omniture

GoDaddy Lancar .cn Buat Pelanggan Seluruh Dunia

GoDaddy Inc.
2016-02-29 12:00 147

Perniagaan Kecil Mampu Wujudkan Pengalaman Lebih Baik untuk Pelanggan China

HONG KONG, 29 Februari 2016 /PRNewswire/ -- GoDaddy (NYSE:GDDY), penyedia teknologi terbesar dunia khusus untuk perniagaan kecil, menjadikan jumlah lanjutan nama domain yang ditawarkan sebanyak 421 dengan menambah .cn ke dalam tawarannya. Nama domain .cn adalah kod negara untuk China dan memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah pengguna Internet yang ingin berada dalam talian.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150330/195302LOGO

Di Asia, terdapat lebih 1.6 bilion pengguna Internet1. Daripada jumlah ini, lebih 600 juta pengguna berada di China dan negara tersebut telah mendaftar lebih 16 juta nama domain .cn2. Kadar penembusan Internet di China ialah 50.33 peratus, dan ini menunjukkan negara tersebut akan terus berkembang. 

"Peluang untuk menawarkan aktiviti dagangan rentas sempadan bersama China adalah penting, khususnya di Rantau Asia," kata Roger Chen, Naib Presiden Asia, GoDaddy. "Kami berbesar hati kerana dapat menawarkan nama domain .cn kepada perniagaan kecil bagi memenuhi keperluan yang kian bertambah ini."

"GoDaddy adalah salah satu daripada rakan kerjasama kami yang paling penting, dan kami berharap dapat meluaskan perniagaan nama domain .cn ke seluruh dunia bersama GoDaddy," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CNNIC, Xiaodong Lee.

Penambahan nama domain .cn adalah sebahagian daripada usaha perluasan Asia yang lebih besar untuk GoDaddy. Hari ini, syarikat tersebut dilancarkan dalam 11 pasaran Asia. Kini, GoDaddy mempunyai sejumlah 10 bahasa dan 14 pasaran di seluruh Asia, termasuk: Hong Kong (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Tradisional), Indonesia, Jepun, Malaysia (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu), Filipina (Bahasa Inggeris dan Bahasa Filipina), Singapura (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Mudah), Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Bagi melihat pengumuman Asia yang lengkap, layari: http://aboutus.godaddy.net/godaddy-continues-global-expansion-with-launch-in-11-markets-across-asia.

Untuk mendaftar domain .cn melalui GoDaddy, layari: http://www.GoDaddy.com/.

Latar Belakang GoDaddy
Misi GoDaddy adalah untuk membawa peralihan ekonomi global secara pesat ke arah perniagaan kecil dengan memperkasakan orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka dengan mudah, mengembangkannya dengan yakin dan mengurus sehingga berjaya. Dengan lebih 14 juta pelanggan seluruh dunia dan 62 juta nama domain di bawah pengurusannya, GoDaddy memberi pemilik perniagaan kecil bantuan untuk menamakan idea mereka, membina kehadiran dalam talian yang kukuh, menarik pelanggan, dan mengurus perniagaan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syarikat ini, lawati www.GoDaddy.com.

© 2016 GoDaddy Inc. Hak Cipta Terpelihara.

Sumber: GoDaddy Inc.

1 InternetStats.com – Nov. 15, 2015
2 Laporan Statistik ke-37 CNNIC
3 Laporan Statistik ke-37 CNNIC

Source: GoDaddy Inc.
Related Stocks:
NYSE:GDDY
Related Links:
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services