Milliman berhasrat untuk meluaskan kehadiran mereka di Malaysia serta memperkasa perkhidmatan takaful keluarga di seluruh dunia
SINGAPURA, 4 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Milliman, Inc., sebuah firma perunding dan aktuarial terkenal di peringkat global, hari ini mengumumkan Farzana Ismail akan memimpin pasukan perunding insurans nyawa baharu Malaysia. Pejabat mereka di Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan rundingan dalam hal insurans nyawa, manfaat pekerja, insurans bukan nyawa, dan insurans kesihatan. Farzana telah lama menceburi kerjaya sebagai perunding untuk insurans nyawa dan takaful keluarga, bermula dengan kerjayanya di pejabat Milliman di London dan terkini, di Kuala Lumpur. Milliman kini mempunyai lebih 200 kakitangan profesional di 12 buah pejabatnya di Asia.
Richard Holloway, pengarah urusan Milliman, Asia Tenggara & India, Insurans Nyawa, berkata, "Kami bertuah kerana memiliki kakitangan seperti Farzana yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk memimpin pasukan baharu kami di Kuala Lumpur. Farzana sedia terkenal di Milliman dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pasaran insurans nyawa dan takaful keluarga di Malaysia."
Farzana Ismail berkata, "Saya berbangga kerana dapat menyertai Milliman semula. Kami melihat satu potensi yang besar untuk meluaskan kehadiran Milliman di Malaysia dan untuk memperluas perkhidmatan takaful keluarga yang disediakan Milliman di seluruh dunia."
Latar Belakang Milliman
Milliman adalah antara penyedia terbesar dunia untuk produk serta perkhidmatan aktuarial dan yang berkaitan. Firma itu menjalankan khidmat rundingan dalam bidang penjagaan kesihatan, insurans hartanah & kemalangan, insurans nyawa dan perkhidmatan kewangan, serta manfaat pekerja. Milliman adalah sebuah firma global dengan lebih 3,000 kakitangan di lebih 55 buah pejabat yang beroperasi dalam pasaran utama di Afrika, Asia, Australia, benua Amerika, Eropah, dan Timur Tengah. Selama lebih 60 tahun, fokus terhadap tahap profesional mereka yang tinggi, tinjaun rakan setara, dan objektiviti menjadikan Milliman sebagai firma aktuarial bebas yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut, lawati www.milliman.com