omniture

DDB Worldwide Sambut Hari Wanita Antarabangsa 2016 dengan "Hak Sama Rata Jantina"

DDB Worldwide
2016-03-09 21:31 187

Kempen sosial peringkat global uar-uarkan "Bakat Tidak Mengenal Jantina"

NEW YORK, Mac 9, 2016 /PRNewswire/ -- Sempena meraikan Hari Wanita Antabangsa (IWD) tahun 2016, DDB Worldwide, iaitu syarikat yang menjadi sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE: OMC), hari ini mengumumkan pelancaran satu kempen dan seruan sosial untuk bertindak dengan tema "Bakat Tidak Mengenal Jantina" yang terus menyokong komitmen DDB dalam menggalakkan kesaksamaan jantina di DDB serta seluruh industri pengiklanan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160308/341650

Melalui kempen "Bakat Tidak Mengenal Jantina", DDB Worldwide menggalakkan setiap individu dalam rangkaian 2,000+ kakitangannya untuk menukar gambar profil dan memendekkan nama pertama yang mendedahkan jantina menjadi tiada berjantina di LinkedIn. Apabila mereka memuat naik gambar dan nama baharu, akaun mereka akan menghantar kemas kini pada garis masa setiap orang yang berada dalam senarai rakan, menggalakkan mereka untuk turut serta dengan melayari TalentHasNoGender.com. Usaha yang dilaksanakan melalui pelbagai platform ini turut melibatkan Facebook, Twitter dan Instagram.

"Di DDB, ukuran tertinggi bagi kejayaan ialah amalan pengambilan dan pengekalan kakitangan berbakat yang kemudiannya dapat mengembangkan perniagaan pelanggan kami melalui idea dan kerja mereka," kata Wendy Clark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DDB Amerika Utara. "Hari ini, sempena Hari Wanita Antarabangsa, kami berpeluang berkongsi keyakinan kami ke seluruh rangkaian DDB dan industri secara amnya. Matlamat kami adalah untuk mengiktiraf bakat sebenar dalam industri kami dan tidak menyebelahi mana-mana kumpulan jantina."

Laman sesawang "Bakat Tidak Mengenal Jantina" akan menyediakan sebuah video yang menampilkan pemimpin, pelanggan dan rakan kongsi lelaki dan wanita dalam seluruh Rangkaian DDB – termasuk Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Strategi dan Bakat Kepelbagaian & Keterangkuman 4A, Singleton Beato: pengasas 3% Conference Kat Gordon; Ketua Bahagian Komunikasi Global Omnicom, Joanne Trout dan Naib Presiden Eksekutif syarikat pemegangan, Janet Riccio – yang membincangkan serta menakrif semula maksud sebenar bakat, bagaimana individu berbakat memajukan dirinya dan pengajaran yang diperoleh daripada individu berbakat yang mencetuskan inspirasi, mendokong prinsip DDB bahawa bakat bergantung kepada banyak faktor, namun jantina bukan salah satu daripadanya.

Laman sesawang itu akan menyediakan gambar profil "Bakat Tidak Mengenal Jantina" dan kaedah memuat turun, serta pautan bagi membeli kemeja-T dengan tulisan "Bakat Tidak Mengenal Jantina". Selain itu, laman sesawang itu akan menyiarkan secara langsung program IWD di seluruh rangkaian, termasuk panel Ketua Pegawai Eksekutif OmniWomen. Penstriman sosial akan menyiarkan mesej inspirasi menerusi semua saluran DDB dan industri secara amnya melalui hashtag #TalentHasNoGender.

Akhir sekali, DDB bakal memperkenalkan program latihan "Pilih Kasih Luar Sedar" dengan memberi tumpuan awal kepada pemimpin paling kanan dan majikan yang berada di seluruh Amerika Utara. Sebagai tunjang utama dalam strategi kepelbagaian dan keterangkuman, DDB merancang untuk memberikan peluang latihan secara peribadi kepada semua kakitangan dengan sokongan instrumen e-pembelajaran bagi menangani masalah berat sebelah selain meningkatkan kesedaran.

Latar Belakang DDB Worldwide

DDB Worldwide (www.ddb.com) ialah salah satu rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar dan paling berpengaruh di dunia. DDB beberapa kali dinamakan sebagai Agensi Terbaik oleh Festival Kreativiti Antarabangsa Cannes selain oleh penerbitan dan majlis anugerah terkemuka industri pengiklanan. The Gunn Report meletakkan DDB dalam senarai 3 Rangkaian Global Terbaik selama 12 tahun sejak 15 tahun lalu. Pelanggan agensi tersebut terdiri daripada Volkswagen, McDonald's, Unilever, Mars, Johnson & Johnson, Exxon Mobil dan banyak lagi.

Ditubuhkan pada 1949, DDB ialah sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan memiliki lebih 200 pejabat di lebih 90 negara, dengan pejabat induknya bertempat di New York, NY.

Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (OMC; NYSE) ialah sebuah syarikat pemasaran dan komunikasi korporat global yang terkemuka. Rangkaian berjenama Omnicom dan pelbagai firma khusus menyediakan khidmat pengiklanan, perancangan dan pembelian media berstrategi, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam dan lain-lain khidmat komunikasi khusus untuk lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara.

Sebarang maklumat lanjut tentang Omnicom Group Inc. dan jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com.

Hubungi:
Christie Giera
Pengarah Komunikasi Korporat dan Bahagian Perhubungan Awam Amerika Utara, DDB Worldwide
E-mel: christie.giera@ddb.com 
Tel. Pejabat: +1-212-415-2186

Source: DDB Worldwide
Related Stocks:
NYSE:OMC
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Social Media Corporate Social Responsibility Women-related news