omniture

Sitecore Mengumumkan Pemenang Anugerah Pengalaman 2015 di Asia

Esplanade diiktiraf sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Pengalaman Sitecore Asia 2015, menggunakan Sitecore bagi menyediakan pengalaman tersuai khusus luar biasa
Sitecore
2016-03-09 18:05 367

SINGAPURA, 9 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sitecore®, peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan, telah mengumumkan pemenang Anugerah Pengalaman Sitecore Asia 2015 sulung mereka.

Anugerah Pengalaman Sitecore meraikan pencapaian pelanggan dan rakan kongsi Sitecore yang telah menggunakan Sitecore® Experience Platform™ bagi menyediakan pengalaman luar biasa bagi kepada pelanggan mereka, dengan setiap pemenang anugerah menunjukkan hasil yang jelas daripada usaha memperbaiki pengalaman pelanggan dan mencapai matlamat perniagaan.

Pemenang anugerah turut telah menunjukkan bagaimana organisasi mereka mendapat manfaat daripada kemampuan meluas dalam satu Platform Pengalaman Sitecore terhubung tunggal, dengan kebanyakan pemenang menyediakan pengalaman tersuai khusus, berbilang saluran, serta pelbagai peranti kepada para pelanggan mereka, melibatkan bidang seperti media sosial, penyepaduan sistem perniagaan, serta pengaturan penggunaan awan.

Anugerah tahun ini menerima bilangan pencalonan terbanyak daripada pelanggan Sitecore serta rakan kongsi penyelesaian yang merebut gelaran dalam sejumlah 12 kategori anugerah, pengkhususan pemasaran, perniagaan, serta Anugerah Pengalaman Sitecore keseluruhan.

Esplanade - Theatres on the Bay menggondol Anugerah Pengalaman Sitecore Keseluruhan yang diidam-idamkan, bersama-sama rakan kongsi penyelesaian Sitecorenya, POSSIBLE. Mereka turut memenangi Anugerah Penggunaan Terbaik Pemasaran E-mel tahun ini.

Esplanade merupakan pusat seni persembahan kebangsaan Singapura, menawarkan kira-kira 3,000 persembahan beraneka jenis, termasuk tarian, muzik, teater, seni tampak, dan banyak lagi setiap tahun.

Esplanade memenangi anugerah itu untuk penggunaan Sitecore Experience Platform 8 untuk mentransformasi laman webnya, yang membolehkan ia memberikan pengalaman dalam talian tersuai khusus yang hebat kepada pengunjung berdasarkan kelakuan dalam dan luar talian. Dengan bekerjasama rapat bersama rakan kongsi penyelesaian Sitecore, POSSIBLE, Esplanade turut menghubungkan data daripada pelbagai titik sentuh melalui Sitecore bagi membentuk pandangan 360 darjah bagi pelanggan dan memudahkan pembahagian mengikut segmen hubungan untuk menyampaikan e-mel yang lebih menepati sasaran,  berkaitan dan tepat pada masa.

"Kami gembira dan berbesar hati dapat menerima anugerah ini dan mustahil untuk kami mencapainya tanpa Sitecore dan POSSIBLE. Melalui laman web kami yang baru dinaik taraf, Esplanade.com, kini kami lebih berkeupayaan untuk memahami, melibatkan, dan berkhidmat kepada pelanggan kami dengan lebih baik. Enjin penglibatan pelanggan yang dinamik dan bervisi masa depan ini membolehkan kami lebih fokus dalam pemasaran kami dan mengurus kandungan dengan cekap merentasi berbilang saluran. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi bagi memastikan laman web kami kekal mesra pengguna dan menyediakan kandungan terpacu data yang berkaitan dan tersuai khusus," kata Eunice Yap, Ketua Pegawai Pemasaran, The Esplanade Co Ltd.

Steven Goddard, Naib Presiden Kanan, Sitecore Asia Pasifik memberi komen: "Kualiti anugerah Sitecore tahunan kami terus meningkat kerana pelanggan dan rakan kongsi kami terus mengoptimumkan potensi Sitecore Experience Platform. Kami mengucapkan tahniah kepada semua rakan kongsi dan pelanggan kami yang menang. Seperkara lagi yang menggembirakan ialah pelanggan kami memenangi anugerah kerana evolusi penyelesaian Sitecore mereka, yang  jelas menunjukkan platform Sitecore menawarkan kestabilan dan wawasan jangka masa panjang kepada jenama terkemuka bagi terus mengembangkan perniagaan mereka."

Selain itu, setiap syarikat berikut merupakan pemenang kategori semasa Anugerah Pengalaman Sitecore Asia 2015:

Pemenang Keseluruhan – Laman Asia Terbaik dan Penggunaan Pemasaran E-mel Terbaik (Singapura)
Esplanade - Theatres on the Bay - www.esplanade.com
Laman disediakan POSSIBLE

Laman Jepun Terbaik (Jepun)
Tokyo Star Bank (Laman web dalaman)
Laman disediakan Fujitsu Social Science Laboratory Ltd.

Laman Perkhidmatan Profesional dan Perniagaan Terbaik (China)
Lenovo - community.lenovo.com

Laman Khidmat Kewangan Terbaik (Jepun)
Tokyo Star Bank (Laman web dalaman)
Laman disediakan Fujitsu Social Science Laboratory Ltd.

Laman Penjagaan Kesihatan dan Perubatan Terbaik (Jepun)
Rhoto Pharmaceutical - www.rohto.co.jp 
Laman disediakan SoftBank Technology Corporation

Laman Pengeluaran, Automotif, dan Teknologi Terbaik (Jepun)
Daifuku - www.daifuku.com
Laman disediakan SoftBank Technology Corporation

Laman Runcit, Borong, dan Barangan Pengguna Terbaik (Jepun)
Mizuno - www.mizuno.com
Laman disediakan Nextscape Inc.

Anugerah Penyepaduan Pengalaman Sosial Terbaik (China)
Mary Kay (China) Cosmetics Co.,Ltd. - www.marykayintouch.com.cn

Anugerah Penyepaduan Sistem Terbaik (Jepun)
Fujitsu (laman web rakan kongsi saluran)
Laman disediakan Fujitsu Social Science Laboratory Ltd.

Anugerah Penggunaan Omnisaluran Terbaik (Singapura)
Ascendas-Singbridge - www.ascendas.com
Laman disediakan Avanade dan Tekcent

Anugerah Penggunaan Analitik Paling Menyeluruh (Jepun)
Asahi Culture Center - www.asahiculture.jp
Laman disediakan Nextscape Inc.

Anugerah Transformasi Perniagaan (China)
Beijing TongRenTang Health-Pharmaceutical Co., Ltd. - www.trthealth.com.cn

Latar Belakang Anugerah Pengalaman

Anugerah Pengalaman Sitecore merupakan pertandingan antarabangsa yang diadakan setiap tahun. Pemenang dipilih dalam beberapa kategori dalam setiap rantau. Senarai pencalonan adalah berdasarkan maklumat daripada rakan kongsi, pelanggan, pihak media, juruanalisis, serta rakan sekerja. Calon diminta menghantar penyertaan yang menggariskan bagaimana mereka menggunakan Sitecore untuk menghasilkan pengalaman luar biasa dengan rasa tersendiri bagi setiap pelanggan dan mencipta lingkungan jenama yang hebat merentasi setiap saluran lalu memberikan hasil perniagaan besar. Para pemenang menunjukkan kreativiti dalam paparan, penyepaduan dengan sumber dan aplikasi data beraneka, kemampuan untuk mendidik, memaklumkan, dan menggalakkan tindakan, serta pengalaman pengguna keseluruhan yang menarik.

Latar Belakang Sitecore

Sitecore merupakan peneraju global dalam perisian pengurusan pengalaman yang membolehkan pemasaran konteks. Sitecore® Experience Platform™ mengurus bahan, membekalkan kepintaran berkonteks, dan mengautomasikan komunikasi mengikut skala. Ia memperkasakan pemasar untuk menyediakan kandungan dalam konteks bagaimana pelanggan melibatkan diri dengan jenama mereka, merentasi setiap saluran pada masa sebenar. Lebih 4,600 pelanggan - termasuk American Express, Carnival Cruise Lines, easyJet, dan L'Oréal - mempercayai Sitecore untuk pemasaran konteks bagi menyampaikan interaksi tersuai khusus yang menggembirakan pelawat, membina kesetiaan, dan memacu hasil. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di @sitecore atau lawati: www.sitecore.net

Sitecore dan Experience Platform merupakan tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Sitecore Corporation A/S dan/atau anak syarikatnya di AS serta negara lain. Semua nama jenama lain, nama produk, atau tanda dagangan adalah kepunyaan pemilik masing-masing. Sitecore berhak untuk menukar produk dan tawaran perkhidmatan, serta spesifikasi dan harga pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

© 2016 Sitecore Corporation A/S. Semua hak cipta terpelihara.

Source: Sitecore
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Web Site Awards