omniture

Microsoft dan Wistron perkukuh kerjasama melalui pembaharuan perjanjian pelesenan paten Android

Microsoft Corp.
2016-03-09 04:11 140

REDMOND, Washington, dan TAIPEI, Taiwan, 8 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Isnin lalu, Microsoft Corp. dan Wistron Corp. mengumumkan pembaharuan perjanjian pelesenan paten Android yang melibatkan tablet Wistron, telefon bimbit, e-pembaca dan lain-lain peranti pengguna yang beroperasi dalam platform Android serta Chrome di bawah portfolio paten Microsoft. Perjanjian ini melanjutkan dan meluaskan lesen harta intelek (IP) Android terdahulu antara kedua-dua syarikat.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

"Kami berharap dapat terus meningkatkan pengalaman pengguna hasil pembaharuan dan pengukuhan kerjasama bersama Microsoft ini," kata Eric H. Ma, ketua Bahagian Perundangan Wistron.

"Gabungan capaian kepada teknologi Microsoft yang tercanggih dengan kapasiti kejuruteraan yang mengagumkan daripada Wistron adalah formula hebat untuk menambah baik penyelesaian pengguna," kata Nick Psyhogeos, presiden Microsoft Technology Licensing. "Jalinan kerjasama kami dengan Wistron memperlihatkan pelbagai peluang yang tercetus hasil daripada sifat saling menghormati dan persetujuan berkaitan harta intelek."

Komitmen Microsoft terhadap pelesenan IP

Perjanjian pelesenan paten ini merupakan satu lagi contoh peranan penting yang dimainkan oleh IP dalam memastikan ekosistem teknologi yang lebih baik dan berdaya maju. Sejak Microsoft memperkenalkan program pelesenan IP pada bulan Disember 2003, syarikat ini memeterai lebih 1,200 perjanjian pelesenan. Maklumat tambahan tentang program pelesenan Microsoft disediakan di http://www.microsoft.com/iplicensing.

Latar Belakang Wistron Corp.

Wistron Corporation ialah sebuah syarikat Fortune Global 500 dan Penyedia Perkhidmatan Teknologi yang membekalkan produk, perkhidmatan serta sistem ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) untuk pelanggan global kami. Kami memfokuskan peningkatan kualiti perkhidmatan kami melalui pembangunan penyelesaian yang inovatif dalam bidang paparan integrasi menegak, awan dan kitar semula hijau. Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.wistron.com.

Latar Belakang Microsoft Technology Licensing

Microsoft Technology Licensing LLC ditubuhkan pada tahun 2014 untuk mengambil alih, mengurus dan memberi lesen kepada portfolio paten produk Microsoft.

Latar Belakang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) ialah platform utama dan syarikat yang menumpukan nilai produktiviti untuk dunia yang mengutamakan mudah alih serta awan, dan matlamatnya adalah untuk membantu memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements