omniture

Harvey Nash dan HKU Lancar Program Pupuk Kesamarataan Jantina dalam Lembaga Pengarah

Program Pengarah Wanita tahunan kali kelima akan menampilkan enam modul yang dibentangkan dalam dua sesi, sepanjang tiga hari iaitu pada bulan Mei dan September 2016
Harvey Nash
2016-03-02 17:38 292

LONDON, 2 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Menyedari kedudukan Asia sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dunia, Harvey Nash, sebuah firma perunding bagi pencarian dan kepimpinan eksekutif global, serta Sekolah Perniagaan University of Hong Kong (HKU) sekali lagi berganding bahu untuk mencungkil potensi sebenar bakat wanita yang berada dalam tenaga kerja bertahap tinggi di rantau ini.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724638 )
     
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160229/338556LOGO )

Walaupun terdapat peningkatan bilangan wanita dalam lembaga pengarah korporat, merapatkan jurang jantina adalah satu matlamat yang masih jauh, mungkin berdekad-dekad lamanya pada kelajuan masa kini. Inisiatif seperti Program Pengarah Wanita mampu mempercepat proses tersebut dengan membantu wanita mendemonstrasikan kesediaan mereka menggalas jawatan kanan serta menonjolkan diri.

Program Pengarah Wanita diwujudkan pada tahun 2013 dengan matlamat untuk membolehkan pesertanya menjadi ahli lembaga pengarah yang efektif serta berkhidmat untuk meningkatkan bilangan eksekutif wanita dalam lembaga pengarah di seluruh dunia dan sektor perniagaan. Program itu menawarkan kombinasi unik antara ceramah dan teori kepimpinan akademik, serta kajian kes sebenar selain pandangan praktikal yang disampaikan oleh pemimpin perniagaan antarabangsa sebagai penyampai jemputan.

Donald Brydon, Pengerusi Bursa Saham London dan Sage Group, selaku penyampai jemputan di Program Pengarah Wanita, berkata:

"Kepelbagaian gagasan adalah satu komponen penting dalam pentadbiran lembaga pengarah, namun evolusi yang berlaku di dalam bilik lembaga pengarah adalah sangat perlahan. Program Pengarah Wanita adalah satu wadah yang penting untuk menghasilkan kumpulan wanita yang cemerlang dan bersedia untuk menyahut cabaran di kerusi lembaga pengarah, menghimpunkan ahli akademik serta para pengamal untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas."

Albert Ellis, Ketua Pegawai Eksekutif, Harvey Nash Group berkata: "Program Pengarah Wanita dengan kerjasama University of Hong Kong, memperlihatkan komitmen Harvey Nash dalam membangunkan kumpulan bakat wanita global. Dengan memperkasakan pemimpin wanita bagi mendapatkan keyakinan diri serta kemahiran yang diperlukan untuk menyandang jawatan pengarah dan juga menonjolkan diri mereka di mata dunia, kami mampu mencetuskan perubahan yang berkekalan di seluruh dunia."

Program Pengarah Wanita 2016 mengandungi enam modul yang disampaikan secara dua sesi, dalam masa tiga hari (26 hingga 28 Mei dan 22 hingga 24 September 2016). Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.wdpglobal.com.

Latar Belakang Harvey Nash: http://www.harveynash.com

Latar Belakang Pendidikan Eksekutif, Sekolah Perniagaan HKU: http://www.fbe.hku.hk

Maklumat Perhubungan Media Harvey Nash
Telefon: +852-3199-6942 / +852-6696-1141
E-mel: sophie.gray@harveynash.hk 

Source: Harvey Nash
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources Women-related news