DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 26 Februari 2016 /PRNewswire/ -- DAMAC Properties mengumumkan satu projek baharu yang penting, dirancang untuk menjadi satu lagi ikon landskap hartanah di Dubai.
'AYKON City' adalah sebuah projek mewah dengan enam menara, pertama di Dubai yang menyediakan semua suite, 80 tingkat Hotel dan Kediaman AYKON, 63 tingkat Kediaman Hotel DAMAC Maison Dengan Perkhidmatan, 60 tingkat menara pangsapuri, 65 tingkat menara pejabat dan dua menara kediaman serba mewah setinggi 30 tingkat yang menyediakan kemudahan lif kereta tercanggih pada setiap unit selain pemandangan langsung Terusan Dubai serta Safa Park. Pangsapuri khidmat yang terhad dijual serta merta dan jualan pangsapuri seterusnya bakal dibuat dalam masa terdekat.
'AYKON City' adalah satu pembangunan berkeluasan 4 juta kaki persegi, terletak di bahagian timur dan barat jalan Sheikh Zayed, di persimpangan Safa Park dan terletak berdekatan dengan Terusan Dubai. Ia akan menyertai pembangunan ikonik lain dalam kuadran emas di kawasan perniagaan bandar tersebut seperti City Walk, Burj Khalifa, Emirates Towers dan kawasan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).
Projek ini akan turut menampilkan 'AYKON Dare', sebagai tambahan kepada tarikan pelancong di Dubai; pengalaman yang mengujakan di tingkat 80 Hotel tersebut yang memberi peluang kepada tetamu untuk berjalan-jalan di luar bumbung menara bagi mengalami satu pengembaraan sebenar dan melihat pemandangan bandar tersebut yang mengagumkan. Bagi mereka yang kurang gemarkan pengembaraan, 'AYKON City' akan turut menyediakan 'AYKON Plaza' yang mempunyai kemudahan kolam renang, Spa, kelab pantai, kafe, restoran, ruang untuk Yoga dan Tai-chi serta kelab ahli peribadi.
Nilai jualan projek ini adalah AED 7.4 bilion manakala proses pembinaan dijangka bermula sebelum musim panas ini dan bakal disiapkan menjelang tahun 2021.
Hussain Sajwani, Pengerusi DAMAC berkata, "Kami berbesar hati mengumumkan satu projek yang besar ini dengan kerjasama Meraas Holding dan dengan itu, mempunyai satu tapak untuk lokasi penting di bandar tersebut. DAMAC Properties adalah pemaju hartanah yang berjaya, terpilih dan dipercayai di rantau ini, dipilih untuk menjalankan projek-projek terbesar dan paling berpengaruh. Kawasan di bandar kami ini adalah salah satu daripada pembangunan paling penting dalam usaha perluasan Dubai, membuka akses kepada kawasan yang lebih luas di Terusan Dubai."
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Meraas Holding atas kepercayaan mereka terhadap pembangunan mewah kami dan berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang unik dan mengesankan."
Beliau menambah: "AYKON City adalah bukti komitmen kami yang kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi Dubai yang mantap, khususnya untuk masa depan sektor hartanah. Ciri-ciri kemakmuran UAE dan kemeriahan bandar metropolitan ini mencerminkan kepintaran dasar pemimpin dan kerajaan kami yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai yang mempunyai wawasan terhadap masyarakat kami, memberi ruang untuk pemikiran dan pembangunan yang jelas serta inovatif untuk bandar ini dan ini ditekankan semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia yang terbaharu."
Setakat 31 Disember 2015, DAMAC Properties berjaya menyediakan lebih 15,500 buah kediaman serta mempunyai portfolio pembangunan yang terdiri daripada 40,000 unit dengan pelbagai peringkat kemajuan dan perancangan. Ia juga mempunyai lebih 13,000 buah bilik hotel serta pangsapuri hotel yang menyediakan perkhidmatan, dan bakal diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts.
Maklumat lanjut disediakan di www.damacproperties.com