omniture

European Cities Terus Menarik Lebih Ramai Pelancong Walaupun dalam Tahun Bermasalah di Eropah: Hari Bermalam Meningkat 4.2% pada 2015

European Cities Marketing mengumumkan pertumbuhan 4.2% dalam pelancongan bandar pada tahun 2015. London, Paris dan Rom mengungguli: China bertumbuh sebanyak 32%, Itali dan Rusia bergelut untuk pulih.
European Cities Marketing
2016-03-07 10:00 266

VIENNA, 7 Mac 2016 /PRNewswire/ -- European Cities Marketing menunjukkan aspek pelancongan Eropah yang dominan dan paling dinamik: pelancongan bandar, yang sudah bertahun-tahun berkembang dua kali ganda lebih pantas berbanding pelancongan negara. Berdasarkan keputusan awal Laporan Tanda Aras European Cities Marketing akan datang, bandar Eropah mengekalkan pola pertumbuhan mereka yang kukuh, dengan jumlah hari bermalam meningkat 4.2% pada tahun 2015. Hari bermalam oleh pelancong antarabangsa bertumbuh pada kadar yang lebih cepat (+4.4%) berbanding jumlah pelancong domestik (+4.0%). Data awal diperoleh daripada keputusan untuk 61 daripada 110 buah bandar, mewakili sejumlah 373.9 juta hari bermalam.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160302/339694 )

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160302/339695 )

Bandar berprestasi tertinggi

London dan Paris mencatatkan kira-kira 100 juta hari bermalam bersama, dan terus mengungguli industri pelancongan bandar Eropah dari segi jumlah hari bermalam pada tahun 2015. Penurunan sebanyak 2.1% di Paris dikatakan sebahagian besarnya berpunca daripada serangan pengganas. Berlin mampu mempertahankan tempat ketiga antara lima bandar utama bersama Rom, mencapai tanda aras sebanyak 30 juta hari bermalam. Dalam persaingan sengit yang berterusan bagi merebut tempat kelima, selepas dua tahun menduduki tempat keenam, Madrid mengatasi Barcelona dengan pertumbuhan kukuh sebanyak +8.7%. Daripada 10 buah bandar Eropah utama dari segi hari bermalam antarabangsa, pertumbuhan melebihi purata dicapai oleh Madrid (+12.8%), Berlin (+9.1%), Budapest (+6.9%), Prague (+7.0%), Vienna (+6.1%) dan Rom (+4.7%).

Pasaran sumber utama Jerman, AS, UK - China kekal pasaran yang bertumbuh paling kukuh, Itali & Rusia mengalami kemerosotan 

Jerman, AS, dan UK sekali lagi mengungguli senarai pasaran sumber, mewakili 28% hari bermalam di bandar Eropah. China terus menjadi pasaran yang bertumbuh paling kukuh (+32%), menggandakan kadar pertumbuhan tahun 2014. Selepas pemulihan ekonomi pada tahun 2014, hari bermalam dari Itali jatuh sekali lagi sebanyak 5.3%. Hari bermalam dari Rusia sekali lagi menurun dengan mendadak (-31%), walaupun keadaan ini diimbangi oleh pertumbuhan positif bilangan hari bermalam dari UK (+8.1%) dan AS (+7.1%).

Keputusan ini merupakan bukti kepentingan ekonomi pelancongan urban kontemporari yang kukuh. Dengan itu, bandar merupakan fokus geografi dominan bagi pelancongan Eropah, khususnya bagi segmen percutian singkat, kongres, dan konvensyen yang sangat lumayan, jadi ia sangat diingini. Carta dan data lanjut boleh didapati secara percuma di http://www.europeancitiesmarketing.com. Laporan Tanda Aras European Cities Marketing ke-12 – sumber utama di dunia bagi statistik pelancongan bandar Eropah - boleh didapati pada bulan Jun 2016. Laporan itu boleh dipesan terlebih dahulu dengan diskaun 20% sehingga akhir Mac.

Latar Belakang European Cities Marketing

European Cities Marketing merupakan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, yang menggalakkan dan menghubungkan kepentingan ahli dari lebih 100 buah bandar utama di 36 buah negara. Misinya adalah untuk meningkatkan daya saing dan prestasi bandar terkemuka di Eropah dengan menyediakan platform bagi tujuan konvensyen, riadah dan membolehkan golongan profesional pemasaran bandar saling bertukar-tukar pengetahuan, amalan terbaik, dan memperluas rangkaian mereka untuk membina perniagaan baharu.

Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images dan http://www.ots.at/

Maklumat lanjut & tempahan awal istimewa 

http://www.europeancitiesmarketing.com/ecm-benchmarking-report

Pertanyaan 

European Cities Marketing
Flavie Baudot
press@europeancitiesmarketing.com
+33-380-56-02-00

MODUL Universiti Vienna (Rakan Kongsi Saintifik)
Karl Wöber
karl.woeber@modul.ac.at
+43-1-3203555-300

Source: European Cities Marketing
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel Not for profit