omniture

Isagenix Capai Jualan Kumulatif Global sebanyak $4 Bilion

Isagenix International
2016-02-25 20:00 158

GILBERT, Arizona, 25 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Isagenix International, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan global, hari ini mengumumkan ia berjaya mencapai jualan kumulatif global sebanyak $4 bilion, satu pencapaian yang sangat luar biasa hanya dalam tempoh singkat iaitu selama 14 tahun dalam dunia perniagaan. Pencapaian cemerlang ini menunjukkan Isagenix dengan pantas berusaha mencapai sasarannya untuk menjadi syarikat kesihatan dan kesejahteraan terbesar dunia.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160224/337205
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150518/216724LOGO

"Sasaran $4 bilion yang dicapai untuk jumlah jualan adalah satu kejayaan yang mengagumkan dan kami berbangga dapat mencapai tanda aras yang sangat hebat ini," kata Jim Coover, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Isagenix International. "Kami meraikan para pelanggan setia kami, kerana tanpa mereka, kami tidak akan menjadi syarikat yang sehebat ini, hari ini."

Awal tahun ini, Isagenix disenaraikan sebagai syarikat ke-13 paling pantas berkembang dalam senarai 50 Terbaik dalam Direct Selling News Amerika Utara. Tambahan lagi, outlet perdagangan terkemuka industri itu mengiktirafnya sebagai organisasi dengan prestasi ke-27 terbaik di dunia sebagai sebahagian daripada senarai Global 100 mereka, dan merupakan salah satu dari 20 syarikat terbaik yang bertapak di A.S. berdasarkan jualan tahun 2014.

"Sejak mencapai sasaran $1 bilion pada tahun 2010, Isagenix terus berkembang dengan stabil," kata Kathy Coover, pengasas bersama dan naib presiden eksekutif Isagenix. "Kejayaan kami dicapai daripada permuafakatan sebagai sebuah syarikat dan kekal fokus ke arah matlamat yang sama – mengubah banyak kehidupan di seluruh dunia."

Latar Belakang Isagenix International 

Ditubuhkan pada tahun 2002, Isagenix menyediakan sistem untuk mengurangkan berat badan, tenaga, prestasi, penuaan sihat, dan penjana kekayaan. Dengan lebih 500,000 pelanggan dari seluruh dunia dan lebih 100 produk, pek, dan sistem yang mengubah kehidupan, syarikat itu komited untuk menghasilkan Solutions to Transform Lives™. Sehingga kini, Isagenix mencapai jualan kumulatif sebanyak $4 bilion melalui rangkaian bebas Rakan Sekutu di A.S., Kanada, Puerto Rico, Hong Kong, Australia, New Zealand, Taiwan, Mexico, Singapura, Malaysia, Colombia, Vietnam, dan juga Indonesia. Wawasan syarikat itu adalah untuk memberi impak kepada kesihatan dunia dan membebaskan orang ramai daripada penderitaan fizikal serta kewangan. Isagenix merupakan syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Gilbert, Arizona, dan merupakan ahli Persatuan Jualan Langsung. Untuk maklumat lanjut, lawati Isagenix.com.

Source: Isagenix International
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine