omniture

Precision Aviation Group (PAG), umumkan Precision Aviation Controls (PAC) Kini Terima Pentauliahan Honeywell untuk Sokongan Aksesori Bahan Api Siri PT6 Pratt & Whitney

Precision Aviation Group
2016-03-04 10:07 160

ATLANTA, 4 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group, Inc. (PAG), penyedia terkemuka bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri Aeroangkasa dan Pertahanan Antarabangsa, berbesar hati mengumumkan kelulusan rasmi yang diterima daripada Honeywell untuk menyediakan perkhidmatan Penyelenggaraan Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) untuk pelbagai Aksesori Enjin PT6A dan PT6T melalui anak syarikatnya, Precision Aviation Controls (PAC).

Penambahan keupayaan tersebut disediakan oleh anak syarikat PAG, Precision Aviation Controls (PAC), sebuah Stesen Pembaikan Bertauliah FAA / EASA & ISO 9001 yang terletak di Independence, Kansas. PAC adalah Stesen Jaminan dan Pembaikan Bertauliah Honeywell (AWARS) sejak tahun 1995. Kelulusan baharu PT6 itu merangkumi rangkaian lengkap Aksesori Bahan Api PT6 dan melengkapkan keupayaan RR250 dan LTS101 daripada PAC yang sedia ada. Hal ini meningkatkan kebolehan MRO PAC kepada lebih 1,200 nombor bahagian yang unik.

"Penambahan kebolehan siri PT6 memperlihatkan komitmen serta dedikasi berterusan pihak PAC untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan meluaskan kebolehan MRO dalaman kami," kata David Mast, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PAG. "Penambahan keupayaan Aksesori Bahan Api PT6 di PAC adalah satu usaha perluasan biasa untuk Perkhidmatan dan Sokongan MRO yang kami sediakan untuk seluruh unit perniagaan sedia ada kami. Selain itu, ia membolehkan kami menyokong pelanggan pesawat Bersayap Tetap dan Berputar kami dengan lebih baik yang mengendalikan pesawat yang dikuasakan oleh PT6."  

Jim Robertson, Presiden PAC berkata, "PAC telah menjadi peneraju dalam perkhidmatan MRO Aksesori Bahan Api sejak tahun 1986. Bersempena pengambilalihan PAC oleh PAG pada Julai 2014, kami membuat pelaburan penting dalam kemudahan, inventori, latihan, peralatan, serta perluasan keupayaan, dan kami akan terus meluaskan perkhidmatan MRO Aksesori Bahan Api yang mampu kami sediakan buat pelanggan kami."

Logo - http://photos.prnewswire.com/prn/20140730/131516

Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)

Precision Aviation Group (PAG) adalah penyedia utama produk-produk dan perkhidmatan bernilai tambah untuk industri aeroangkasa dan pertahanan di seluruh dunia. Dengan 10 lokasi serta kemudahan jualan dan perkhidmatan seluas lebih 250,000 kaki persegi di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Brazil, PAG menggunakan unit perniagaan yang tersendiri serta model perniagaan berfokuskan pelanggan untuk berkhidmat kepada pelanggan dalam industri penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®) yang telah ditandaniagakan.

PAG menyediakan MRO serta Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com);  Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la);  Precision Heliparts - Brazil (www.precisionaviationgroup.com/php-br) Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan juga Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG memiliki keupayaan MRO untuk lebih 35,000 produk termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, instrumen, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).

Source: Precision Aviation Group
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Transportation New products/services