambahan Concourse D, Dubai International kini berkembang menjadi lebih besar dan lebih baik."

Dataran itu bersambung dengan Termintal 1 yang baru diubah suai melalui kereta api lapangan terbang khusus yang mampu membawa 300 penumpang setiap pusingan. Direka dengan satu atrium tengah, Concourse D mempunyai jarak berjalan ke gerbang yang pendek untuk memudahkan penumpang menaiki kapal terbang terus dari kawasan menuggu supaya mereka lebih bebas dan mempunyai lebih masa untuk menikmati pelbagai outlet menarik yang menyajikan makanan dan minuman kepada mereka.

Sejumlah jenama terkemuka dunia akan dibawa masuk ke Dubai dan rantau ini buat kali pertama – termasuk kedai berkonsepkan kasual seperti The Kitchen yang akan menawarkan pelanggan dengan makanan hasil cetusan idea cef selebriti Wolfgang Puck. Dubai Airports juga akan memperkenalkan buat kali pertama Pret a Manger di lapangan terbang Timur Tengah. Selain itu, DXB pertama kami termasuk Butlers Chocolate Café dan Camden Food Company akan menyediakan produk makanan sihat dan sedap menggunakan produk organik serta semula jadi. Bagi yang mahu menikmati persembahan teater bersama makanan, YO! Sushi akan menanti mereka di lapangan terbang itu sementara CNN News Café akan menjadi kegemaran dalam kalangan penggemar berita yang ingin terus berhubung dengan berita dunia sambil menghirup kopi. Antara outlet baharu yang lain termasuk Sharwarmanji yang terkenal dengan makanan Lebanonnya serta Taqado Mexican Kitchen yang masing-masing terkenal dengan makanan jalanan mereka selain daripada outlet Masale oleh Taste of India yang membuka outlet kedua yang lebih besar. Concourse D juga menempatkan outlet-outlet kegemaran pengembara seperti Giraffe - yang akan membuka outlet kedua di Dubai International – Starbucks, KFC, Krispy Kreme, McDonald's, Brioche Doree, The Noodle House, Cavier House & Prunier, Draft House sports bar, dan Costa Coffee.

Dataran baharu ini akan menawarkan banyak ruang duduk yang selesa dengan konsep kesejahteraan seperti Be Relax dan 'SnoozeCubes' terkenal yang menyediakan cara yang selesa untuk penumpang berehat sambil menunggu penerbangan seterusnya. Ia juga akan menempatkan sejumlah sembilan ruang menunggu seluas 6,926m2, termasuk lima ruang menunggu syarikat penerbangan, sebuah ruang menunggu Al Majlis, dua ruangan menunggu Dubai International Hotel serta ruang menunggu VIP Marhaba.

JC Decaux akan mengendalikan secara eksklusif konsesi pengiklanan di Concourse D, menyediakan ruang iklan digital dan lain-lain yang terkini dan terbesar milik Dubai International. Selain itu, kejayaan usaha sama sedia ada dengan JTI akan memeroleh tiga lagi ruangan menunggu khas untuk perokok di Concourse D.

Kawasan Bebas Cukai Dubai mempunyai sejumlah 175 ruang vendor di Concourse D yang menempati kawasan seluas lebih 7,000m2, menjadikan jumlah ruang runcit operasi tersebut di DXB kepada 33,000m2. Ruang fesyen menyediakan kawasan sejumlah 1,000m2 yang dibahagikan kepada dua zon iaitu zon minyak wangi dan kosmetik yang meliputi kawasan seluas 1,500m2 manakala zon minuman keras dan makanan menempati kawasan hampir seluas 1,000m2.

Dari segi kapal terbang pula, Concourse D menyediakan 21 tangga penghubung kepada pesawat, empat daripadanya khas untuk memuatkan pesawat Airbus A380 atau Boeing 747 dan 11 tangga penghubung kawalan jarak jauh dengan kapasiti 18 juta penumpang.

Nota Penyunting:

  • Dubai Airports memiliki dan mengurus operasi kedua-dua lapangan terbang Dubai - Dubai International dan Dubai World Central.
  • Dubai International adalah lapangan terbang nombor satu dunia dalam kategori trafik penumpang antarabangsa dan ketiga untuk muatan barangan.
  • Untuk imej beresolusi tinggi, sila lawati pustaka imej kami

Video: 
     http://www.multivu.com/players/uk/7768951-dubai-international-airport-bigger-better/

Sumber: Dubai Airports

Source: Dubai Airports
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Corporate Expansion