omniture

LCM Partners Raih Anugerah Private Debt Investor 2015

LCM Partners
2016-03-02 15:21 229

LONDON, 2 Mac 2016 /PRNewswire/ -- LCM Partners dengan bangganya mengumumkan ia telah merangkul anugerah Private Debt Investor bagi kategori Pengurus Hutang Bermasalah Eropah Terbaik Tahun Ini.

Kini dalam tahun ketiga, Anugerah  PDI diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada peserta industri terbaik dan terpintar yang membantu membentuk pasaran hutang persendirian. Dengan falsafah tiada siapa yang lebih layak untuk menentukan organisasi yang menonjol bagi tahun itu selain daripada industri itu sendiri, Anugerah PDI global merupakan satu-satunya anugerah industri bebas yang diundi untuk industri, oleh industri.

LCM Partners gembira dapat menerima pengiktirafan setinggi itu daripada rakan setara industrinya, yang memperlihatkan inovasi serta komitmen berterusannya terhadap bidang pelaburan kredit. LCM Credit Opportunities Strategy III dilancarkan pada pertengahan tahun 2014 dan memberikan pulangan tanpa leveraj tahunan sebanyak 14.6% sejak penubuhannya. Strategi itu terdiri daripada satu siri akaun terurus dan dana bercampur yang menyasarkan pelabur institusi Eropah serta AS. Ia dijangka akan mencapai pemuktamadan terakhirnya pada tahun 2016.

"LCM Partners berbesar hati dapat menerima anugerah industri berprestij ini daripada Private Debt Investor, pengiktirafan yang dianggap lebih signifikan kerana rakan setara industri serta pelanggan kami yang mengundi untuk kami.

"2015 merupakan tahun yang menyerlah untuk LCM, yang mana LCM Credit Opportunities Strategy III semakin bertambah kukuh dari segi pengumpulan dana untuk strategi, tetapi lebih penting lagi dari segi kejayaan penggunaan modal yang mencapai pulangan tinggi serta tanpa leveraj untuk Rakan Kongsi Terhad kami.

"Kami teruja kerana terpilih daripada senarai pengurusan dana kredit yang hebat-hebat belaka, dan kami berharap dapat terus memberikan pulangan tinggi untuk Rakan Kongsi Terhad (LP) kami pada tahun 2016," kata Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.

Nota untuk Editor:

LCM Partners merupakan pengurus aset Alternatif,yang mengkhusus dalam kredit. Menawarkan kepakaran yang hebat dalam melabur dan mengurus portfolio kredit, LCM telah memeroleh 2,000 urus niaga yang meliputi pinjaman berbayar, separa berbayar, dan tidak berbayar, mewakili lebih nilai pinjaman melebihi €13.5 bilion.

Anugerah tersebut dirangkul setelah menerima Anugerah Dana 2015 baru-baru ini yang menyaksikan LCM diiktiraf sebagai "Pelabur Kredit Terbaik - Eropah" serta anugerah industri lain yang memperakui reputasi kami dalam bidang ini. Anugerah ini membuktikan rekod prestasi yang dibina pasukan kami, menyediakan IRR purata tidak leveraj sebanyak 14.9% sejak tahun 1999.

LCM berjaya melancarkan dua dana NPL pengguna pertama mereka dengan kerjasama Insight Investment pada tahun 2010 dan 2012. Pada Jun 2014, LCM melancarkan LCM Credit Opportunities III Strategy yang kini melibatkan LCM Partners CO I dan LCM Partners CO II. LCM Partners CO III dijangka akan mencapai pemuktamadan pertama mereka pada bulan Julai 2016 sebagai dana bercampur untuk Pelabur Profesional yang ingin melabur sebanyak €10 juta atau lebih. Akaun terurus turut tersedia untuk pelabur lebih besar yang berminat dengan strateginya.

Firma ini merupakan ahli Link Financial Group, salah satu pelabur dan pengurus kredit terbesar Eropah, yang berada di lima buah negara menerusi lapan cawangan yang menggajikan lebih 450 orang kakitangan. LCM Capital LLP merupakan Pengurus Dana Pelaburan Alternatif untuk semua dana LCM (FCA - 534658).

LCM Partners
Alison Swonnell
T: +44-203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Paul D Burdell
T: +44-203-457-5060
paulburdell@lcmpartners.eu    

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Awards