omniture

Nexen Tire bakal Lancar Kempen Pemasaran Berintegrasi Pertama, 'Purple Summit' untuk Rakan Niaga

Nexen Tire
2016-03-03 12:36 470

- Nexen Tire perkenal kempen pemasaran berintegrasi pertama, 'Purple Summit' untuk memupuk hubungan yang kukuh dengan rakan niaga.

- Acara kempen dimulakan dengan '2016 Purple Summit, Manchester' dan akan menawarkan pengalaman penting melalui pelbagai program untuk rakan niaga Nexen Tire

SEOUL, Korea Selatan, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar utama global, mengumumkan syarikat itu akan melancarkan 'Purple Summit', sebuah kempen pemasaran berintegrasi, sebagai satu usaha mereka untuk meluaskan aktiviti pemasaran mereka pada tahap global dan memperkukuh hubungan dengan rakan niaga mereka.

Nexen Tire bakal Lancar Kempen Pemasaran Berintegrasi Pertama, 'Purple Summit' untuk Rakan Niaga
Nexen Tire bakal Lancar Kempen Pemasaran Berintegrasi Pertama, 'Purple Summit' untuk Rakan Niaga

Dengan memanfaatkan momentum yang diperoleh selepas pelantikan Travis Kang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Nexen Tire bercadang untuk menggalakkan aktiviti pemasaran global mereka melalui pelancaran kempen 'Purple Summit', satu simbol baharu bagi menunjukkan usaha Nexen Tire yang berterusan dalam menambah baik usaha sama perniagaan. Bermula tahun ini, Nexen Tire akan menganjurkan beberapa acara untuk rakan niaga mereka di bawah nama 'Purple Summit'. Kempen 'Purple Summit' yang baru diperkenalkan itu bertujuan untuk memupuk hubungan niaga di dalam dan luar negara melalui pelbagai program serta aktiviti sambil berkongsi visi masa depan Nexen Tire dengan rakan niaga, selain menegaskan hasrat mereka untuk berusaha bersama-sama.

Kempen pertama 'Purple Summit', bertajuk '2016 Purple Summit, Manchester', akan diadakan bermula pada 4 hingga 6 Mac di Manchester, England. Semasa kempen itu berlangsung, lebih 70 peserta akan berpeluang untuk memperoleh pemahaman yang mendalam tentang Nexen Tire melalui pelbagai program yang disediakan seperti makan malam gala, Persidangan Nexen, Lawatan Reruai Nexen serta menikmati satu perlawanan bola sepak di Stadium Etihad.

Khususnya, Nexen Tire akan berpeluang memperkenalkan syarikatnya, barisan produk baharu serta aktiviti pemasaran global mereka, selain mengumumkan kejayaan kerjasama mereka dengan Manchester City FC, rakan penaja rasmi, semasa Persidangan Nexen pada 5 Mac. Semua rakan niaga kemudiannya akan dibawa melawat Reruai Nexen yang dipasang di Stadium Etihad, tempat acara berkaitan cabaran tayar dan bahan promosi dipamerkan kepada peminat Manchester tempatan untuk membantu mereka mengetahui lebih lanjut tentang Nexen Tire. Seterusnya, semua hadirin akan berpeluang menonton satu perlawanan bola sepak antara Manchester City FC dengan Aston Villa FC, acara perlawanan yang mendapat tajaan, iaitu sebagai sebahagian daripada hak penajaan Nexen Tire untuk menaja sepenuhnya satu perlawanan laman sendiri Manchester City FC.

"Nexen Tire mencetuskan 'Purple Summit' untuk rakan niaga mereka di seluruh dunia bagi mewujudkan hubungan yang kukuh bermula pada Mac 2016 di Manchester, England. Melalui program itu, Nexen Tire akan terus memberi komitmen berpanjangan terhadap rakan niaga, serta pelanggan mereka di seluruh dunia," kata Nexen Tire.

Untuk maklumat lanjut, klip video '2016 Purple Summit, Manchester' disediakan di laman Facebook rasmi Nexen Tire (www.facebook.com/nexentire.global).

Sementara itu, Nexen Tire berusaha memperkukuh kedudukan mereka di seluruh dunia. Pada bulan Oktober 2015, syarikat itu memulakan pembinaan kilang pengeluaran tayar baharu mereka di Republik Czech yang akan menampilkan sistem pengautomatan paling canggih serta teknologi mesra alam sekitar. Operasi komersialnya dijangka bermula pada tahun 2018.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, adalah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar paling pesat berkembang di dunia, menjalin kerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 buah negara di seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi menjelang tahun 2018. Nexen Tire menghasilkan tayar untuk kenderaan penumpang, SUV dan trak ringan menggunakan teknologi termaju dan rekaan yang cemerlang. Syarikat itu juga turut memberi tumpuan untuk menghasilkan tayar UHP dengan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di serata dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu memperoleh grand slam menerusi 4 anugerah rekaan terbaik dunia buat julung-julung kali dalam kalangan pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160302/8521601380

 

 

 

 

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Machinery Transportation