omniture

Pemenang Hadiah Pendidikan Harold W. McGraw, Jr. Diumumkan

McGraw-Hill Education
2016-03-04 09:06 83

Anugerah berprestij diasaskan pada tahun 1988 memberi pengiktirafan kepada Anant Agarwal, Alberto Carvalho dan Sakena Yacoobi

NEW YORK, 3 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini , para pemenang Hadiah Pendidikan Harold W. McGraw, Jr. 2016 diumumkan, yang memberi pengiktirafan kepada inovasi dan menjadi salah satu daripada anugerah pendidikan paling berprestij sejak diasaskan pada tahun 1988. Hadiah itu mengiktiraf individu luar biasa yang mendedikasikan diri mereka untuk memperbaiki pendidikan melalui pendekatan baharu dan pencapaian mereka membawa perubahan kepada dunia hari ini. Penerima meraih anugerah bernilai $50,000 serta arca gangsa.

Pemenang tahun 2016 ialah:

  • Anant Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif edX dan Profesor MIT, akan menerima hadiah Pendidikan Tinggi A.S. sebagai pemimpin cemerlang dalam membangunkan gerakan Kursus Dalam Talian Terbuka Besar-besaran (MOOC) yang membantu menyediakan akses pendidikan kepada berjuta-juta pelajar di seluruh dunia.
  • Alberto M. Carvalho, Penguasa daerah sekolah Miami-Dade, akan menerima hadiah K-12 A.S. atas kepimpinan beliau yang wajar dicontohi dalam meningkatkan piawaian serta memperbaiki kadar penamatan pembelajaran di daerah bandar yang kompleks, yang merupakan model cemerlang untuk yang lain.
  • Sakena Yacoobi, Ketua Pegawai Eksekutif Afghan Institute of Learning, akan menerima hadiah Pendidikan Antarabangsa menerusi kesan transformasi yang diusahakan oleh beliau terhadap masyarakat di Afghanistan, khususnya berkaitan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan serta wanita, dan bagaimana beliau mengilhamkan individu lain untuk turut sama melakukannya.

Majlis makan malam dan acara penyampaian Hadiah itu akan diadakan semasa Sidang Kemuncak Inovasi Pendidikan ASU GSV di San Diego pada 19 April.

"Tiga pemenang ini merupakan pemimpin pendidikan luar biasa yang akan memberi inspirasi kepada generasi pelajar masa depan di seluruh dunia," kata Harold (Terry) McGraw III, mantan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif McGraw-Hill Companies. "Kami berbangga kerana mereka turut menyertai barisan penerima Hadiah McGraw dalam Pendidikan lain yang terkemuka."

"Anant, Alberto dan Sakena berjaya mengubah kehidupan berjuta-juta pelajar," kata David Levin, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McGraw-Hill Education. "Pencapaian dan inovasi mereka wajar dipuji dan dikongsi dengan mereka yang berusaha untuk membawa perubahan ke seluruh dunia."

"ASU berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada perkongsian ini yang mengiktiraf penginovasi cemerlang dalam bidang pendidikan," kata Dr. Michael Crow, presiden Universiti Arizona State. "Bermula dengan meningkatkan akses kepada pendidikan sehinggalah menyediakan teknologi di dalam bilik darjah, pemenang tahun ini menangani beberapa cabaran terbesar yang dihadapi oleh pendidik di seluruh dunia. Setiap seorang daripada mereka memberikan contoh kejayaan yang boleh diteladani oleh kita semua."

Hadiah itu telah mengalami perubahan signifikan tahun ini sebagai sebahagian daripada kerjasama baharu antara McGraw-Hill Education dengan ASU. Tahun ini, buat kali pertama, orang awam berpeluang untuk menghantar pencalonan dengan mengunjungi McGrawPrize.com. Lebih 200 pencalonan awam dihantar dan dipertimbangkan berserta individu cemerlang lain yang dikenal pasti oleh kumpulan penyelidikan khusus untuk Hadiah tersebut.

Para pemenangnya dipilih oleh Terry McGraw, David Levin dan Michael Crow daripada senarai tiga finalis dalam setiap kategori yang dipilih oleh sekumpulan hakim yang bijaksana, termasuk penerima Hadiah McGraw sebelum ini.

Para jurinya terdiri daripada:

(*menunjukkan pemenang Hadiah McGgraw sebelum ini)

Pendidikan K-12: 

  • Yvonne Chan* – Pengasas dan Pengetua, Vaughn Next Century Learning Center
  • Mark Edwards* – Penguasa, Mooresville, NC School District
  • Nancy Grasmick* – Pengarah Bersama, Institut Kennedy Krieger; Sarjana Presiden, Universiti Towson
  • Gerry House* – Presiden, Institut untuk Pencapaian Pelajar
  • Linda Roberts – Perunding Kebangsaan, Penasihat Kanan, dan Pengarah Lembaga

Pendidikan Tinggi: 

  • Richard DeMillo – Pengarah Eksekutif, Center for 21st Century Universities, Georgia Tech
  • Robert Feldman – Timbalan Canselor, Universiti Massachusetts Amherst
  • Freeman Hrabowski* – Presiden, Universiti Maryland, Baltimore County
  • Diana Natalicio* – Presiden, Universiti Texas di El Paso
  • Jeff Selingo – Penulis, Kolumnis, dan Penceramah
  • Philip Uri Treisman – Pengarah Eksekutif, Pusat Charles A. Dana, Universiti Texas di Austin

Pendidikan Antarabangsa: 

  • Valeria Brabata – Pengarah Program Amerika Latin & Caribbean, Dana Global untuk Wanita
  • Edward Byrne – Presiden dan Pengetua, King's College London
  • Sir Malcolm Grant – Pengerusi NHS England; Canselor, Universiti York
  • Ian Jacobs – Presiden dan Naib Canselor, Universiti New South Wales
  • Mike Keppell – Pro Naib Canselor Transformasi Pembelajaran, Universiti Teknologi Swinburne
  • David Noel Ramirez Padilla – Rektor, Tecnologico de Monterrey
  • Andreas Schleicher* – Pengarah Direktorat Pendidikan dan Kemahiran, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)
  • Pramath Raj Sinha – Pengasas dan Pemegang Amanah, Universiti Ashoka, India

Untuk mendapatkan kemas kini tentang Hadiah dan berita daripada pemenang sebelum ini, ikuti perbualannya di #McGrawPrize.

Maklumat lanjut tentang tiga pemenang tersebut adalah seperti berikut:

Anant Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif edX dan Profesor MIT, merupakan seorang tokoh pendidikan berwawasan. Sebagai tenaga penggerak di sebalik pembangunan gerakan MOOC (Kursus Dalam Talian Terbuka Besar-besaran), usaha beliau memungkinkan penyediaan pendidikan kepada jutaan pelajar di seluruh dunia. Beliau komited terhadap pendemokrasian pembelajaran. Melalui pelbagai perkongsian, edX, di bawah kepimpinan Agarwal, meningkatkan akses secara signifikan terhadap pendidikan seluruh dunia. Anda boleh menonton ceramah TED Agarwal di sini atau mendapatkan maklumat lanjut tentang edX di www.edx.org.

Alberto M. Carvalho diiktiraf sebagai Penguasa Negara Terbaik Tahun 2014. Pada tahun 2008, beliau mengambil alih daerah persekolahan keempat terbesar negara itu – Miami-Dade. Carvalho memimpin daerah yang besar ini dengan penuh jayanya yang kini dikenali sebagai "Keajaiban Miami" – merapatkan jurang pencapaian, dan memperbaiki kadar penamatan sekolah dengan ketara dan mengembalikan daerah itu kepada kestabilan dari segi kewangan. Miami-Dade kini menawarkan program baharu kepada 355,000 orang pelajar mereka setiap tahun termasuk institut yang diilhamkan oleh Carvalho, iPrepAcademy, bagi memastikan institusi tersebut mampu menempatkan semua pelajar. Carvalho dikhususkan bukan hanya untuk memastikan kejayaan pelajar dalam bilik darjah, tetapi untuk mencari penyelesaian kepada keganasan komuniti yang meragut nyawa pelajar di Miami-Dade. Carvalhotiba  di A.S. pada usia 17 tahun dan tidak tahu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris merupakan individu pertama dalam keluarganya yang menamatkan pelajaran dari sekolah menengah. Anda boleh menonton ucapan Carvalho di Rumah Putih di sini.

Sakena Yacoobi merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Afghan Institute of Learning (AIL), yang diasaskan oleh beliau pada tahun 1995 sebagai tindak balas terhadap kekurangan pendidikan dan penjagaan kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Afghanistan selepas berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan peperangan dan pergolakan. Sejak diasaskan, AIL memberi kesan kepada kehidupan lebih 12 juta orang, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di bawah kepimpinan Yacoobi, AIL kekal sebagai organisasi inovatif yang menjalankan tugasnya pada peringkat asas untuk membantu masyarakat dan individu. Beliau juga merupakan pengasas bersama dan Naib Presiden Creating Hope International (CHI) dan mewujudkan kemudahan persendirian di Afghanistan: empat buah sekolah, sebuah hospital dan sebuah stesen radio. Anda boleh menonton ucapan TED Yacoobi di sini.

Latar Belakang McGraw-Hill Education
McGraw-Hill Education merupakan syarikat pembelajaran sains yang menyediakan pengalaman pembelajaran tersuai khusus yang membantu pelajar, ibu bapa, pendidik, dan golongan profesional memperbaiki keputusan. McGraw-Hill Education mempunyai beberapa buah pejabat di Amerika Utara, India, China, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Selatan serta menyediakan kemudahan pembelajarannya kira-kira dalam 60 bahasa. Lawati kami di mheducation.com atau temui kami di Facebook atau Twitter.

Latar Belakang Universiti Arizona State
Universiti Arizona State membangunkan model baharu untuk Universiti Penyelidikan Amerika, menubuhkan institusi yang komited terhadap kecemerlangan, akses dan impak. ASU menilai kualitinya menerusi setiap yang terlibat dan bukannya yang tidak terlibat. ASU mengusahakan penyelidikan yang menyumbang kepada manfaat bersama, dan ASU bertanggungjawab sebahagian besarnya terhadap tenaga ekonomi, sosial, dan budaya komuniti yang berada di sekitarnya. Di bawah pentadbiran presidennya Dr. Michael Crow, ASU muncul sebagai salah sebuah institusi pendidikan global paling progresif seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang universiti penyelidikan yang menduduki antara kedudukan terbaik ini.

Hubungi:

Daniel Sieger
McGraw-Hill Education
(646) 766-2001
dan.sieger@mheducation.com

Carrie Lingenfelter
EdPlus di Universiti Arizona State
(480) 884-1541
carrie.lingenfelter@asu.edu

Source: McGraw-Hill Education
Related Stocks:
NYSE:MHP
Keywords: Education Higher Education Awards