omniture

Hortonworks Hadir Dengan Platform Data Terbuka dan Terhubung untuk Perhebat Semua Data untuk Perusahaan

Hortonworks, Inc.
2016-03-02 02:00 196

SAN FRANCISCO, 2 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Hortonworks, Inc. ® (NASDAQ: HDP), penginovasi terkemuka untuk platform data terbuka dan terhubung, hari ini mengumumkan satu strategi menyeluruh dengan kemajuan produk baharu dalam seluruh Platform Data Terhubung, termasuk Hortonworks Data Platform (HDP™) dan Hortonworks DataFlow (HDF™). Pelanggan Hortonworks bakal menikmati manfaat daripada pendekatan terbuka untuk mengurus data dalam gerakan (data-in-motion) dan data dalam simpanan (data-at-rest) secara selamat bagi mendapatkan kuasa transformasi daripada setiap data. Pengumuman hari ini merangkumi pendekatan pengedaran baharu untuk Apache™ Hadoop® dengan pelancaran HDP 2.4 termasuk Apache Spark 1.6 generasi baharu, selain pelancaran HDF 1.2. Selain itu, Hewlett Packard Enterprise dan Hortonworks juga mengumumkan satu kerjasama untuk mengoptimumkan prestasi perusahaan Spark.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73721LOGO

Hortonworks Data Platform 2.4 – Strategi Pengedaran Baharu
Hortonworks komited untuk menyampaikan inovasi sepantas mungkin daripada komuniti Apache Hadoop kepada pelanggannya, sambil memastikan keandalan, keselamatan dan kesediaan perusahaan platform data dalam simpanan (data-at-rest). HDP membolehkan pelangan mengumpul, menganalisis, dan bertindak terhadap maklumat yang diperoleh daripada data. Bermula daripada pelancaran hari ini dan pada masa akan datang, strategi pengedaran Hortonworks untuk HDP akan melibatkan dua turutan keluaran yang berbeza:

  • Komponen teras Apache Hadoop (HDFS, MapReduce dan YARN) serta Apache Zookeper akan dikemas kini setiap tahun dan diselarikan dengan konsortium ODPi.
  • Perkhidmatan Tambahan (termasuk Spark, Hive, HBase, Ambari, dan banyak lagi), yang dijalankan berlandaskan Core, akan dikumpulkan bersama secara logik dan dilancarkan sepanjang tahun secara berterusan agar selari dengan kepantasan inovasi yang terhasil antara setiap pasukan projek dalam komuniti itu. 

Sebagai sebahagian daripada model pengedaran yang pesat ini, hari ini Hortonworks mengumumkan ketersediaan umum Apache Spark 1.6, Apache Ambari 2.2 dan SmartSense™ 1.2 pada HDP 2.4 yang boleh didapati sekarang.

"Ini adalah saat yang penting bagaimana kami menyampaikan penambahbaikan kepada pelanggan kami," kata Tim Hall, naib presiden pengurusan produk di Hortonworks. "Kami mampu memberikan pelanggan kam inovasi terkini tanpa mengorbankan teras yang stabil dan utuh. Hal ini akan mengubah cara orang ramai menggunakan Hadoop."

Hortonworks DataFlow 1.2 dan Analisis Penstriman Baharu
HDF adalah platform data dalam gerakan (data-in-motion) untuk penstriman data masa nyata dan juga merupakan teknologi asas kepada Internet of Anything yang bertindak sebagai pengurai data daripada mana-mana sumber ke mana-mana destinasi. HDF 1.2 kini mengintegrasikan enjin analisis penstriman Apache Kafka dan Apache Storm untuk memberikan maklumat yang berguna. HDF 1.2 akan mula disediakan pada Suku Pertama (Q1) 2016.

Latar Belakang Hortonworks
Hortonworks, HDP, HDF, dan SmartSense adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang milik Hortonworks, Inc. serta anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hortonworks.com.

Wakil media:
Michelle Lazzar
+1 (408) 828-9681
comms@hortonworks.com

 

Source: Hortonworks, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:HDP
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services