COPENHAGEN, 2 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Penggunaan tenaga dikurangkan sebanyak separuh namun masih mengekalkan kualiti barangan sewaktu diangkut dengan keluaran perisian terbaharu untuk unit pendinginan Star Cool. Kemas kini ini menyelesaikan cabaran teknologi yang selama ini difikirkan mustahil.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7773051-mci-develops-reefer-solution/
Perisian kawalan kontena pendinginan StarConomy yang direka oleh Maersk Container Industry (MCI), bersama syarikat buah multinasional Dole, menyokong pengendali kontena pendinginan dengan membolehkan mereka memaksimumkan nilai kargo dingin mereka dalam unit Star Cool MCI. Sasaran perisian itu adalah untuk mengurangkan kos operasi dan akhirnya memenuhi matlamat kemampanan industri untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida.
Jika sebuah syarikat buah multinasional tipikal yang mengendalikan armada empat buah kapal mereka sendiri dengan 500 kontena pendinginan menaik taraf kepada perisian tersebut, penjimatan kewangan tahunan dalam satu perjalanan, contohnya dari Ecuador ke UK, akan menjadi lebih USD2 juta. Bagi barisan kontena dengan perkhidmatan enam kapal dari Ecuador ke Rusia, juga dengan 500 kontena, penjimatan tahunannya adalah kira-kira USD3.2 juta.
StarConomy boleh dipasang pada semua unit Star Cool baharu sementara satu kemas kini perisian yang mudah membolehkannya digunakan pada semua unit Star Cool sedia ada yang dipasang untuk operasi oleh lebih 40 pengendali. MCI menjalankan ujian lapangan ke atas perjalanan mingguan Dole dari Amerika Selatan ke Eropah.
'Dole memberi tumpuan tinggi terhadap tanggungjawab korporat dan kemampanan. Ini terbukti menerusi pendekatan kami contohnya terhadap pengurusan air, pemeliharaan tanah, dan jejak karbon kami. Komitmen ini juga dilanjutkan untuk rantaian dingin kami. Berkaitan pengangkutan kontena pendinginan, kami memelihara dan mengangkut buah-buahan dengan selamat menggunakan tenaga paling rendah yang boleh dicapai, seterusnya mengurangkan jejak karbon kami,' kata Karina Rodriguez, Pengurus Peralatan, Dole. "Bagi mengambil langkah seterusnya dalam bidang ini, Dole bekerjasama dengan Star Cool dalam membangunkan dan menguji di lapangan perisian StarConomy inovatif yang kami gunakan masa kini dalam semua kontena pendinginan Star Cool untuk operasi global kami.'
Dengan program perisian baharu ini, pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) MCI di Denmark menyahut cabaran yang berterusan untuk mengekalkan kawalan suhu yang sama tepat dalam kontena pendinginan, di samping memadankan aliran udara dengan keperluan khusus kargo yang pelbagai. Ciri revolusioner StarConomy adalah kebolehannya mengawal pemampat dan kelajuan kipas secara serentak.
'Perisian StarConomy bermula dengan menyejukkan produk keluaran dengan pantas menggunakan kipas berkelajuan tinggi. Apabila suhu tetap dicapai, kelajuan kipas dikurangkan dan pengoptimuman tenaga boleh dimulakan,' kata Morten Nylykke, Pengurus Besar, Teknologi Penyejukan, MCI. 'StarConomy terbukti dapat memenuhi keperluan Dole, pelanggan yang telah lama berurusan dengan kami, dan kami berharap dapat menawarkan perisian baharu kami ini kepada semua pelanggan Star Cool kami.'
Pengurangan tenaga yang lebih tinggi boleh dicapai jika produk keluaran disejukkan terlebih dahulu sebelum dimuatkan. Dengan menyeimbangkan pemampat dan kelajuan kipas dengan berhati-hati, perisian StarConomy memadankan pengudaraan udara secara tepat dengan keperluan penyejukan, bagi menyediakan persekitaran yang ideal untuk produk keluaran.
Latar Belakang Maersk Container Industry
Maersk Container Industry A/S (MCI) membangunkan dan menghasilkan kontena dingin, kontena kering, dan unit pendinginan Star Cool. Ibu pejabat MCI, termasuk kemudahan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan ujian reka bentuk, terletak di Denmark. Syarikat itu mempunyai kemudahan pengeluaran di China dan Chile. Produk utama MCI, kontena pendinginan Star Cool Integrated, menampilkan teknologi inovatif seperti Atmosfera Terkawal (CA) dan Pengudaraan Automatik (AV+). Ia diiktiraf secara meluas sebagai kontena pendinginan yang paling cekap tenaga dalam pasaran. MCI menggajikan kira-kira 5,000 orang dan mempunyai rangkaian global yang terdiri daripada lebih 350 penyedia perkhidmatan. Berkhidmat untuk industri perkapalan global, pelanggan MCI termasuk syarikat perkapalan, pengedar buah-buahan, dan syarikat sewaan. MCI merupakan unit perniagaan bebas Maersk Group, konglomerat seluruh dunia dengan lebih 88,000 kakitangan dan pejabat yang berada hampir di 130 buah negara. Maklumat lanjut: http://www.mcicontainers.com
Latar Belakang Dole
Lawati: dole.com
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120531/537201)
SUMBER Maersk Container Industry