omniture

Keyakinan Wanita Terletak Pada 'Dadanya' -- Kajian Mencabar Minda Dedahkan Bagaimana Keyakinan Terhadap Dada Mempengaruhi Wanita Seluruh Eropah

Triumph lingerie
2016-03-03 16:00 283

BAD ZURZACH, Switzerland, 3 March, 2016 /PRNewswire/ --

  • Besar tidak bermakna lebih baik - wanita daripada semua generasi kini mahukan rupa 'ketegangan' yang lebih semula jadi
  • Wanita Itali dan Poland paling yakin dengan dada mereka berbanding Wanita Britain yang paling tidak yakin
  • Keyakinan diri berkaitan dada dan tubuh badan mempengaruhi kerjaya di seluruh Eropah
  • Wanita muda mahukan lurah yang lebih menggoda berbanding generasi terdahulu yang inginkan dada yang tinggi untuk menampakkan lurah yang lebih semula jadi

Triumph, pengeluar pakaian dalam sejak tahun 1886, mendedahkan penemuan mereka hasil kajian pan-Eropah terbaharu - Laporan Keyakinan Wanita Triumph - tentang keyakinan dada dalam kalangan wanita.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7765651-womens-confidence-is-bust/

Daripada semua negara yang ditinjau (Jerman, Perancis, Itali, UK, Denmark, Poland), kebimbangan tertinggi wanita terhadap dada mereka adalah berkaitan dengan ketegangan (40%), saiz (34%), bentuk (32%) dan lurah (29%). Wanita di kesemua negara menunjukkan tahap ketidakpuasan yang konsisten terhadap dada mereka, dengan 1 daripada 3 wanita di UK dan Perancis paling tidak berpuas hati. Wanita di Perancis, Denmark, Itali dan Jerman meraih keyakinan selari dengan umur mereka, manakala wanita Poland dan Britain kekal tidak berpuas hati dari masa ke masa.

Menyedari akan isu kehilangan isipadu, ketegangan dan bentuk - Triumph telah membangunkan Magic Boost™ - untuk membantu wanita mendapatkan semula bentuk badan mereka dengan keajaiban Triumph. Sebuah koleksi yang mengandungi pakaian dalam yang khusus daripada kategori 'Lift-Up', 'Push-Up' dan Shape-Up' yang setiap satu daripadanya mempunyai sentuhan kelembutan Magic Wire™ yang fleksibel dan memenangi anugerah, dapat memberikan keselesaan serta padanan yang tiada tandingan.

Wanita muda (18-29) sangat mementingkan lurah; 30-50-an inginkan ketegangan, dengan hampir separuh (45%) berada dalam lingkungan 40-an – lebih daripada suku (41%) daripada wanita dalam lingkungan 30-an tidak berpuas hati dengan bentuk badan mereka. Lebih memeranjatkan, kurang 1 daripada 2 wanita dalam lingkungan usia 30 hingga 40-an berpuas hati dengan tubuh mereka.

Meskipun melangkah ke alam ibu meningkatkan keyakinan mereka, 40% daripada para ibu kurang gembira dengan dada mereka, dengan 63% mengakui dada mereka kendur selepas bersalin.

Kajian itu mendapati walaupun 7 daripada 10 berkata mereka lebih yakin apabila memakai pakaian dalam yang sesuai, dan lebih memeranjatkan, hanya 6 daripada 10 tahu akan saiz mereka manakala hanya sepertiga daripada mereka benar-benar mengukurnya tahun lalu.

Wanita dari Itali (69%) paling bersusah payah mencari pakaian dalam yang sesuai, selain berusaha mengetahui saiz mereka dan mendapatkan ukuran secara tetap, dan hasilnya, mencapai kepuasan yang paling tinggi dari segi keyakinan terhadap dada mereka.

Pada tahun 2016, misi Triumph adalah untuk membantu 1.5 juta wanita di seluruh dunia mencari pakaian dalam yang sempurna untuk mereka dan mendapatkan semula bentuk badan mereka. Lawati findtheone.triumph.com untuk membuat janji temu sekarang.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160302/339707

Source: Triumph lingerie
Keywords: Fashion Retail Textiles Survey, Polls & Research Women-related news