GUANGZHOU, China, 26 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-119 baru-baru ini mengumumkan untuk mula menggunakan siri persidangan promosi video bagi menarik bakal pengunjung. Pameran Canton pertama kali menggunakan teknologi internet untuk promosi globalnya pada tahun 2014 dan akan memperluaskan penggunaannya pada tahun 2016 bagi menambah baik komunikasi antara Pameran Canton dengan bakal pengunjungnya.
Jadual sesi video jarak jauh Pameran Canton Ke-119
Bilangan |
Negara/Rantau |
Bandar |
Bentuk |
Masa (Waktu Beijing) |
1 |
AS |
Miami |
Acara promosi |
17 Februari |
2 |
Brazil |
Sao Paolo |
Acara promosi |
18 Februari |
3 |
Colombia |
Bogota |
Acara promosi |
23 Februari |
4 |
Australia |
Melbourne |
Acara promosi |
25 Februari |
5 |
Afrika Selatan |
Durban |
Acara promosi |
25 Februari |
6 |
Lithuania |
Vilnius |
Acara promosi |
25 Februari |
7 |
Poland |
Warsaw |
Acara promosi |
2 Mac |
8 |
Rusia |
Yekaterinburg |
Acara promosi |
3 Mac |
9 |
Peru |
Lambayeque |
Acara promosi |
8 Mac |
10 |
Arab Saudi |
Jeddah |
Sidang media |
Akan dimaklumkan kelak |
11 |
Lubnan |
Beirut |
Acara promosi |
|
12 |
Kuwait |
Kuwait City |
Sidang media |
|
13 |
Ukraine |
Kiev |
Acara promosi |
|
14 |
India |
Kolhapur |
Acara promosi |
|
15 |
Turki |
Bursa |
Acara promosi |
Bagi Pameran Canton ke-119, satu siri persidangan video jarak jauh sedang diadakan mulai 18 Februari hingga akhir bulan Mac. 15 persidangan video di 15 buah negara akan diadakan. Sasaran pasaran termasuk Rusia, Turki, India, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, dan banyak lagi. Sementara itu, Pameran Canton akan turut menerokai pasaran Amerika Syarikat secara mendalam. Sepanjang tahun 2016, 36 persidangan video jarak jauh akan diadakan di 33 buah negara di enam kawasan - Asia, Asia Barat dan Afrika, Eurasia, Eropah, Benua Amerika, serta Oceania.
"Pameran Canton kini sedang giat mencari rakan kongsi dan bekerjasama dengan syarikat perindustrian serta komersial, agensi pelancongan terkenal, dan juga syarikat penerbangan dari seluruh dunia," kata Encik Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negara Pameran Canton. "Kami telah menandatangani kerjasama dan memorandum dengan 106 institusi perindustrian dan komersial termasuk organisasi gergasi seperti Dewan Perdagangan Kawasan New York Besar, Majlis Perniagaan Australia China, Persatuan Perdagangan New Zealand China, dan Camera Di Commercio Italo Cinese. Acara promosi melalui persidangan video itu juga mendapat sokongan rakan kongsi kami di seluruh dunia."
Persidangan video kini dilancarkan untu terus mengguna pakai pendekatan berorientasikan pasaran dalam pembangunan perniagaan dan proses aliran maklumat.
Klik untuk melihat jadual sesi video:
http://static.prnasia.com/pro/media/201602/cf/video_schedule.jpg
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: vip_service@cantonfair.org.cn
Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Dengan sejarah selama 60 tahun sejak mula diadakan pada musim bunga 1957, Pameran itu merupakan pameran komprehensif dengan sejarah yang paling panjang, taraf yang tertinggi, skala yang terbesar, dan bilangan produk terbanyak serta pengagihan terluas pembeli global selain pusing ganti perniagaan tertinggi di China. Pameran Canton menarik lebih 24,000 buah syarikat di China dan 500 dari luar negara dengan kewibawaan yang mantap serta kehebatan yang tinggi. Pameran Canton memfokuskan perdagangan import dan eksport dengan kaedah perdagangan yang fleksibel serta dan pelbagai, selain menyediakan perkhidmatan kepada pempamer dan pembeli.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160225/0861601543-b