omniture

Giorgio Armani Berinovasi Dengan Ciptaan Sì Women's Circle

GIORGIO ARMANI Fragrances International
2016-03-03 02:05 329

PARIS, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Ramai wanita mempunyai keberanian untuk memulakan jalan hidup yang baharu, memilih haluan yang jarang dipilih, menerokai jejak baharu. Mengapa? Apa yang memberi semangat kepada mereka untuk berbuat demikian?

Satu impian, satu keinginan yang tidak dapat dikekang, satu kesungguhan.

Wanita mampu menyuarakan pandangan mereka melalui pelbagai cara. Para wanita yang dipilih oleh Giorgio Armani bukannya bergelut dengan sesuatu, tetapi dengan diri mereka sendiri, mencari kekuatan untuk mengatasi halangan dan mengusahakan laluan berbeza dalam kehidupan.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7771951-giorgio-armani-si-womens-circle/

Bagi memilih jalan hidup yang berbeza, berdasarkan kesungguhan dan toleransi, dengan semangat berdikari yang biasa ditonjolkan oleh wanita pada zaman kita, demi kebebasan dan cinta, untuk kerjaya dan kehidupan berkeluarga, penuh emosi, keraguan, pilihan.

Seorang wanita yang membenarkan dirinya menjadi dirinya yang sebenar, yang meraikan sifat dirinya: kuat namun sensitif, mendalam dan riang, berdaya usaha serta bijaksana.

Inilah sifat kedualan yang membentuk wanita hari ini, ringkas dan rumit, berani dan semula jadi, elegan serta anggun. Seorang wanita Armani, seorang wanita Sì. Wangian penuh keghairahan, kebebasan, keazaman, kewanitaan.

Giorgio Armani memberi suara kepada wanita hari ini. 

Selepas kejayaan video digital The Courage to Say Sì, peluang berdialog kini terbuka luas untuk wanita daripada setiap peringkat kehidupan, seluruh dunia, yang mana satu-satunya hubungan yang mereka temui adalah kekuatan jiwa untuk mengatakan Sì kepada impian mereka, Sì kepada diri mereka sendiri, dan yang telah menemui keberanian serta tekad untuk benar-benar menghidupkan minat mereka. 

Sì Women's Circle merupakan dialog terbuka antara wanita, peluang untuk mereka berkongsi kisah mereka, "Sì" mereka sesama sendiri. 

Bagi merasmikan Sì Women's Circle, satu video pertama bersama Cate Blanchett, yang menjemput wanita untuk berkata "Sì" akan dimuat naik pada 1 Mac di YouTube, laman web jenama itu, serta rangkaian sosial. 

Aktres terkenal Australia Cate Blanchett, duta wangian Giorgio Armani, Sì, pernah meraih dua Academy Awards © dan dicalonkan sekali lagi tahun ini untuk filem Carol, arahan Todd Haynes.

Bagi edisi pertama Sì Women's Circle, lima orang wanita dari seluruh dunia, semua yang mengatakan "Sì", akan menceritakan kisah hidup mereka dalam lima video yang mempesonakan, yang boleh didapati di laman web jenama ini, melalui Youtube dan rangkaian sosial.

Lima kisah wanita berani yang penuh inspirasi akan melibatkan:

Helena Rizzo: Helena, seorang wanita warga Brazil yang tinggal di Sao Paulo, ditakdirkan untuk bekerja dalam bidang seni bina. Namun begitu, beliau memilih minat beliau dalam seni kulinari dan kini memiliki restorannya sendiri. Diundi sebagai Cef Terbaik Tahun 2014, beliau gembira kerana telah membuat pilihan untuk mengikut kehendak hatinya.

Kee-Yoon Kim: Dilahirkan di Berlin dengan ibu bapa warga Korea dan memiliki kerjaya sebagai peguam yang berjaya di Paris, pada satu hari Kee-Yoon membuat keputusan untuk menjadikan impiannya satu kenyataan: untuk menjadi seorang pelawak, menulis skrip persembahan, dan muncul di pentas.

Charlotte Ranson: Charlotte ialah penari coryphée dalam Paris Opera Ballet. Beliau mula menari sejak berusia empat tahun dan memberi tumpuan kepada minatnya sepanjang hidupnya. Beliau komited kepada seni beliau pada setiap detik waktu dan tidak jemu-jemu mengekspresikan dirinya melalui gerak tari.

Yuja Wang: Seorang pemain piano China yang tinggal di New York, Yuja mula bermain piano sejak berusia enam tahun lagi. Guru pianonya memberitahu beliau yang tangannya terlalu kecil untuk menjadi seorang pemain piano profesional. Namun, Yuja tidak berputus asa dan kini merupakan pemain piano virtuoso yang dikenali seluruh dunia, meneruskan kehidupan dengan apa yang diminatinya, melalui pengembaraan dan muzik, sejak mula lagi. Beliau masih kekal sebagai dirinya sendiri, amat meminati fesyen, mengekalkan imejnya yang tersendiri di depan mahupun belakang pentas.

Cecile Schmollgruber: Cecile tinggal di San Francisco dan merupakan pengasas Stereolabs, perintis dalam membangunkan penyelesaian 3D yang mengecapi kejayaan besar dalam industri pembikinan filem Amerika, selain turut digunakan dalam sektor perubatan dan barangan harian. Dalam dunia teknikal yang dikuasai lelaki hari ini, tidak syak lagi, Cecile menempa namanya sendiri.

Video ini mengisahkan saat yang penting ketika seorang wanita berkata Sì pada dirinya, daripada keinginannya yang mendalam, saat paling tepat untuk segala-galanya berubah.

Profil wanita ini membuka dialog. Mereka hanyalah satu permulaan bagi kisah yang panjang.

Nantikan 3 potret pertama Sì Women's Circle bersama Helena Rizzo, Kee-Yoon Kim, Yuja Wang, Charlotte Ranson dan juga Cecile Schmollgruber. Kesemua potret ini akan dipamerkan pada akhir Mac.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160301/339008

Source: GIORGIO ARMANI Fragrances International
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Women-related news