omniture

Young Living Lantik Ketua Pegawai Operasi Baharu

Young Living Essential Oils, LC
2016-03-03 23:15 231

-Jared S. Turner dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Young Living, salah sebuah syarikat dari Utah yang terbesar dan paling pesat berkembang-

LEHI, Utah, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, LC, syarikat minyak pati terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Jared S. Turner sebagai Ketua Pegawai Operasi. Turner memainkan peranan penting dalam menyumbang usaha untuk mentadbir syarikat sehingga mencapai jualan melebihi $1 bilion pada tahun 2015 dan merupakan ketua eksekutif penting dalam memantapkan perluasan antarabangsa serta prasarana, dan juga mengubah jenama itu bagi menarik kumpulan pelanggan yang lebih luas. Komitmen beliau yang teguh terhadap wawasan Young Living bagi menyediakan produk berkualiti tertinggi, minat yang tinggi terhadap pelanggan Young Living di seluruh dunia serta kepimpinan, dan juga pengalaman antarabangsa yang dinamik, menjadikan beliau paling sesuai menyandang jawatan ini.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160302/339865 

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323110LOGO

"Kepimpinan Jared membantu mengubah Young Living menjadi syarikat terkemuka seperti hari ini, dan kami berbangga beliau dapat berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi, di samping pasukan Eksekutif kami yang lain yang cemerlang," kata Mary Young, Ketua Pegawai Eksekutif Young Living. "Bakat dan cara pemikiran beliau yang penuh keazaman membantu Young Living mencapai kejayaan yang tidak pernah dicapai sebelum ini, dan saya yakin kemahiran serta semangat beliau akan melonjakkan kedudukan syarikat kami bagi mencapai kejayaan pada masa depan serta pertumbuhan global."

"Jared merupakan ketua yang dipercayai dan terbukti, dengan keazaman yang saya tidak pernah lihat oleh mana-mana individu," kata Pengasas Young Living, D. Gary Young. "Beliau tidak takut untuk bekerja keras. Beliau boleh bertutur dalam beberapa bahasa dan merupakan warganegara dunia. Beliau sayangkan semua benda hidup, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan,dan manusia. Kepakaran perniagaan strategik dan taktikal beliau sudah berkali-kali membuktikan beliau sebagai aset yang penting kepada syarikat ini. Saya meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap beliau serta pasukan Eksekutif yang lain di Young Living."

Turner menyertai Young Living pada tahun 2012 sebagai Penasihat Undang-undang Rakan Sekutu Antarabangsa dengan latar belakang yang mantap dalam perniagaan antarabangsa dan undang-undang. Baru-baru ini, Turner menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Young Living, yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti secara strategik dan melaksanakan wawasan global syarikat itu untuk tujuan pertumbuhan selain mengurus lebih 1,000 kakitangan jualan serta pemasaran global.

Sebelum menyertai Young Living, Turner merupakan seorang peguam perniagaan antarabangsa di Kirton & McConkie, firma undang-undang terbesar di Utah, yang berperanan sebagai penasihat untuk syarikat-syarikat multinasional dalam perluasan perniagaan pada peringkat antarabangsa. Bukan sekadar khidmat nasihat undang-undang, Turner sememangnya seorang usahawan berbakat yang pernah membina dan mengendalikan syarikat beliau sendiri. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam pemasaran rangkaian, digabungkan dengan minat beliau yang mendalam untuk membina perniagaan, mendorong beliau untuk menyandang jawatan dalam syarikat yang sedang berkembang. Proses proprietari Seed to Seal® daripada Young Living serta pengalaman peribadi beliau di ladang menarik Jared menyertai Young Living, peneraju dunia dalam minyak pati.

Turner memiliki ijazah sarjana muda dalam Bahasa Sepanyol dan sains politik dari Universiti Utah, ijazah sarjana muda undang-undang dari Kolej Undang-undang Universiti Syracuse, dan ijazah sarjana dalam perhubungan antarabangsa daripada Universiti Syracuse, The Maxwell School of Citizenship and Public Affairs.

"Saya sayangkan syarikat ini, semua produknya, serta ahli kami yang hebat, dan saya berbesar hati untuk menerima jawatan baharu ini. Young Living akan terus mara ke hadapan dan terus menginovasi serta menerajui usaha menghasilkan minyak pati," kata Turner. "Ini adalah saat yang amat mengujakan untuk menjadi sebahagian daripada Young Living. Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan ahli serta kakitangan kami yang hebat agar dapat menyebarkan lagi mesej Young Living dan memastikan minyak pati berada dalam setiap kediaman di dunia."

Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, merupakan peneraju dunia dalam minyak pati yang melalui proses Seed to Seal® yang ketat bagi menghasilkan produk minyak pati tulen untuk setiap individu, keluarga, dan gaya hidup. Proses ini memastikan semua produk adalah tulen, bebas daripada bahan kimia sintetik dan asli. Komitmen ini bermula daripada kepengurusan syarikat itu terhadap bumi serta para penduduknya selama 20 tahun. Untuk maklumat lanjut, lawati YoungLiving.com.

Wakil Media:
Jamie Kaneko
Pengurus Kanan Perhubungan Awam
+1.801.221.7128
jkaneko@youngliving.com

 

Source: Young Living Essential Oils, LC
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Personnel announcements