omniture

Schenck Process Meterai Perkongsian Global dalam Proses Penghancuran dan Penyaringan

Schenck Process GmbH
2016-03-03 17:00 350

DARMSTADT, Jerman, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ --

Sandvik Mining dan Schenck Process menandatangani satu perjanjian perkongsian global. Perkongsian itu akan meningkatkan produktiviti proses penghancuran penyaringan untuk peralatan penyaringan (banana screen) dek berkembar dan dek tunggal berkapasiti tinggi Schenck Process serta penghancur kon berprestasi tinggi Sandvik. Ia juga menyediakan pendekatan satu penyedia perkhidmatan sahaja untuk membantu pelanggan dalam seluruh kitar proses loji.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160301/339359 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160301/339358 )

Unit Perniagaan Mineral & Logam Schenck Process adalah pembekal utama untuk penyelesaian aplikasi penyaringan bagi industri perlombongan. Sandvik pula mempunyai reputasi sebagai pembekal utama penghancur serta teknologi penghancuran. Kerjasama ini memberikan kefahaman yang mendalam tentang peralatan perlombongan pelanggan dan dengan pengetahuan masing-masing, prestasi loji penghancuran dapat dipertingkat.

"Perjanjian kerjasama ini membolehkan pelanggan kami meningkatkan produktiviti loji penghancuran dan penyaringan dengan memfokuskan kecekapan proses keseluruhan berbanding fokus terhadap peralatan individu," ulas Mary Verschuer, Presiden Mineral & Logam, Schenck Process Group. "Pelombong kelas pertengahan sering mencari sistem penyelesaian untuk proses penghancuran mereka dan dengan kerjasama ini, mereka akan menerima manfaat daripada penyelesaian terbaik yang ditawarkan oleh gabungan produk Sandvik dan Schenck Process," tambah beliau.

Perjanjian itu meliputi loji dan penghancuran dan penyaringan baharu serta penggantian.

"Dari segi penggantian, penghancur kon Sandvik yang berdaya keluaran tinggi dan peralatan penyaringan (banana screen) berkapasiti tinggi Schenck Process yang mempunyai kesan tapak yang padat, seterusnya membolehkan naik taraf dilakukan dengan kos yang menjimatkan melalui prasarana sedia ada. Peningkatan produktiviti antara 20-30% boleh dicapai daripada prasarana sedia ada," kata Jonas Olsson, Naib Presiden Penghancuran dan Penyaringan, Sandvik Mining.

Gambar: http://www.apimages.com dan http://www.presseportal.de/nr/113269/

Schenck Process Group

Schenck Process adalah peneraju pasaran global bagi penyelesaian teknologi pengukuran dan proses industri untuk penimbangan, pembekalan, penyampaian, penyaringan, penapisan udara, dan pengautomatan. Schenck Process membangunkan, menghasilkan dan memasarkan pelbagai penyelesaian, produk, dan sistem siap guna hasil gabungan proses kepakaran kejuruteraan, komponen yang andal dan teknologi yang terbukti di lapangan.

Schenck Process Group memiliki lebih 2,500 kakitangan di seluruh dunia dengan beberapa buah syarikat yang berada di 22 buah negara di semua 5 benua serta mencatatkan pendapatan hampir € 600 juta.

Mineral & Logam Schenck Process

Serba boleh, tahan lasak dan kuat. Teknologi penyaringan daripada Schenck Process boleh menampung bebanan yang amat tinggi serta menunjukkan keutuhan yang cemerlang. Daripada penyediaan memuatkan beban, penyelesaian dan produk kami adalah andal, boleh disuaikan secara individu, dan tidak mudah rosak - walaupun dalam persekitaran yang melampau seperti pengekstrakan arang batu dan bijih besi.

Schenck Process Holding GmbH
Komunikasi
T +49(0)6151-15312987
press@schenckprocess.com

Sumber: Schenck Process GmbH

Source: Schenck Process GmbH
Keywords: Oil/Energy Utilities