omniture

Festival Habanos XVIII Dibuka dengan Pengenalan Cohiba Paling Eksklusif

HABANOS SA
2016-03-01 00:48 352

HAVANA, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Meraikan ulang tahun ke-50 jenama itu 

50 alat pelembap kabinet edisi terhad buatan pertukangan kayu halus daun tembakau Cuba tulen bersalut emas 24 karat

Grupo Habanos mencapai pusing ganti sebanyak 428 juta dolar pada 2015

Festival Habanos XVIII membuka acaranya pada hari ini dengan menganjurkan acara antarabangsa terbesar bagi penggemar tembakau terbaik di dunia: Tembakau Habano. Dalam edisi ini, festival ini akan memberi penghormatan kepada Cohiba, jenama Habano yang paling terkenal dan eksklusif yang meraikan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7774751-XVIII-habanos-festival-cohiba/

Semasa sidang akhbar yang dipengerusikan oleh Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Komersial Habanos, S.A. dan Javier Terrés Ercilla, Naib Presiden Pembangunan Habanos, S.A., pelancaran besar-besaran tahun ini telah diumumkan, seperti Cosecha Reserva 2012 daripada jenama Hoyo de Monterrey, dalam vitola Epicure No 2 mereka yang terkenal; Magnum 54 baharu daripada jenama H. Upmann, yang akan menjadi sebahagian daripada portfolio produk biasa Magnum Range yang berjaya, dan edisi peringatan istimewa Cuaba 20 Aniversario serta Cohiba Medio Siglo.

Selain yang dilancarkan dalam portfolio biasa mereka, Cohiba juga memperkenalkan dua edisi istimewa yang penting. Edisi pertama terdiri daripada edisi istimewa alat pelembap gaya vintaj yang terhad kepada 1966 laci bernombor, dengan vitola Cohiba Majestuosos 1966 eksklusif dan dalam format yang unik (tolok gelang 58 mm x panjang 150 mm).

Kedua, pengenalan yang paling eksklusif untuk semua semasa Festival Habano, alat pelembap kabinet "Cohiba 50 Aniversario". Ia merupakan hasil pertukangan seni yang tulen dan item pengumpul yang unik, serta memperlihatkan inovasi sebenar daripada seni pertukangan tradisional dan rekaan teknikal. Alat pelembap itu dilapisi daun tembakau Cuba sebenar yang disalut daun emas 24 karat. Ia merupakan siri terhad dengan sebanyak 50 alat pelembap, semuanya dinomborkan dan direka khusus dengan nama pemilik. Setiap alat pelembap mengandungi 50 Habano dengan vitola nama yang sama, dan tolok gelangnya juga unik, yang pertama dalam sejarah Habano untuk menawarkan 60 mm (tolok gelang 60 mm x panjang 178 mm).

Untuk maklumat lanjut untuk akhbar:
Habanos, S.A.: Daymi Difurniao (ddifurniao@habanos.cu; Tel.: 5372040513, samb. 565)
Young & Rubicam Group: Mónica Perpiñá-R. (monica.perpina@yrbrands.com; Tel.: +34-620735355)

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160226/338000)

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco