omniture

Precision Aviation Group Company - Aviation Controls, Inc. (ACI) umumkan Nama Baharu

Precision Aviation Group
2016-03-02 00:21 129

ATLANTA, Mac 1 2016 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group (PAG) dari Atlanta, penyedia produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang terkemuka dalam industri Aeroangkasa dan Pertahanan Dunia, mengumumkan Aviation Controls, Inc. (ACI) Bebas dari Kansas telah menukar nama syarikat kepada Precision Aviation Controls (PAC). Perubahan itu dibuat untuk memberi identiti kepada syarikat itu sebagai ahli kumpulan syarikat Precision Aviation Group, dan untuk memperlihatkan peningkatan keupayaan PAC dengan lebih baik.

PAG mengambil alih PAC pada Julai 2014. Pada asalnya, PAC adalah penyedia Perkhidmatan MRO Bertauliah Honeywell bagi membekalkan Aksesori Bahan Api untuk Pasaran Ketenteraan dan Sayap Berputar khususnya bagi platform enjin RR250, LTS101, dan J85. PAG telah banyak melabur dalam aktiviti perniagaan mereka, membangunkan keupayaan tambahan sebagai usaha untuk menyediakan keupayaan tambahan kepada PAG dalam perkhidmatan Penerbangan Komersial, Ketenteraan dan Awam Turbin untuk pesawat Bersayap Tetap dan Berputar.

"Sejak 20 bulan lalu, kami telah membuat pelaburan modal yang signifikan untuk meluaskan inventori dan keupayaan kami dalam menambah baik perkhidmatan MRO berkaitan pelbagai Aksesori Bahan Api pihak PAC. Perkhidmatan terbaharu termasuk Pam Bahan Api, Pembahagi Aliran, dan keupayaan pesawat Sayap Tetap," kata David Mast, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PAG. "Pelaburan ini memberikan pihak PAC dan syarikat-syarikat Precision Aviation Group yang lain kemampuan untuk menambah baik dan meluaskan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan kami."

Jim Robertson, Presiden PAC bersetuju dan menambah, "Pengambilalihan oleh PAG membolehkan kami memanfaatkan sumber pembangunan produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan kami serta mencapai kumpulan pelanggan yang lebih besar. Keputusan untuk menukar nama pula membolehkan kami menyelaraskan pemasaran, pengiklanan, dan penjenamaan bertumpukan pelanggan bersama syarikat-syarikat PAG yang lain di seluruh dunia."

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516

Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)

Precision Aviation Group (PAG) adalah penyedia utama produk-produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan di seluruh dunia. Dengan 10 lokasi serta kemudahan jualan dan perkhidmatan seluas lebih 250,000 kaki persegi di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Brazil, PAG menggunakan unit perniagaan yang tersendiri serta model perniagaan berfokuskan pelanggan untuk berkhidmat kepada pelanggan dalam industri penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®) yang telah ditandaniagakan.

PAG menyediakan MRO serta Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com);  Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la);  Precision Heliparts - Brazil (www.precisionaviationgroup.com/php-br) Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan juga Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG memiliki keupayaan MRO untuk lebih 35,000 produk termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, instrumen, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).

 

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel